كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, May 31, 2009

Calon KeADILan menang besar di Penanti

PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.

Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.

Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.

THINGS TO PONDER

Apabila datang seruan jihad , kita sering memberikan alasan dan alasan memang sentiasa ada...
sibuk?tak sihat? anak tak sihat? balik kampung? dan lain-lain...tapi kita sentiasa ada masa untuk ke pusat membeli-belah apatah lagi kalau ada 'sale', nak ke majlis pengajian susah ada anak kecil tetapi kita sentiasa boleh ke shopping complex bersama-sama dengan anak-anak kecil kita.

Panggilan kerja, kita boleh beri komitmen, tetapi panggilan jamaah kita beralasan. Manusia berduyun-duyun memenuhi Program Sure Heboh, sanggup walaupun hujan atau berpanas...tetapi untuk jihad fisabillah??? anda sendiri yang paling tahu jawapannya.

Syarat Kemenangan :

Kita mesti mengambil sunnatullah dalam perjuangan suci ini dengan kita

- gigih berjuang ,
- ikhtiar melepasi segala cabaran ,
- ikhlas dan istiqamah dalam mengenderai perjuangan ,
- tabah mendepani ujian serta halangan dan
- berkorban apa jua sebagai taruhan buat perjuangan mulia ini .

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ


Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).

Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.”

Surah Ali Imran : Ayat 140




Saturday, May 30, 2009

JOM! SERTAI KAMI DALAM WAKAF TELEKUNG/KOPIAH/KAIN PELEKAT, AL-QURAN DAN SEJADAH

Assalamualaikum wr. wbt.

Para pembaca yang budiman adalah dipelawa untuk bersama-sama menjayakan Program Wakaf Telekung, Al Qur'an & Sajadah bersempena Kempen Kita Bersaudara anjuran bersama Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng yang berlangsung dari 1 Jun 2009 sehingga 30 Oktober 2009.

Setiap Kupon Wakaf adalah bernilai RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia Sahaja) untuk kegunaan pembelian Set Wakaf 1[Telekung, Al Qur'an & Sajadah (bagi perempuan)atau Set Wakaf 2
[Kain Pelekat/Kopiah, Al Qur'an & Sajadah (lelaki) (Termasuk Packing) .

Wakaf Tuan/ Puan/ Sdr/ Sdri ini akan disampaikan kepada penduduk miskin dan saudara-saudara kita (saudara baru) di seluruh kawasan Gopeng melalui Program Outreach XPDC Dakwah & Penerangan.(Memasyarakatkan PAS).



Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

013-5020 528

GOLONGAN BELIA ADALAH AL-'ADIYAT??



Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia; "Apabila munculnya beberapa akta seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), golongan belia ini dimampatkan dan ditempurungkan dan akhirnya mereka hanya menjadi sebuah kumpulan yang tidak mempunyai pengaruh apa-apa, kecuali hanya dikerah untuk menuntut ilmu dengan definisi-definisi yang sangat terbatas." "Akhirnya, berlaku satu peristiwa yang tersilap dalam perancangan pemodenan negara. ELGolongan belia menjadi suatu kumpulan yang tidak memiliki kekuatan dinamika, bagi bertempur dengan abad-abad mendatang yang sangat luar biasa, yang tidak mampu ditanggung oleh ilmu yang dipelajari di peringkat universiti sahaja"




"Golongan BELIA adalah Al 'Aadiyat. Kalau kita baca surah itu, kita akan tahu bagaimana kuasa gerakan tempur kawanan kuda-kuda ini"



(1)Demi kuda perang yang berlari kencang

(2)Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya)

(3)Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi

(4)Maka ia menerbangkan debu

(5)Dan menyebu ke tengah-tengah kumpulan musuh



Dr. Abu Hassan Hasbullah, seorang pensyarah media Universiti Malaya menyatakan dalam sidang forum Pemuda Nadi Harapan Malaysia;

"Pengalaman tidak cukup dalam kurun ke 21, kerana dalam kurun ke 21 adalah kurun STRATEGI. Golongan muda adalah pengurus strategi terbaik."



"Dalam abad ini, siapa yang lebih konstruktif (membangun), proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut), dinamik (aktif), praktikal, akan membawa negara, bangsa, tanah air dan tamadunnya ke suatu tahap yang LUAR BIASA" Beliau juga menyatakan bahawa, belia adalah magnet yang mampu menggerakkan sesebuah masyarakat.



