كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, December 31, 2009

KHASIAT KISMIS



Ada dikatakan bahawa “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”. “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Ali pula pernah berkata: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”. “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”. Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..

Tak berapa hari sahaja lagi anak-anak akan memulakan sesi baru persekolahan..kepada yg pertama kaki menjejakkan kaki ki alam persekolahan (Tahun 1) & juga alam baru sekolah peringkat Menengah (tingkatan 1 ) SELAMAT MENEMPUH ALAM BARU YANG PENUH CABARAN & KENANGAN PAHIT DAN MANIS DALAM KEHIDUPAN..

BAGI YANG TELAH MENEMPUH PEPERIKSAAN UMUM BARU-BARU INI SEPERTI UPSR & PMR DAN TELAHPUN MENERIMA KEPUTUSAN...KEPADA YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG...ALHAMDULILLAH. BAGI YANG KURANG BERJAYA...JANGAN PUTUS ASA..PERJALANAN ANAK-ANAK MASIH JAUH LAGI..TERUSKAN USAHA HINGGA BERJAYA.

Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.


1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari
yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.


Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

Bahan ini diterjemah dari :-
Learning Skill Center
The University of Texas at Austin
(Study Tips)

LELAKI BERAMBUT PANJANG??

oleh ustaz wan ji

Ada orang bertanya tentang hukum berambut panjang bagi orang lelaki. Bagi menjawabnya, dinyatakan seperti berikut;

Melihat kepada hadis-hadis, didapati rambut Nabi SAW ada beberapa keadaan, iaitu;

1- memanjangkan rambut sehingga sampai tahap cuping telinga.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم له شعر يبلغ شحمة أذنيه

Maksudnya;
“Nabi SAW mempunyai rambut sehingga mencecah cuping dua telinganya”

2- Panjang rambut nabi sehingga tahap diantara bahu dan telinganya

Anas bin Malik berkata;

كان شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أذنيه وعاتقه

Maksudnya;
“Rambut Nabi SAW panjang sehingga sampai tahap antara dua telinganya daripada bahunya”

3- Panjang mencecah bahu

Anas bin Malik meriwayatkan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضرب شعرُه منكبيه

Maksudnya;
“Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya”

Dari hadis-hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang.

Pun begitu, untuk berambut panjang, hendaklah diperhatikan perkara-perkara berikut;

1- hendaklah tidak menyerupai perempuan.
2- tidak menyerupai orang kafir.
3- sentiasa menjaga kebersihan dan disikat rambut itu.

sekian

Wednesday, December 30, 2009

Sejarah Sambutan Tahun Baru Masehi

Dalam beberapa hari lagi, tahun 2009 akan segera berganti, dan tahun 2010 akan menjelang. Ini tahun baru Masehi, tentu saja, kerana tahun baru Hijriyah telah terjadi satu minggu yang lalu. Bagi kita orang Islam, ada apa dengan tahun baru Masehi?

Sejarah Tahun Baru Masehi

Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, dia memutuskan untuk mengganti penanggalan tradisional Romawi yang telah diciptakan sejak abad ketujuh SM. Dalam menyusun kalendar baru ini, Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan orang-orang Mesir.

Satu tahun dalam penanggalan baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teori dapat menghindari penyimpangan dalam kalendar baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh di tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau Juli. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Kaisar Augustus, menjadi bulan Agustus.


Perayaan Tahun Baru
Saat ini, tahun baru 1 Januari telah dijadikan sebagai salah satu hari suci umat Kristian. Namun kenyataannya, tahun baru sudah lama menjadi tradisi sekular yang menjadikannya sebagai hari libur umum nasional untuk semua warga Dunia.

Pada mulanya perayaan ini dirayakan baik oleh orang Yahudi yang dihitung sejak bulan baru pada akhir September. Selanjutnya menurut kalender Julianus, tahun Romawi dimulai pada tanggal 1 Januari. Paus Gregorius XIII mengubahnya menjadi 1 Januari pada tahun 1582 dan hingga kini seluruh dunia merayakannya pada tanggal tersebut.

