كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Wednesday, October 28, 2009

Doa Orang Yang Dizalimi




عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ
مُعَاذاً إِلَى الْيَمَنِ وَقَال لَهُ : "اِتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ ، فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا
وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ



Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah". H.R. Bukhari dan Muslim


Ketika Rasulullah SAW mengutus seorang sahabatnya yang bernama Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman untuk berdakwah di sana, Beliau memberikan beberapa pesan penting dalam mengajak manusia kepada kebenaran yang telah ajar olehnya SAW. Dalam hadits ini beliau berpesan kepada Mu’adz bin Jabal agar waspada dan takut akan doa orang yang terzalimi, kerana doa orang yang terzalimi tidak akan tertolak. Demikian pesan Rasulullah SAW : “ … doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) diatara dia dengan Allah”. Oleh kerananya bersikap adil sentiasa harus ada pada diri setiap individu muslim.


Hancurnya Umat Tedahulu Kerana Kezaliman
Banyak kita dapati dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW hancurnya umat terdahulu disebabkan perilaku zalim yang mereka lakukan.


Fira'un Raja Kezaliman
Apa yang dilakukan oleh Fir’aun, sang raja kezaliman dan bala tenteranya kepada umat Nabi Musa AS jelas adalah penyebab musnahnya mereka dengan cara ditenggelamkan di laut merah. Di antara kezalimanan yang dilakukan Fir’aun dan bala tentaranya tersebut adalah mereka telah membunuhi anak-anak lelaki bani israil dan membiarkan anak-anak perempuan mereka hidup. Dengan perlakuan zalim ini, Nabi Musa AS pun mengajak kaumnya untuk memohon pertolongan kepada Allah SWT dan bersabar atas kezaliman ini.



Kemudian Nabi Musa AS berdoa kepada Allah SWT atas kehancuran dan kebinasaan Fir’aun dan para pengukutnya :


"رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلأَهُ زِيْنَةً وَأَمْوَالاً فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُواْ حَتَّى يَرَوُاْ الْعَذَابَ الأَلِيمَ


... Ya Tuhan kami, engkau telah memberi kepada Fir’aun dan para pegawai kaumnya berupa perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami ini semua mengakibatkan mereka menyesatkan manusia (hamba-hamba-Mu), dari jalan-Mu. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta-benda mereka dan kunci matilah hati mereka. Mereka tidak akan beriman dan kembali kepada jalan yang benar sebelum melihat siksaan-Mu yang pedih.” (Q.S. Yunus/10 : 88)


Orang Orang Yang Makbul Doanya
Ada ramai orang yang doanya tidak akan tertolak yakni maqbul, diantaranya :


Orang Yang Berpuasa
Di antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT adalah doa orang yang berpuasa, doanya akan Allah kabulkan hingga dia berbuaka puasa, namun tentunya puasa yang dia lakukan adalah puasa yang dilandasi oleh keikhlasan karena Allah SWT.


Pemimpin Yang Adil
Kepemimpinan adalah sebuah amanah besar yang dibebankan Allah SWT kepada orang-orang tertentu, bahkan kita semua adalah pemimpin untuk diri kita masing-masing, dan pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memimta pertanggungjawapan atas kepemimpinan yang telah kita pikul selama kita menerima amanah tersebut di dunia ini.


Seorang pemimpin mulai dari PM sampai kepada jawatan yang paling rendah dan tentunya siapa pun kita ketika mendapati suatu amanah sebagai seorang pemimipin maka dituntut untuk berlaku adil dalam memimpin para pengikutnya. Oleh kerananya beruntung bagi mereka yang mampu berlaku adil dalam kepemimpinannya, Sehingga Allah SWT akan mengabulkan doa mereka.


Orang Yang Dizalimi
Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu warning kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan terkabul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak terkabul seperti makanan orang tersebut didapat dari jalan yang haram alias tidak halal. Memang ada satu hadits Rasulullah SAW yang mengisyaratkan bahawa doa orang yang pakaian dan makanannya tidak halal, doanya tidak akan terkabul. Namun, misalnya orang seperti dia dizalami oleh seseorang, maka apabila dia berdoa, maka doanya yang dialamatkan kepada pelaku kezaliman tersebut akan terkabul.


Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut :


"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".


“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad


Masih banyak lagi doa orang-orang yang apabila dia berdoa Allah SWT akan kabulkan doanya, seperti doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam musafir, doa seseorang kepada saudara ketika dia tidak mengetahuinya dan masih banyak lagi tentunya


Semoga kita termasuk orang yang mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT dengan dikabulkan doa dan harapan kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin

YA ALLAH, PADAMU KAMI BERSERAH..