Lihat sahaja bagaimana AUKU itu sendiri tercipta. Ia adalah impak dari seorang anak muda bernama Anwar bin Ibrahim, yang berjaya menghimpunkan ribuan mahasiswa ke jalanan bagi menyedarkan kerajaan berkenaan isu kemiskinan di Baling, Kedah.



Lihat jua sejarah 7 orang pemuda yang memberi kesan kepada Kerajaan Dikyanus. Pada kisah Ghulam yang berguru dengan pendeta dan tukang sihir. Keberanian mereka mengakibatkan perubahan besar, momentum yang dinamakan AQIDAH. Allah kirimkan pada anak muda, satu jiwa yang berani mencabar dan dicabar. Kiriman rasa itu bukan sekadar semangat, tapi lahir dari kecintaan Iman.



Di ceruk hingar mat rempit, penagih, kaki pukul, Malaysia sebenarnya mempunyai sekumpulan anak muda berjiwa besar. Cukuplah andai saya sebutkan dua nama, GAMIS dan PMRAM, ia sudah memberi tenaga hebat membentuk sebuah negara. Pandangan dan idea yang mereka miliki bukan lagi bersifat local (setempat) tapi menyeluruh secara global. Kelicikan strategi, kekemasan gerak kerja dan kesepaduan anak muda ini sudah tidak perlu dipertikai lagi.



Maka sudah tiba saat dan ketikanya, golongan ini diberi tempat dalam pembentukkan negara Malaysia. Bukan sekadar didengar suaranya, tapi diberi meja dan kerusi untuk melakar rencana. Tidak kira pemimpin dari kerajaan atau oposisi, kedua-duanya harus mengambil cakna akan perkara ini. Sekiranya tidak, kalian bakal memadam satu generasi, yang mana akhirnya menyumbang kepada kemusnahan ketamadunan.



Saya berkeyakinan bahawa Fathul Malaysia (pembukaan Malaysia) akan terlaksana di tangan anak muda. Bersempena dengan Hari Belia Negara, ayuh semua anak muda, usah lama-lama menjadi remaja. Sentiasalah optimis untuk MENAWAN MALAYSIA!

-petikan GAMIS

Polis Greece Pijak AL-QURAN.


ATHENS 26 Mei - Pegawai mahkamah berkata, pendatang dari Iraq telah menyaman seorang anggota polis Greece yang didakwa telah merosakkan al-Quran miliknya, ketika melakukan pemeriksaan pengenalan diri di ibu negara ini pada minggu lalu, yang mencetuskan kemarahan pendatang Islam di sini.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Attiq memohon agar pegawai yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Dalam saman yang dikemukakan kepada pendakwa Athens semalam, Muhammad mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu telah memaki dan menghinanya sebelum mengoyak serta menginjak-injak kitab al-Quran miliknya.

Insiden itu telah mencetuskan bantahan selama dua hari apabila beratus-ratus penduduk Islam mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar raya ini.

Pada hari kedua, polis bertempur dengan penunjuk perasaan terbabit dan menahan 46 orang selepas tunjuk perasaan bertukar ganas.

Seramai 14 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera, manakala berpuluh-puluh buah kereta rosak akibat rusuhan itu. - AP

INSAFLAH UMNO DAN PARA PENYOKONG UMNO..

video

Jangan sampai menanggung dosa..menahan orang tanpa bicara..

Sunday, May 24, 2009

Perkara yang patut diamalkan seorang muslim.



Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya

Berdoa untuk saudara dan sahabat dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;


Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)


Jadilah Hamba Allah yang terbaik

Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda;

Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Kita perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.

Saturday, May 23, 2009


MusicPlaylist
MySpace Playlist at MixPod.com

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">






LCD Text Generator at TextSpace.net

ADAKAH KAU LUPA

video

Rayuan rakyat Perak kepada MB yang Menang Rayuan

Kami rakyat Perak merayu kepada DS MB Perak yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan agar MEMBUBARKAN DUN PERAK supaya MAHKAMAH RAKYAT dapat turut sama mengesahkan yang berhak sebenarnya memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.