Perayaan Tahun Baru Zaman Dulu

Seperti kita ketahu, tradisi perayaan tahun baru di beberapa negara terkait dengan ritual keagamaan atau kepercayaan mereka—yang tentu saja sangat bertentangan dengan Islam. Contohnya di Brazil. Pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, orang-orang Brazil berbondong-bondong menuju pantai dengan pakaian putih bersih. Mereka menaburkan bunga di laut, mengubur mangga, pepaya dan semangka di pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang dewa Lemanja—Dewa laut yang terkenal dalam legenda negara Brazil.
Seperti halnya di Brazil, orang Romawi kuno pun saling memberikan hadiah potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Belakangan, mereka saling memberikan kacang atau koin lapis emas dengan gambar Janus, dewa pintu dan semua permulaan. Menurut sejarah, bulan Januari diambil dari nama dewa bermuka dua ini (satu muka menghadap ke depan dan yang satu lagi menghadap ke belakang).

Sedangkan menurut kepercayaan orang Jerman, jika mereka makan sisa hidangan pesta perayaan New Year's Eve di tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh. Bagi orang Kristiann yang majoriti menghuni belahan benua Eropah, tahun baru masehi dikaitkan dengan kelahiran Jesus Kristus atau Isa al-Masih, sehingga agama Kristian sering disebut agama Masehi. Masa sebelum Jesus lahir pun disebut tahun Sebelum Masehi (SM) dan sesudah Jesus lahir disebut tahun Masehi.

Pada tanggal 1 Januari orang-orang Amerika mengunjungi sanak-saudara dan teman-teman atau nonton televisi: Parade Bunga Tournament of Roses sebelum lomba futbol Amerika Rose Bowl dilangsungkan di Kalifornia; atau Orange Bowl di Florida; Cotton Bowl di Texas; atau Sugar Bowl di Lousiana. Di Amerika Syarikat, kebanyakan perayaan dilakukan malam sebelum tahun baru, pada tanggal 31 Disember, di mana orang-orang pergi ke pesta atau menonton program televisyen dari Times Square di jantung kota New York, di mana banyak orang berkumpul. Pada saat loceng tengah malam berbunyi, sirene dibunyikan, kembang api diledakkan dan orang-orang meneriakkan "Selamat Tahun Baru" dan menyanyikan Auld Lang Syne.Di negara-negara lain, termasuk Malaysia? Sama saja!


Bagi kita, orang Islam, merayakan tahun baru Masehi, tentu saja akan semakin ikut andil dalam menghapus jejak-jejak sejarah Islam yang hebat. Sementara beberapa minggu yang lalu, kita semua sudah melewati tahun baru Muharram, dengan sepi tanpa gemuruh apapun. (sa/berbagaisumber)

Monday, December 28, 2009

KEHEBATAN IRAN DI BIDANG TEKNOLOGI DICEMBURUI...

Monday, December 28, 2009

IRAN Bina Kapal Selam Halimunan

Iran telah membina sendiri beberapa kapal selam kecil yang ‘halimunan’ iaitu tidak dapat dikesan oleh radar dan sonar. Kapal selam ini diberi nama Ghadir.

Kapal selam ini dapat mengesan kapal dan kapal selam musuh serta memusnahkannya dengan peluru berpandu atau torpedo. Ianya dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini.

Spesifikasi : Berat 120 tan , Panjang 29 m , Kelajuan permukaan air 11 knot, Kelajuan dasar laut 8 knot , Senjata Torpedo 2533 mm peluru berpandu dan pelancaran periuk api , Enjin Disel Elektrik

Iran juga sedang membina Hovercraft yang bertempat duduk 6 dinamakan Younes-6 dan akan digunakan untuk penyelamatan dan penyerbuan











Sunday, December 27, 2009

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz


Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjoi, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut,  anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.

“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.

“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.

Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

Friday, December 25, 2009

TAKZIAH KEPADA KAK RODHIAH.

DMP GOPENG SEKALI LAGI MENERIMA BERITA SEDIH APABILA MANTAN AJK DMPG YANG JUGA AJK JMC RAPAT SETIA,  USTAZAH RODHIAH TELAH KEHILANGAN AYAHANDANYA HAJI YAHYA JAM 8.45 PAGI TADI..

