Datuk Azmi Khalid menyatakan pihak atasan tiada kaitan dengan kecurian enjin jet F5E TUDM pada Disember 2007 dan Januari 2008.Senangnya jadi orang atasan... tapi setahu sayalah mana-mana jabatan pun jika berlaku kes-kes besar pihak atasan tidak dapat tidur lena kerana biasanya mereka inilah yang sepatutnya memikul tanggungjawab.
Sebagai rakyat Malaysia, bagi saya hal ini sangat membimbangkan kerana enjin jet pejuang yang besar dan dikawal oleh tentera pun boleh dicuri, dahlah tu bukan sahaja enjin jet yang hilang dengan rekod-rekod servis dan 'maintenance' nya pun turut hilang. Sama jugalah dengan kes penggunaan C4 bahan letupan terkawal dalam suatu kes pembunuhan yang cukup terkenal di Malaysia dan seluruh dunia suatu ketika dahulu.
KE MANAKAH HALA TUJU MALAYSIA...NEGARA YANG MEMBEBASKAN MEREKA YANG MELAKUKAN JENAYAH DAN KESALAHAN??? ATAU HANYA JIKA RAKYAT ATAU ORANG KECIL YANG MELAKUKANNYA....MEREKA AKAN DIHUKUM NAMUN JIKA ORANG ATASAN CUAI DAN BERSALAH..???????
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
Tuesday, January 26, 2010
CUBAAN UNTUK MEMBURUKKAN PAS.
| Johari Jaafar Awal pagi tadi saya menerima panggilan daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah, Abdul Rahim Mohd Noordin, bertanyakan siapa dia Pegawai Khas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ditahan bersabit dengan isu pasir. Saya pun terpinga-pinga mendengarnya. Setahu saya tahu pegawai khas Menteri Besar dahulu ada tiga orang, Amran Haron, Mohamad K.Y. Tiang dan Nadarajah. Saya pun hantar SMS kepada Mohamad Tiang bertanyakan hal itu. Dia jawab, tak tahu siapa yang dimaksudkan itu. Menurut Abdul Rahim, berita itu ada keluar dalam TV malam tadi. Saya kemudian menghubungi Bendahari PAS Perak, Haji Abdul Rahim Md Arif bertanyakan hal itu. Dia pun tidak berapa pasti, kalau nak tahu, hubungi Ismad. Saya pun menghubungi Penolong Setiausaha PAS Perak, Ismad Shahril Che Mat. Katanya pegawai khas Menteri Besar Perak semasa Ir Nizar dahulu ada tiga orang sahaja, iaitu Amran Haron, Mohamad K.Y. Tiang dan Nadarajah. Mereka sihat sahaja, tidak kena tangkap pun. Menurut Ismad, ‘Mamat’ yang kena tangkap itu dikenali sebagai Hamzah, mengaku sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Mohamad Nizar. Mamat upahan mana pulak yang mengaku pegawai khas Nizar? Saya pun buat satu kesimpulan, ini isu hendak pilihan raya yang dicipta oleh pihak tertentu kerana 9 Februari depan kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin lawan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Umno sekarang sakit `demam panas'. Sekiranya Nizar menang, pastinya Dewan Undangan Negeri(Dun) dibubarkan dan berlakulah pilihan raya di seluruh Dun di negeri ini. Saya kira ini isu pilihan raya yang sengaja hendak memburuk-burukkan Nizar. Saya cadangkan Pakatan Rakyat khasnya Nizar saman pihak terbabit sekiranya didapati berita itu sengaja direka untuk memburuk-burukkannya. Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak turut mengulas perkara itu di dalam blognya. Sepanjang hari semalam sehingga larut malam, saya masih menerima panggilan dan sms bertanyakan mengenai berita yang didakwa disiarkan dalam berita di TV3 mengenai pegawai khas kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri (DS) Mohammad Nizar yang dikaitkan dengan siasatan SPRM yang hangat diperkatakan sekarang. Secara kebetulan berita kelmarin juga dihangatkan dengan surat yang diterima oleh DS Nizar mengenai tarikh 9 Februari yang akan memutuskan keputusan perbicaraaan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November tahun lepas. Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada DS Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM, individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang. Setelah diadakan pemeriksaan kembali kepada nama yang terlibat, ianya adalah seorang yang tidak dikenali oleh kami. Semacam satu penyamaran dan suatu yang serius yang saya kira akan disusuli oleh DSN izar sendiri untuk membuat penafian secara tegas dalam kes ini. Penyamaran adalah sesuatu yang salah dan melanggar hukum negara. Dalam Islam, menyamar menjadi adalah salah apa lagi dengan tujuan untuk memfitnah orang lain. Kerja menyamar adalah kerja iblis dan syaitan dan dia boleh menyamar menjadi siapa sahaja selagi diizinkan oleh Allah. Tetapi hanya satu sahaja yang tidak boleh ditiru oleh iblis iaitu menyamar menjadi Rasulullah s.a.w., suara atau batang tubuh Nabi. Kerana itu, saya mengambil sikap sangat berhati-hati dalam soal penyamaran ini, juga saya nasihatkan kepada semua rakan Adun Pakatan Rakyat Perak supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan usaha sedemikian yang ada kaitan dengan penyamaran di atas. Kalau ianya adalah provokasi dan konspirasi pihak tertentu dan satu agenda yang terancang, ianya adalah sesuatu yang malang kerana mereka yang bukan menyamar, malah terang lagi bersuluh melakukan rasuah tidak disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM. |
Thursday, January 21, 2010
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Wednesday, January 20, 2010
APABILA MANUSIA TIDAK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH...