Harus diingat DS MB akan memerintah rakyat negeri Perak bukannya mahkamah maka seharusnyalah suara RAKYAT PERAK mesti didengari. Jika benar BN mendapat majoriti seperti yang dipersembahkan kepada baginda Sultan Perak maka tidaklah perlu gentar menghadapi pilihanraya negeri. yang pastinyalah BN akan menang majoriti. Rakyat akan menerima BN sebagai parti yang memerintah yang sah jika memenanginya melalui pilihanraya yang sah seperti mana rakyat negeri Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah , Sarawak dan Melaka.


- RAKYAT PERAK

Fakta-fakta menelanjang katak Behrang

Posted on 20 Mei 2009 by dupahang


Oleh: Jantantuya

Kali ini biarlah teman menyentuh dahulu tentang Si Lompat Behrang. Dalam siri 1 pendedahannya di Agenda Daily, ada dua perkara yang disentuh iaitu tentang Camry dan Hak Milik Tanah Bukan Melayu.

Si Lompat dengan bangganya memberitahu bahawa dialah yang mempertahankan duit rakyat daripada dibazirkan untuk membeli 15 buah Camry. Beliau juga yang menentang pemberian hak milik tanah kepada bukan Melayu. Beliau mendakwa yang MB Nizar menurut segala perintah dan kehendak Ngeh dan Nga.

Sibuk betul Si Lompat dengan urusan tanah dan Camry. Tugasnya sebagai Exco Pertanian diabaikan. Setiap kali Mesyuarat Pertanian Negeri diadakan, Si Lompat hanya duduk di kerusi pengerusi tanpa mempengerusikan mesyuarat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Perak.

Si Lompat mendakwa bahawa nisbah Melayu yang mendapat tanah hanya tiga berbanding sembilan bukan Melayu. Bodoh benar rupanya MB Nizar mengagih-agihkan tanah Perak kepada rakyat.

Tetapi sedarkah Si Lompat berapa luas tanah yang diberi kepada Melayu dan bukan Melayu? Setiap rakyat Melayu yang mendiami tanah TOL atau tanah lesen di kampung-kampung Melayu tradisional akan menerima paling kurangpun dua ekar tanah pertanian untuk kediaman dan dusun.

Tanah TOL yang diwarisi turun temurun begitu berat untuk diberi status hak milik oleh UMNO sebelum ini. Manakala rakyat bukan Melayu yang mendiami kampung-kampung baru hanya diberi hak milik tapak kediaman sahaja yang keluasannya kurang daripada 90’x90’.

Agaknya Si Lompat tidak pandai menggunakan kalkulator untuk menghitung dan membahagikan keluasan tanah per pemilik. Dia hanya mampu menggunakan sepuluh jari untuk mengira jumlah penerimanya sahaja. Bengap.

Si Lompat juga pandai menyindir dan memperli keputusan MB Nizar. Adakah Si Lompat sedar yang pengundi di DUN Behrang telah dan sedang menyumpah seranah celaka tujuh keturunan kepadanya?

Si Lompat peduli apa, janji kebodohannya untuk memajukan pertanian rakyat dapat ditutup rapat serapat-rapatnya. Kuat betul semangat patriotik Si Lompat kepada negara. Utamakan Perdana V6 daripada Camry. Jangan bazirkan duit rakyat demi Camry. Perdana V6 lebih murah berbanding Camry.

Kerajaan negeri boleh jimat lebih RM700k jikalau membeli Perdana V6. Pandai juga Si Lompat mengira. Tetapi kira tak habis. Kos penyelenggaraan Perdana V6 lebih mahal berbanding harganya.

Si Lompat buat-buat tidak mengetahui tentang rekod-rekod dan kos penyelenggaraan V6 exco terdahulu. Camry ada tiga tahun gerenti berbanding setahun untuk Perdana V6. Memang Camry mahal, tetapi untuk jangka masa panjang Camry menjimatkan duit rakyat. Tengin.

Teman tidak begitu yakin Si Lompat bijak menyusun kata-kata untuk membuat kenyataan akhbar. Penulis kenyataannya ialah Hanapiah Man. Memang mereka berdua mempunyai hubungan awal semasa menggerakkan PKR di Perak.

Hanapiah Man berkebolehan dalam mengolah dan memutar belit kenyataan yang tidak betul menjadi kelihatan betul. Jikalau Si Lompat seorang yang bijaksana menyusun kata-kata indah, sudah tentu ia mampu mempengerusikan mesyuarat. Sudah tentu Si Lompat mampu menjana idea untuk memajukan ekonomi pertanian orang-orang Melayu.

