Thursday, December 10, 2009

KE MANA HALA TUJU UMAT ISLAM MALAYSIA?

Sebagai seorang pendidik dan juga berpeluang berperanan sebagai pendakwah ...saya selalu berhadapan dengan permasalahan berkaitan umat ISLAM Melayu Malaysia amnya, atau lebih khusus lagi Perak Darul Ridzuan.

Jika remaja Melayu dilanda masalah AKHLAK dan IMAN yang kronik..masalah pergaulan bebasnya, melawan orang tua baik ibu bapa mahupun orang lain..masalah pengaruh bahan lucah terutamanya dari internet dan media massa arus perdana.  Bergaduh sesama rakan sebaya atau yang lebih tua dari mereka menjadi lumrah dan enteng..berbohong juga dengan beraninya..jika berbuat sesuatu kesalahan atau maksiat dan tertangkap..bukannya malu dan menyesal tetapi keras hati dan bermatian menegakkan benang basah..

SUDAH RAMAI PELAJAR SEKOLAH YANG MENGANDUNG & MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH...YA ALLAH!! JIKA YANG SELALU MELAYARI INTERNET PULA..BANYAK MELAYARI BAHAN-BAHAN LUCAH @ GAMES & MUZIK-MUZIK YANG DIAGUNG-AGUNGKAN..LIHAT SAJALAH MY SPACE REMAJA..APA ISINYA!!!

Masalah JAHIL DALAM AGAMA di kalangan golongan dewasa pula berada di tahap yang membimbangkan..Ramai KAUM BAPA & IBU yang TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN ASAS FARDHU AIN APATAH LAGI DARI SUDUT AQIDAH DAN ISLAM YANG SYUMULNYA..KERUNTUHAN RUMAHTANGGA BERADA DI TAHAP YANG MEMBIMBANGKAN...RAMAI SUAMI YANG TIDAK MENUNAIKAN AMANAH MENDIDIK ISTERI DAN ANAK-ANAK..MEMUKUL ISTERI PERKARA LAZIM SEHINGGA BERTAHUN-TAHUN SI ISTERI MENDERITA MENAHAN SABAR @ kerana tidak mahu memanjangkan masalah rumahtangga @ sememangnya TIDAK TAHU HAK SEBAGAI SEORANG ISTERI.

Bayangkan ada di kalangan suami yang ganas memukul isteri ini boleh mengugut samada untuk tidak akan menceraikan isterinya...memukul dengan seterika malah ada suami mengugut DAN meminum cecair peluntur (kloroks) agar si isteri tidak meninggalkannya...MENGAPA BEGITI MENYEDIHKAN SEKALI KEADAAN UMAT ISLAM KINI???

WAHAI PARA PEMIMPIN , JANGAN HANYA SERONOK DENGAN PROJEK PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN & PEMBANGUNAN. PROGRAM BERSAMA RAKYAT BANYAK MELALAIKAN DAN MEMBIARKAN RAKYAT BERTERUSAN DALAM KEJAHILAN...INGATLAH KITA SEMUA AKAN DITANYA APAKAH YANG TELAH KITA LAKUKAN DI DUNIA INI?

WAHAI PARA RAKYAT JELATA, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH..AGAR ISLAM TERTEGAK DAN RAKYAT SELAMAT DUNIA & AKHIRAT..JIKA IMAM SOLAT PUN PERLU DIPILIH YANG BENAR-BENAR LAYAK & CUKUP SYARATNYA,  APATAH LAGI PEMIMPIN NEGERI & NEGARA YANG MEMBAWA KE MANA HALA TUJU RAKYATNYA BUKAN DI SUDUT PEMBANGUNAN MATERIAL SEMATA-MATA TETAPI YANG LEBIH JAUH DAN KEKAL IALAH PEMBANGUNAN AKHIRAT..

Tuesday, December 8, 2009

Segerakan Keputusan Menteri Besar Perak Yang Sah - PAS Perak

 

Segerakan Keputusan Menteri Besar Perak Yang Sah - PAS Perak


IPOH, 7 Dis: Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ust. Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan mengisytiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.


Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diisytiharkan Mahkamah Persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan penghujahan dan pendengaran sudah dibentangkan di hadapan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut pada 5 November yang lalu. "Perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini", tegas beliau.


Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .


Memetik kata-kata beliau, “Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”


“Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa sebarang urusan penubuhan sesebuah kerajaan dan segala proses perlantikan atau perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”


Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini, ia termasuk para ahli akademik dan orang awam. Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.


Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.


Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, atau negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan 'undang-undang rimba' iaitu 'siapa kuat dia dapat', seperti yang sedang dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.


"PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan  memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar", kata beliau.


Tambah beliau lagi, "Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri  dan terpaksa bersidang di bawah pokok telah disaksikan oleh semua, malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak  ketika hendak menukar Speaker Dewan Undangan Negeri juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini".


Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal YB. V.Sivakumar selaku Yang DiPertua Dewan Negeri serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima sama sekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim.

"PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak, maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak", jelas beliau.

Rakyat dan Kepimpinan PAS Semua Peringkat Nyatakan Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Tok Guru


Kota Bharu - Selasa lalu lebih kurang 100 orang lebih yang terdiri daripada penyokong UMNO di ketuai Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di  sekitar pintu masuk ke Kompleks Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim bagi menyatakan pendirian mereka agar Tuan Guru Menteri Besar Kelantan meletak jawatan dan meminta Tuan Guru menarik balik doa Tuan Guru ke atas Perdana  Menteri mengenai royalti minyak.

Walaupun media melaporkan kehadiran mereka ini seribu orang, namun rakyat tidak buta dan boleh ditipu.


Pada Jumaat, semalam selepas kuliah, ribuan penyokong PAS yang juga pengikut setia kuliah pagi Jumaat, menaikkan berpuluh sepanduk dan melaungkan takbir dan ucapan bagi menyokong kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd Aziz Nik Mat dalam menerajui Kerajaan Negeri Kelantan dan mendesak Kerajaan Pusat pimpinan Najib menunaikan bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri.

Lagi putar belit dan penipu media Kerajaan ialah kehadiran yang menyokong kepimpinan Tuan Guru pada pagi Jumaat hanyalah 500 orang.

Sejak berminggu yang lalu, serangan UMNO/BN terhadap Tuan Guru berterusan, bertubi-tubi sehingga Tuan Guru sebagai panglima perang terpaksa berhadapan sendiri dengan serangan tersebut walaupun tentera-tentera di kiri kanan Tuan Guru cuba menangkis. Namun peluru berpandu yang dihalakan UMNO/BN ke atas Tuan Guru ternyata gagal 'menghancurkan' imej dan kredibiliti Tuan Guru dan Kerajaan Kelantan.

Hari ini kita melihat ribuan rakyat Kelantan dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan dari semua Dewan, sama ada Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda serta PAS Kawasan di Kelantan berdiri teguh menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan ulamak yang diterajui oleh Tuan Guru di Kelantan.

Dewan Ulamak di bawah pimpinan Ustaz Mat Iraqi, bekas ADUN Demit sebelum ini mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyokong kepimpinan Tuan Guru dan pada Jumaat, Ustaz Mat tegas bersuara bahawa kepimpinan Tok Guru tetap akan dipertahankan sehingga ke akhir hayat dan mendoakan agar Tok Guru sentiasa sihat untuk menjalankan tugas.

Ucapan wakil Pemuda, Dr Rosli Alani dan Dewan Muslimat oleh Ketuanya, YB Ustazah Siti Zailah lantang menyatakan pendirian tegas yang akan terus berdiri teguh mendokong kepimpinan Tok Guru di Kelantan.

Sementara, Dato' Husam dalam ucapannya secara sinis menyatakan bahawa pemimpin UMNO sudah gelabah dan takut apabila terpaksa mengupah segelintir menyokongnya berhimpun di depan SUK untuk mendesak Tok Guru menarik balik doa mengenai royalti. Tambah Husam, "mana ada doa yang sudah diangkat ke langit hendak ditarik balik seperti main wau (layang-layang)".

Ternyata sokongan padu sebahagian besar rakyat Kelantan dan kepimpinan PAS Kelantan dari semua peringkat telah membuktikan bahawa kepimpinan Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Kelantan masih diperlukan sehingga ke akhir hayat beliau. 

Sokongan ini melenyapkan sama sekali cakap-cakap dan cubaan untuk 'mengundurkan' Tok Guru secara senyap dan paksa dari tampuk pentadbiran Kerajaan Kelantan.

Semoga Allah memelihara Kerajaan Negeri Kelantan dengan limpahan berkat dan petunjuk yang berpanjangan.

Wednesday, December 2, 2009

BTN PUNYA CERITA...

Mazlan Aliman: Mengapa BTN perlu diharamkan
Mazlan Aliman   
Sebenarnya, pada awal tahun 2006, Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar satu memorandum kepada Biro Tatanegara (BTN) bagi menuntut satu pengubahsuaian besar terhadap kandungan kursus-kursus anjuran BTN yang sememangnya dipenuhi dengan propaganda politik dan perkauman sempit.

Elok juga disiarkan kembali memorandum ini sebagai mempertegaskan kembali bahawa PAS, sebagaimana parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat turut membantah penggunaan BTN untuk agenda politik sempit UMNO/BN.

Abdullah Karim
Dewan Pemuda PAS


MEMO Kepada Biro Tatanegara Oleh Dewan Pemuda PAS Pusat


BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?

PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’. Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

ASAS KEPADA MEMORANDUM

Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

JANGAN BERMAIN API !
Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

Tegas DPPP jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
o Unsur-unsur propaganda UMNO.
o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan. DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Monday, November 30, 2009

Kalau tidak bersalah kenapa mereka takut???Berani kerana Benar, Takut kerana Salah

Create your own banner at mybannermaker.com!

PROG HalWa SG RAPAT

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics