Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, February 9, 2012

Majlis Maulidur Rasul - Anjuran Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng.

Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng menganjurkan Majlis Maulidur Rasul bertempat di Markas Pas Kawasan Gopeng.Walaupun kehadiran tidak memenuhi sasaran namun majlis ini dapat mencapai matlamat dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Huri.Majlis turut diserikan  dengan persembahan nasyid dan deklamasi sajak bertemakan sirah nabi Muhammad  s.aw yang di sampaikan  oleh anak-anak pasti di bawah pimpinan AJK Lajnah Tarbiyah sendiri,


                                                    Penyampaian yang padat dan tersusun oleh ustaz Huri
                   
                                                 Persembahan nasyid anak-anak pasti  pasti

Ketua muslimat DMPK



Ustaz Huri turut memperdengarkan sebuah nasyid yang memuji Rasullullah.


Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Penyertaan muslimat



team medic 

Monday, January 2, 2012

MAHASISWA DIPERLAKUKAN SEPERTI ......

PAS kesal keganasan Polis dan simpati Mahasiswa yang cedera
Posted on Sunday, January 01 @ 12:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh DPP Perak

1 Januari 2012 (TANJUNG MALIM) - PAS hari ini mengatakan kesal tindakan yang berlaku diwaktu ambang tahun baru berikutan himpunan di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim yang dianjurkan oleh Mahasiswa menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Pada hari ini, satu lagi himpunan bagi menuntut agar Mahasiswa yang ditahan oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diadakan pada tengahari ini mendesak agar mereka yang ditahan dibebaskan dengan segera.

Turut hadir adalah, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar; Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh.

Mereka juga turut melawat mangsa yang cedera di Hospital Slim River selepas berhimpun mendesak agar Mahasiswa yang ditahan dibebaskan.




Saturday, December 24, 2011

Pengarah Syarikat Arak

From The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.
 Apa kata orang-orang kuat agama dalam UMNO?

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia
 http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/hamid%20othman%203.jpg 

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.

Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN

-utusan