Alangkah bagusnya jikalau Si Lompat mendesak MB Nizar memperuntukkan harga sebuah Camry untuk setiap daerah bagi memulakan CERIA. Tetapi Si Lompat tetap tongong dan terus tongong.

Soalan untuk Si Lompat, kenapa Jelapangpun lompat sedangkan MB Nizar dikatakan sentiasa mengutamakan orang Cina? Takkanlah Jelapang lebih sayangkan Melayu daripada duit. Tetapi Behrang dan Changkat Jering adalah manusia yang beriman. Rakyat didahulukan. Duit tak mainler …

dari blog
bypass308.blogspot.com

Friday, May 22, 2009

Pembunuhan di Ipoh: Apa sudah jadi?






Written by Zulkifli Nordin
Thursday, 21 May 2009




Salam 2 all.

Pembunuhan brutal dan kejam Wah Yah Matzi (42), anak bongsunya Ermin Danish Jafri (5) dan pembantu rumahnya Dani (20an) di Taman Pinji Seni, Ipoh semalam sangatlah mengejutkan.
Kejadian yang berlaku di siang hari di kawasan perumahan menimbulkan banyak persoalan tentang tahap jenayah dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
Lebih menyedihkan lagi semasa kejadian, mangsa sedang berbual melalui telefon dengan suaminya Jafri Tajul Aripin sambil mendukong anak bongsunya. Tiba-tiba sisuami mendengar jeritan isterinya yang tanpa disedari diserang dan ditetak berkali-kali oleh pembunuh tersebut. Jeritan yang si suami pasti tidak akan lupa selama-lamanya!
Pembunuh itu berjaya ditahan dan ditangkap oleh jiran mereka Ahmad Hanafiah yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Lelaki pembunuh berusia 26 tahun itu dipercayai dibawah pengaruh dadah.
Dan semua itu untuk apa? Hanya kerana nak kebas sebuah laptop-tiga nyawa terbang termasuk seorang kanak-kanak berusia 5 tahun!
Saya melihat penyakit membunuh orang tanpa belas ehsan kini semakin menjadi-jadi.
Allahyarham Saodah dibunuh di Ketereh oleh sang peragut baru-baru ini hanya kerana RM3!
Dua hari lepas, Nurbahirah (26) dibunuh dengan kejam oleh seorang duda bekas kekasihnya hanya kerana mahu memutuskan perhubungan.
Kita mendengar kes anak gadis dijadikan habuan seks oleh bapa kandung dan abang kandung sendiri.
Tak cukup dengan jenayah kebinatangan itu, si gadis di sapu pulak oleh rakan si bapak!
Sudah tidak menjadi perkara pelik hari ini kalau mendengar berita bayi dibuang merata tempat..dalam tong sampah, dalam surau, malahan disorok bawah katil pun ada.
Sudah ada kes anak gadis baru belasan tahun membawa buah hati tidor dibiliknya dan melakukan seks dengan makbapak tidur dibilik sebelah berdengkur tak tahu cerita!
Dan banyak lagi kes-kes bunuh dan jenayah berat yang dilakukan atas sebab yang terlalu remeh.
Seolah-olah manusia hari ini sudah tiada perasaan belas ihsan, sudah hilang perasaan kemanusiaan. Mereka muncul bagai binatang & haiwan bertopengkan manusia.
Apa dah jadi sebenarnya dengan manusia hari ini. Dan yang terkilannya ramai dikalangan syaitan-syaitan ini adalah dikalangan orang Melayu.
Sebenarnya ALLAH swt telah memberi amaran jelas kepada kita..apabila kamu meninggalkan hukum hakam dan syariat ALLAH, tunggulah hari dimana perasaan rahim dan belas ehsan akan dicabut dari hati manusia, sehingga ia berkelakuan saperti haiwan.
Dan inilah fenomena yang sedang kita lihat berlaku depan mata kita hari ini.
Dan yang paling malang, ianya berlaku dikalangan bangsa Melayu yang Al Quran ada ditangannya, yang selalu diframekan, selalu dimusabaqahkan, salu ditadaruskan..tetapi mereka sedikitpun tidak mengamalkan nya.
Malahan mereka mencemuh Al Quran; mendakwa hukum-hakam ALLAH sudah tidak sesuai dilaksanakan, malah kalau dilaksanakan akan banyaklah restoran menghidangkan sup tangan, maka akan terbantutlah pembangunan kerana kurangnya batu yang diguna untuk merejam pesalah.
Hari ini, dicelah-celah menara kayangan Melayu, disamping kerlipan pembangunan mahahebat Melayu..kita melihat keruntuhan akhlak dan kerosakan moral yang parah dikalangan bangsa kita sendiri.
Sebenarnya jawapannya mudah: kembalilah mentauhidkan ALLAH, hiduplah menurut syariat Islam, patuhilah sunnah Rasul, dan jadilah seorang Muslim yang benar-benar bertaqwa dan beriman kepada ALLAH.
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan memberi kekuatan kepada kita untuk iberiman dan beristiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim yang hakiki.
Ameen..