Alhamdulillah PAS Rapat Setia bersama-sama DMPG telah pun mengadakan solat hajat dan munajat memohon ke hadrat Allah swt agar menurunkan pertolongan, Taufiq dan HidayatNya di dalam menghadapi cabaran Persidangan DUN Perak pada 28 Oktober 2009 (esok).  Persidangan DUN Perak esok ini dijangka hangat dan meragut segala kebebasan dan undang-undang sepertimana siperagut yang merentap dan meragut harta milik mangsa tanpa rela dan redha.

Walaupun bilangan yang menghadiri solat hajat tidak seramai yang menghadiri majlis-majlis makan namun itu adalah bilangan orang-orang yang ikhlas bermunajat kepada Allah, mudah-mudahan Allah mendengar rintihan hambaNya yang ikhlas.

Rakyat Perak Dilarang Berhimpun di sekitar bangunan SUK???

Notis larangan berada dalam 50 meter ditampal sekitar bangunan SUK





IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini. Permohonan dibuat dalam Mahkamah Majistret (1) Ipoh, Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang awam hadir atau berada dalam radius tersebut.

Ianya ekoran dakwaan bahawa satu perhimpunan tanpa permit untuk memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan di adakan di bangunan tersebut menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
Sehubungan itu mahkamah telah mengeluarkan notis arahan supaya orang awam tidak berada dalam lingkungan radius seperti yang dinyatakan.
Antara termasuk kawasan larangan adalah Jalan Panglima Bukit Gantang, Jalan Istana dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam hingga ke Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang dan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Image
Larangan itu berkuatkuasa jam 1 pagi 28 Oktober hingga jam 11 malam pada 30 Oktober.

Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati notis arahan tersebut telah ditampal di semua bangunan yang berada dalam lingkungan kawasan larangan termasuk di pejabat perhubungan PAS Perak.
Difahamkan pihak polis juga akan mengadakan sekatan jalan raya di kesemua jalan masuk menuju ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini. _

P/S: Rakyat di negara demokrasi MALAYsia dilarang menyatakan sebarang sokongan kepada ADUN yang akan bersidang sebentar lagi...yang beribu-ribu budak sekolah dan orang kampung diangkut ke stadium sambut 1Malaysia dengan bermacam acara sambutan yang 'lagha' tak apa pulak...


Kem 1Malaysia di Kampar tu pulak apa ceritanya? 

Adakah rakyat yang dilabel sebagai pembangkang di negara Malaysia ini tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukan apa jua aktiviti dan  program..apatah lagi untuk menyatakan pendirian mereka??..Tidakkah pemimpin Malaysia malu dengan dunia antarabangsa yang melihat keadaan demokrasi Malaysia yang nazak?





Tuesday, October 27, 2009

FREE PALESTINE

Ariel Sharon Hari Ini


*Ini gambar lama

Sebuah sumber terpercaya dari salah satu media elektronik memberitakan keadaan terakhir Sang Penjagal muslim Palestin, Ariel Sharon. Akhbar terbitan Israel, "Hume Israel" mengutip informasi ini dari salah satu majalah elektronik harian terkemuka di negerinya. Media ini mempublish keadaan kesihatan mantan PM. Israel, Ariel Sharon yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di rumah sakit selama lebih dari empat tahun.

Sharon yang saat ini usianya menginjak 81 tahun dirawat di RS. Syaiba tak jauh dari kota Tel Aviv. Ia dikabarkan terbaring dalam keadaan kedua mata terus terbuka, para perawat yang menjaganya kemudian menempatkan Sharon di depan televisyen yang menayangkan filem-filem panorama alam, aneka hewan dan terkhusus haiwan ternak sapi.

Hubungan Sharon dan Sapi
Majalah ini kemudian menuliskan bahwa keluarga Sharon masih sering menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya, ini mengisyaratkan bahwa Sharon masih hidup. Salah satu dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar disampingnya dan mengabarkan perkembangan ternak sapi yang dia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu ia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan musik-musik klasik.