ASTAGHFIRULLAH.. Bayi Ditanam, nasib baik Hidup..
Berbagai kesesatan dan kegilaan di luar peri kemanusiaan berlaku akibat dari tangan-tangan manusia yang tidak beriman. Hanya Islam sahajalah sebagai penyelamat sekelian makhluk di dunia & akhirat.
KEMBALILAH KEPADA ISLAM.
ISLAM FOR ALL. ISLAM IS A WAY OF LIFE.









Saturday, January 16, 2010
DIBERI CUTI OLEH ALLAH..
Assalamualaikum wr.wbt.
Sudah lebih seminggu saya terperuk dan 'berkuarantin' di rumah kerana diserang sakit mata..
Sakit mata yang menyerang ini membuatkan kita menghargai nikmat mata yang Allah berikan..sememangnya tiada tolok bandingnya..
Sepanjang sakit mata ni terasa benar produkiviti terganggu..dah lah tak boleh pergi kerja, program dakwah dan program jamaah pun tak dapat nak buat..nak buka mata pun susah...pandangan kabur dan ada masanya hampir tak boleh bukak mata..
Diharapkan agar para sahabat dapat mendoakan moga diberikan kesembuhan oleh Allah.
Sudah lebih seminggu saya terperuk dan 'berkuarantin' di rumah kerana diserang sakit mata..
Sakit mata yang menyerang ini membuatkan kita menghargai nikmat mata yang Allah berikan..sememangnya tiada tolok bandingnya..
Sepanjang sakit mata ni terasa benar produkiviti terganggu..dah lah tak boleh pergi kerja, program dakwah dan program jamaah pun tak dapat nak buat..nak buka mata pun susah...pandangan kabur dan ada masanya hampir tak boleh bukak mata..
Diharapkan agar para sahabat dapat mendoakan moga diberikan kesembuhan oleh Allah.
Monday, January 11, 2010
Anjing2 Israel Dilatih Serang Orang yang Sebut "Allah Akbar"
2010
Kecurigaan itu menguat oleh laporan Ahmed Tibi, warga Arab anggota parlimen Israel yang mengungkapkan di depan rapat pleno parlimen bahawa para orangtua tentera Israel menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing pelacak itu dilatih untuk menyerang orang yang meneriakkan kalimat "Allahu Akbar", dalam sebuah acara yang dijalankan unit anjing pelacak militer Israel.
"Anjing-anjing pelacak militer Israel dilatih untuk menyerang dan menerkam orang-orang Arab yang meneriakkan kalimat "Allahu Akbar," kata Tibi di hadapan anggota parlimen.
Meski Radio Militer Israel sendiri yang pertama kali melaporkan informasi tersebut, namun pihak militer Israel membantahnya. "Salah satu dari kemampuan yang dimiliki unit anjing pelacak kami adalah melatih anjing-anjing itu untuk menemukan musuh yang mengenakan seragam atau yang mengenakan pakaian sivil," demikian pernyataan IDF. (ln/hrz)
p/s: Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah Allah swt.
Subscribe to:
Posts (Atom)