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim B.Bharu

REMPIT LAH...


Amat menghairankan apabila masalah rempit misalnya tidak mampu diselesaikan oleh polis (kerajaan) sedangkan kesungguhan dan komitmen polis (kerajaan) semasa perhimpunan aman rakyat dan juga semasa pilihanraya kecil mutakhir ini tiada siapa pertikaikan kehebatannya. Jutaan ringgit boleh dibelanjakan (sayangnya duit rakyat terhabis..), di PRK Kuala Terengganu misalnya jutaan ringgit dihabiskan untuk mengerah polis mengawal orang ramai sepanjang kempen pilihanraya kecil. Tetapi mengapa masalah yang memalukan negara ini tidak mampu diselesaikan. Sudah terlalu lama kita mendengar masalah2 sosial termasuklah merempit berleluasa , apakah sebagai kerajaan yang mempunyai segala kekuatan dan kuasa tidak mampu menyelesaikan masalah rempit ini.

Berapa ramai lagikah 'rempits' yang hendak kita lahirkan lagi...berapa ramai lagi yang akan mati sia-sia dan secara ngeri sekali..berapa ramai lagi ibu bapa harus menangis kerana tidak redha dengan perbuatan anaknya...

Masalah yang ditimbulkan oleh mat rempit diketahui umum bukan sahaja membahayakan diri dan orang lain di jalan raya malah mereka berani mencedera dan membunuh, dan ada yang terlibat berpeleseran di perkarangan kelab - kelab malam dalam keadaan mabuk di tengah ibu kota .

KEPADA PARA 'PEREMPIT' DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA,insaflah,kita diciptakan bukanlah hanya untuk berseronok-seronok sahaja..ingatlah maut pasti datang...dan kehidupan di alam akhirat itulah yang kekal abadi..sebenarnya memang ada gambar2 kemalangan melibatkan mat motor ni tapi tak sanggup nak upload..ngeri sangat...dah tak macam orang..kepala terputus terus,,,badan hancur putus dua,,kaki putus dan lain-lain...


JANGAN SAMPAI ANDA DIBENCI OLEH ORANG RAMAI APATAH LAGI KEDUA IBU BAPA ANDA...

sekadar renungan...sketsa ini boleh dijadikan iktibar..

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: “Dia akan selamat kerana
besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya.”

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: “Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya ‘ Allah pun pak cik tak sebut?”.

Sampuk si bapa, “Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!”.



Perbanyakkanlah dan ikhlaskanlah berdoa dan solat..

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka [1], bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

( Al Fatihah 6 – 7 )

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA PENDIDIK

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU.. DARIPADA DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Friday, May 15, 2009

Ust Ahmad Awang dakwa kecamukan Perak berpunca dari angkara Najib

PESURUHJAYA PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menyifatkan kecamukan yang berlaku di Perak berpunca dari tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mengamalkan undang-undang rimba sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, lapor Nyza Ayob.

Ahmad berpendapat Najib selayaknya dikatakan mengamalkan undang-undang rimba kerana beliau merampas kuasa dengan mengenepikan undang-undang.

"Benarlah Najib seorang yang rakus, tamak kuasa dengan starategi yang licik serta jijik dan kotor. Beliau yang memulakan undang-undang rimba dan meneruskannya. Najib yang mengenepikan undang-undang. Sekarang beliau yang telah menjadi Perdana Menteri dengan slogan Satu Malaysia juga mengenepikan undang-undang apabila tidak mahu menerima keputusan mahkamah yang memutuskan bahawa Menteri Besar yang sah ialah Dato' Seri Nizar Jamaludin.