Diceritakan pula, sejak Sharon terkena strok pada bulan Jul 2006 lalu, ada seorang laki-laki khusus yang ditugaskan mencukur janggotnya, untuk meminta itu, Sharon sering memberikan isyarat dengan menggerak-gerakkan jari jempol. Doktor-doktor yang merawat Sharon membenarkan hal itu dan memberikan keterangan, sungguhpun Sharon dengan keadaannya yang tergeletak di atas ranjang rumah sakit bertahun-tahun, kemungkinan besar dirinya masih hidup kerana denyut jantung dan tekanan darahnya hingga kini masih berjalan normal. Sama seperti kondisi awal kali pertama dirinya masuk rumah sakit pada empat tahun lalu.
Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila kondisi Sharon akan terus menerus seperti ini, Solomo Segev, dokter senior yang merawatnya mengatakan, "Kalau diprediksi dari usia rata-rata di keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun". Solomo pun kemudian memperkirakan Sharon akan tetap dengan kondisinya seperti ini hingga lewat usianya di atas 90 tahun.

Majalah elektronik itu kemudian menutup beritanya dengan sebuah pertanyaan, apakah Sharon akan sembuh dari komanya? Doktor yang merawatnya kemudian menjawab, “Sharon bukan manusia biasa, ada pesakit lain yang berada dalam kondisi koma lebih lama dari Sharon, namun pesakit-pesakit itu masih dalam usia muda, dengan kata lain, pesakit seumuran Sharon biasanya tak bertahan lama, apalagi mampu bertahan hingga empat tahun, kalau itu terjadi, tentu ini diluar kewajaran.” (sn/ism)

p.s: 
Inilah balasan Allah kepada mereka yang tidak beriman...di dunia lagiaun laknatullah, Allah kekalkan mayatnya supaya manusia mengambil iktibar sehebat manapun beliau sebagaimana yang didakwanya..akhirnya tetap mati dan mendapat balasan setimpal daripada Allah s.w.t.

Hidup di dunia ini adalah untuk beramal soleh dan melaksanakan segala perintahNya...jauhi maksiat kepadaNya...selalulah berdoa untuk petunjukNya.

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

Image
"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.
Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Sunday, October 25, 2009

1 BLACK MUSLIMAT PERAK YANG DIGERUNI...

24 Oktober 2009

Dalam perjalanan kami ke tapak program Himpunan Muslimat Perak- Semarakkan one-Black, bas yang kami naiki ditahan dalam sekatan polis yang diadakan khas untuk program PAS (kebetulan ada 2 program besar , Himpunan Muslimat One- Black dan Program Pemuda)...agak lama juga bas kami dan bas-bas lain ditahan..dan meminta salinan nama penumpang..ADAKAH RAKYAT DI MALAYSIA SUDAH TIDAK MERDEKA LAGI...TERPAKSA MEMBERIKAN NAMA DAN  NO KAD PENGENALAN KEPADA POLIS BAGI SATU-SATU PERJALANAN..ATAS ALASAN APA BAS KAMI DITAHAN....KAMI BUKAN WARGA ASING, KAMI BUKAN PENJENAYAH TETAPI WARGA MALAYSIA RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI...SILAP-SILAP LEBIH BANYAK DARI PARA PENYOKONG UMNO..yang berlagak samseng dan berbagai tingkah tak sepatutnya.. 



Sekatan jalanraya polis..beberapa bas di hadapan telah pun ditahan..




 

 

 

 
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husin sedang memberikan ucap pidatonya..

 
Antara tetamu VIP yang hadir..





 

 

 
Ini bukan saya yang mengambil gambarnya..tapi si kecil bertudung hijau tu..katanya abang tu suruh amik gambar....ye la nak juga masuk blog he..he..

 
Bacaan deklarasi

 

 

 

 
Ketua Muslimat Gopeng menerima Bendera Hitam daripada Timbalan Ketua Muslimat
PAS Pusat ,Ustazah Zailah (bertudung kelabu)






 

 
Mus;imat Gopeng bersama Mantan Ketua Muslimat Gopeng yang kini Ketua Muslimat PAS Perak,
Ustazah Bariah Alang Safri




Perjalanan balik yang tiada apa-apa cabaran menimpa, alhamdulillah, namun dapat pula singgah
membeli-belah di Kedai Roti Segaria...ada yang sampai terlupa nak naik semula bas...punya la shopping...bukannya muslimat ni mesti ingatkan keluarga, suami dan anak-anak..buah tangan mesti ada..




Sikecil yang setia ni akhirnya terlentuk tertidur,,,suka betul dia naik bas..

Sama-samalah kita bekerja untuk Islam..tingkatkan semangat Jihad, banyakkan bermunajat kepada Allah..
ALLAH HUAKBAR,ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR








1 MALAYSIA PUNYA HAL....

Sempena pelancaran 1 Malaysia oleh YAB PM di Stadium Perak pada 18 Oktober 2009 baru-baru ini, saya sempat melihat suasana sambutan masyarakat kampung khususnya sepanjang perjalanan dari Daerah Perak Tengah menuju ke Ipoh...


Sememangnya ramai lah makcik-makcik, pakcik-pakcik dan anak-anak remaja awal belasan (dengan rambut cacak dan penuh gaya...) menunggu bas di sepanjang jalan menuju ke Ipoh..agak-agaknya mereka ni sempat ke tunaikan solat Maghrib dah kalau ramai-ramai dan dok menunggu bas lagi...kul berapa nak sampai...maghrib masuk awal kul 7 lebih sikit je dah masuk...

Maklumat dari seorang kawan yang mana saudaranya terlibat menjayakan majlis sambutan DS Najib (1 Malaysia) di stadium, sementara menunggu waktu program bermula mereka disediakan bilik hotel untuk berehat....bersesuaian dengan semangat 1 Malaysia mereka ini juga diberikan 1 BILIK bercampur lelaki & perempuan..masyaAllah..

Tak kurang juga masalah timbul apabila pelajar sekolah 'dipaksa' untuk turut sama terlibat...ada yang setelah menunggu ketibaan bas di sekolah..basnya tak juga muncul-muncul...maka mereka diarahkan untuk kembalikan ke rumah masing-masing.  Bukan ke menyusahkan ibubapa, pelajar dan juga guru yang terpaksa memastikan keselamatan para pelajarnya...

Ada juga sekolah yang pelajarnya terpaksa menaiki sebuah bas dengan muatan yang berganda kerana sepatutnya beberapa buah bas yang sepatutnya mengangkut mereka tetapi yang muncul hanya sebuah sahaja...RAKYAT TERPAKSA MENEMPUH SEMUA INI HANYA KERANA UNTUK MERAIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



MAJLIS RAYA PAS PERAK


Majlis Raya PAS Perak tahun ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan...sampai tak cukup juadah yang disediakan...terpaksa ditambah 'juadah emergency'....bihun sup tambahan...

Juadah yang disediakan nasi minyak, gulai daging dan dalca. lemang, rendang. cendol, bihun sup,sate, keropok lekor...semuanya sehingga menjilat jari...kalau ikutkan lembu 2 ekor, kerbau 2 ekor aje dah boleh buat kenduri 7-8 pasang pengantin...


Barisan Muslimat Gopeng sedia berjihad...
 
 
Muslimat yang setia berkhidmat untuk ISLAM..

 
 Sila...sila...jemput masuk..

 
 Alahai kak mazidah kenapa tak tengok sini?? he..he..

 


 
Eh.eh..Ustaz Tahir...ini bahagian sambutan muslimat...Ustaz sebelah sana bukan di sini..

 
 Antara tetamu non-muslim yang turut hadir...

 
Berbaju hijau segak dan manis anak-anak yatim dari sekolah Ust Shuaid..

 
Anak-anak yatim yang diraikan...

 


 
Pesuruhjaya PAS sedang menuju ke motorsikal untuk ditampal stiker "Orang Muda Geng Kita"

 
Pelancaran T-Shirt "Orang Muda Geng Kita"

 

 
Menyantuni anak-anak yatim

 
                                              Anak teman pun sibuk minum...entah dah berapa cawan dah pun tak tau..si kecik ni memang minat ngan keropok lekor...tapi 'q' punya le panjang....sanggup dia melupakan kegemarannya..


Orang ramai begitu sayang untuk meninggalkan majlis...sentiasa penuh..

 
ini dah macam dalam kapal angkasa la pulak...

 
Yop ni tengah cari apa tu? Cari Yong nya ke?

 


LAPORAN TERTUNGGAK..DI SEBALIK TABIR PERSIAPAN MAJLIS RAYA PAS PERAK





.
Walaupun malam ..namun meriah dan berkobar2 memasak..

 
Masing-masing dengan gaya tersendiri...

 
Pesuruhjaya PAS Perak turut bermandi peluh menolong memasak...Ustaz Bakar sememangnya anak jati Surau Al-Ehsan...sejak dari dulu lagi merupakan penggerak utama SAE

 
Bertungkus-lumus mengacau gulai...jangan sampai hangus nanti orang tak leh makan sok ni...

 
 Pasangan chef sehati sejiwa...tokeh 'MAKAN SAJA'

 
 Ini kata si ajijoi...dua setiausaha berganding bahu...

 
Kesian kak Halimah...terpaksa menghabiskan masak dalca sampai kul 12.40 tengah malam...