"Dia mempunyai hak untuk membuat rayuan tetapi dia tidak sepatutnya mengambil keputusan menggantung keputusan hakim. Apatah lagi cara yang dilakukannya pelik. Tindakan BN mohon menggantung keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah bukan sahaja mengejutkan semua pihak bahkan turut menimbulkan tanda tanya di kalangan pengamal undang-undang bagaimana dalam tempoh yang singkat permohonan tersebut diluluskan," tegas Ahmad.

Tambahnya lagi, apa yang berlaku benar-benar 'ajaib' kerana ia tidak mengikut kelaziman, apabila hendak memohon penangguhan sesuatu keputusan mahkamah itu, hendaklah membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada mahkamah.

"Bila dapat kebenaran itu, sesuatu pihak harus memfailkan saman dengan afidavit. Jadi di pihak Pakatan Rakyat tak tahu apa-apa. Tiba-tiba keputusan tersebut dibuat. Keadaan ini bertambah merumitkan," katanya.

Beliau menegaskan sebagai seorang negarawan Najib seharusnya tidak terlalu mementingkan kepercayaan politiknya. Beliau seharusnya menasihati BN Perak agar bersama-sama dengan Pakatan Rakyat memohon perkenan Sultan agar dibubarkan Dun.

Ahmad yang juga Naib Presiden PAS berharap penyokong Pakatan Rakyat, rakyat Perak serta ahli PAS sentiasa bermunajat sepanjang masa sehingga apa yang diharapkan akan diperkenankan Allah.

"Kita bermohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati pihak Sultan diperkenankan pembubaran Dun untuk kesejahteraan serta kedamaian rakyat Perak khususnya. Dengan keputusan itu juga, rakyat seluruh negeri akan menyanjung tinggi Raja negeri Perak," katanya.

-Artikel dari Sanggahtoksago

Abah telah kembali ke rahmatullah...

Pada tanggal 12 Mei 2009 bersamaan 17 Jamadil Awal 1430H...mencatat sejarah duka dlm hidupku apabila kehilangan abah buat selamanya...

Hanya doa dan ayat-ayat al Quran yang mampu dikirim , moga-moga roh allahyarham dirahmati Allah dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada para sahabiah dan anak-anak murid yang turut mendoakan dan mengirimkan salam takziah.

Jutaan terima kasih kepada anggota TUDM (abang ipar anggota TUDM) yang mengendali urusan pengkebumian ayahanda..hanya Allah sahaja sebaik-baik pemberi balasan.



AL FATIHAH.
codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">






LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, May 11, 2009

Shalat Syukur
Shalat syukur dilakukan dua rakaat, dengan niat menyampaikan rasa syukur kepada Allah swt. Caranya:
· Rakaat pertama: membaca surat Fatihah dan surat Al-Ikhlash.
· Rakaat kedua: membaca surat Fatihah dan surat Al-Kafirun.
· Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat pertama, sesudah membaca tasbih, membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ شُكْرًا شُكْرًا وَحَمْدًا حَمْدًا
Alhamdulilâhi syukran syukran, wa hamdan hamdan
Segala puji bagi Allah; terima kasih, terima kasih, dan segala pujian kusam-paikan kepada-Nya.

· Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat kedua, sesudah membaca tasbih, membaca:

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي اسْـتَجَابَ دُعَآئِي وَاَعْطَانِي مَسْأَلَتِي
Alhamdulillâhil ladzistajâba du’-âî wa a’thânî mas-alatî.
Segala puji bagi Allah yang telah mengijabah doaku dan memberi permohonanku.



Sujud Syukur

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP

Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

-Dipetik daripada

State Mufti Office

BRUNEI DARUSSALAM.

Pesan Mursyidul Am PAS


KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI HANYA UNTUKMU


Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt. yg dengan kuasa dan izinNya jua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah mengisytiharkan bahawa DS Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah turut mengarahkan Zambry dan exconya mengosongkan pejabat SUK serta-merta dan rayuan penangguhan pelaksanaan keputusan oleh Zambry telah ditolak.

Manusia merancang, Allah juga merancang. BN tidak menyangka perancangan yang dilakukan untuk mengambil (merampas) tampuk pemerintahan negeri Perak akan menjadi sebegini kompleks dan menjatuhkan maruah BN sendiri. Dunia seluruhnya menyaksikan dan mengikuti kemelut politik di negeri Perak ini dan mereka yang disinari kebenaran dan mampu menilai kebenaran dari kepalsuan akur akan kebenaran berada di pihak PAKATAN RAKYAT.

Respon memberangsangkan daripada Pemangku Sultan Perak Raja Muda kepada DS Muhammad Nizar (Pakatan Rakyat) moga-moga akan terus bersinar dan menyuburkan lagi pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak ini khususnya.


و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله

“ dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan – jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah swt.”

Surah al Ana'am : 153


ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR.

-Ketua Penerangan DMP Gopeng

Thursday, May 7, 2009

Rakyat Perak menangis



Apa sudah jadi dengan negaraku Malaysia khususnya negeri Perak Darul Ridzuan...

Hari ini sekali lagi Perak menjadi tumpuan dunia apabila Sidang DUN Perak kecoh dan tegang kerana undang-undang dikesampingkan. Sejarah tercatit apabila Speaker DUN diperlakukan dengan kasar dan memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan berdaulat. Di mana perginya tamadun (kan ke Malaysia negara Islam Hadhari) dan 'kewarasan' para penjawat awam (yg menurut perintah) dan ahli politik BN apabila pihak penyokong Pakatan Rakyat diperlakukan seperti penjenayah dan dinafikan hak sebagai warganegara di tanahair sendiri.

Menurut Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar, sewaktu mengiringi baginda Raja Muda Perak keluar daripada Dewan , baginda menyatakan mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat. Semoga Raja dan Sultan di negara ini tetap menjadi penaung dan pelindung rakyat jelata.
Bertahan sehingga saat terakhir

Kepada para pemimpin negara dan negeri, dengarlah suara rakyat yang mahukan keadilan dan demokrasi berjalan baik..buktikanlah kalian berkhidmat untuk rakyat bukannya rakyat menderita kerana kalian.

Firman Allah swt :

الذين ان مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة و اتوا الزكوة و امروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور .

Orang – orang yang jika kami berikan kedudukan ( kuasa ) di muka bumi , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat dan menegakkan yang ma’ruf ( syariat ) serta mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan .

Surah Al Hajj : Ayat 41

Negaraku..Aman, Makmur,Maju?


Salam 2 all,
Sekali lagi negara digemparkan dengan kes ragut terbaru yang menyebabkan kematian kepada mangsa. Ibu muda berusia 33 tahun, Sharifah Mohd. Noor meninggal dunia sebaik sahaja beliau diragut semasa menaiki motosikal. Sharifah yang dalam perjalanan balik ke Melor setelah bersama dengan ibunya di Kg. Bedolah, Tumpat diragut semasa tiba di Kg, Padang Raja. Sebaik diragut, motosikal EX5 yang ditunggangnya digesel oleh motosikal peragut tersebut menyebabkan beliau hilang kawalan dan terjatuh. Sebuah kenderaan Proton dari arah bertentangan tidak dapat mengelak beliau lalu melanggarnya menyebabkan kecederaan parah di kepala dan badannya. Sharifah yang mengandung tiga bulan, meninggalkan suami Mohd Zani Awang dan lima orang anak yang masih kecil (berusia dua-tigabelas tahun).
Ini adalah kes ragut ketiga berlaku berturut-turut yang menyebabkan kematian dan kes kedua membabitkan ibu muda yang sedang mengandung. Dan yang paling malang dikala para mat rempit dan peragut-peragut dajjal ini bermaharajalela, pasukan polis lebih sibuk mengerahkan kekuatan anggotanya untuk menghalang rakyat bersuara dan berhimpun secara aman di Perak. Alangkah baiknya kalau pihak polis menumpukan tugas dan tenagakerja mereka kepada menangani dan menyelesaikan masalah peningkatan jenayah yang makin membimbangkan akhir-akhir ini.
Kita melihat kejadian kes ragut dan meningkatnya penyalahgunaan dadah dan arak serta bertambahnya kegiatan merempit khususnya dikalangan remaja dan belia Melayu sangatlah membimbangkan.
Kita melihat kegiatan ganas taik-taik rempit dan kronologi kegiatan ragut sejak setahun lepas memberikan satu trend yang menakutkan, seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang; dan kalau ada pun undang-undang seolah-olah mereka ini "above the law". Pihak polis kelihatan seolah-olah tidak mampu lagi menangani dan menyelesaikan masalah yang membimbangkan ini.
Kita khuatir nanti akan tiba masanya rakyat menjadi muak dengan masalah ini dan mengambil tindakan sendiri untuk mengatasinya. Apakah kita sudah berada ditahap negara "koboi", sehingga memaksa rakyat mengambil "the law into their own hands". Ini adalah satu "wake-up call" kepada pihak keselamatan untuk mencari satu mekanisme dan formula terbaik dan berkesan untuk menangani masalah ini.
Atau apakah kita perlu balik kepada melaksanakan hukum ALLAH; dimana ALLAH menjanjikan keamanan sekiranya perintah dan hukum-hakamnya dilaksanakan. Adakah fenomena dajjal-dajjal rempit ragut ini muncul sebagai petanda kita sudah jauh daripada rahmat dan belas kasihan dan barakah ALLAH swt.
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing..
Wallahua'lam.
Kronologi kes-kes ragut

· 5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.

· 29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

· 28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin.

· 29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

· 21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan.

· 2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

· 4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.

· 10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam.

· 22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut.

· 13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar.

· 29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya.

· 11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan.

· 11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar.

· 20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia.

· 12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur.

· 10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar.

· 20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu.

· 10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar.

· 28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar.

· 30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya


Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Khamis 12 Jamadil Awal 1430 / 07 April 2009

Tuesday, May 5, 2009

BICARA TOKOH (Siri 1)




Lantaran perasaan kagum terhadap tokoh ini membuatkan saya merasakan terpanggil untuk menulis tentang tokoh gerakan Islam yg cukup terkenal ini iaitu as syahid Imam Hassan Al Banna.

Kehilangan beliau apabila menemui ajalnya pada 12 Februari 1949 cukup dirasai oleh seluruh umat Islam yang mencintai Islam walaupun ketika wafatnya tidak ada yang menyalatkan beliau di masjid kecuali ayahnya. Tidak ada ribuan pengikut beliau yang berjalan di belakang keranda beliau, lantaran halangan dari pihak pemerintah atau dek kerana mereka saat itu sedang memenuhi penjara.

Ceramah/kuliah beliau cukup bertenaga dan menghasilkan pengaruh yang positif dalam pembaikan masyarakat. Ribuan manusia berkumpul untuk mendengar ceramah setiap hari selasa (dikenali "Haditsuts Tsulatsa" atau "Atifatuts Tsulatsa") baik datangnya dari Cairo, Iskandaria, Aswan bahkan dari luar Mesir. Naiknya beliau ke mimbar dengan jubah dan serban putihnya, lalu sejenak mengitarkan pandangan kepada segenap hadirin, lalu melontarkan suaranya dengan kekuatan jiwa dan kalimat-kalimat yang segera menyusuk ke dalam hati para pendengar.

Ucapannya tidak retorik, juga tidak membakar semangat dengan teriakan. Suaranya sepenuhnya bertumpu pada kebenaran, membangun semangat dengan meyakinkan akal, menggelorakan jiwa dengan makna bukan dengan kata-kata, dengan ketenangan bukan dengan provokasi, dan dengan HUJAH bukan dengan hasutan. Sehingga setiap orang yang pernah mendengarnya sekali, pasti akan terus mengikuti ceramah-ceramah beliau secara rutin betapapun kesibukan dan hambatannya.

Kehebatan As Syahid Imam Hassan Al Banna pada ceramahnya antaranya adalah kejutan pada pengakhiran ceramahnya. Beliau mampu menarik perhatian para pendengar di akhir ceramah dengan gaya yang lebih memikat daripada yang digunakan beliau untuk menarik perhatian mereka di awal ceramah. Apa rahsianya, wallahualam. Tetapi itu merupakan salah satu kelebihan beliau yang paling menonjol. Satu kurniaan Allah pada hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya.

Pengaruh beliau masih ada hingga ke hari ini dan terus berkembang...bertepatanlah Imam Hassan Al Banna adalah mujadid (pembaharu) Islam di abad ke 20.

InsyaAllah, saya akan turuti bicara ini pada waktu dan ketika yang lain. Semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan bersama dan diterima Allah sebagai amal soleh.

Wassalam.