SEMOGA ROH AYAHANDA KAK RODHIAH DICUCURI RAHMAT DAN DIBERI GANJARAN KEBAIKAN OLEH ALLAH SWT. HENDAKNYA.

AL FATIHAH.

Tuesday, December 22, 2009

LAWATAN DMPN KE GOPENG

Alhamdulillah, petang tadi (22/12/09) Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah pun mengadakan Lawatan & Pemantauan ke DMP Gopeng.  Kunjungan yang terdiri daripada Ketua DMPN PERAK sendiri dan teamnya (Pn Halijah, Pn Mazidah, Pn Zuhairah Hj. Mohd Ghazali dan Pn Fatihah telah memberikan suntikan baru kepada DMP Gopeng untuk meneruskan perjuangannya.

Semoga saranan dan cadangan yang diberikan dapat dilaksanakan..dan DMPG akan terus mantap, InsyaAllah.  Sesungguhnya kita bukanlah pemula perjuangan ini tetapi kita adalah penerus/penyambung perjuangan menegakkan Kalimah Allah di muka bumi...Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah dalam menghadapi mehnah & tribulasi perjuangan.

SIRU 'ALA BARAKATILLAH.

Wednesday, December 16, 2009

PERLUKAH ANAK DIHANTAR KE PLKN??

Alhamdulillah...hari ini tamatlah sudah anakanda Ali Saifuddin menduduki peperiksaan SPM.. Sememangnya pelajar lain ramai yang dah lama habis...sebab 'paper' akhir antaranya ialah 'paper' subjek agama..Isnin baru ni Bahasa Arab Tinggi & yg terakhir tadi Pendidikan Syariah..Semoga mendapat keputusan cemerlang..BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT..

Antara perkara yg sangat tidak diingini oleh kami suami isteri ialah panggilan ke PLKN..namun yang ditakuti itulah yang datang mencari kita...Nama anak kami antara yang terpanggil untuk ke PLKN, tapi sejak sekian lama lagi anak kami memang berhasrat untuk ke STAM..mudah-mudahan dapatlah dia meneruskan hajat melanjutkan pelajarannya...sudahlah baru sahaja tamat peperiksaan...baru nak bersama keluarga udah nak ke program PLKN?? (kena daftar 3 Jan '09).

Bagi kami biarlah budak-budak lain yang lebih memerlukan yang ke PLKN...mereka yang hanya MEREMPIT..KE CYBER CAFE (CC)...BERGAUL BEBAS , MELAKUKAN JENAYAH DSB...BUKANKAH PLKN DIKATAKAN DAPAT MENDIDIK ANAK-ANAK MALAYSIA MENJADI WARGA YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERDISIPLIN......dan SANGAT RAMAI ANAK-ANAK MELAYU KHUSUSNYA YANG BERMASALAH...DIDIKLAH MEREKA..JADIKAN MEREKA BAK KATA ORANG TUA.."JADI ORANG".

PERANCANGAN JAHAT MUSUH ISLAM - siri 1

السلام عليكم ورحمة الله
 
Saudara-saudara SeIslam yang dihormati,
 
Banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang mengingatkan kita agar berhati-hati terhadap musuh-musuh Islam. Mereka tidak henti-henti memusuhi Islam serta berusaha gigih untuk menjahanamkan Islam dan umat Islam termasuklah memurtadkan umat Islam.




"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut-nya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. [Aali Imran=118]



Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) memalingkan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. AL-BAQARAH=217
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ -

Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka. AL-BAQARAH=120
 
 

 
GANGGUAN MALAM ISRA'

Pada malam isra' Nabi saw mendengar panggilan di sebelah kanan dan kiri. يا محمد أنظرنى أسألك "Wahai Muhammad tunggu! Nescaya aku mahu bertanya"
-Itulah suara gangguan Yahudi dan Nasora.
-Mereka menjalankan perancangan dan agenda sulit untuk memerangi dan menghancurkan Islam, umat Islam serta pejuang-pejuang Islam.
 
PAKATAN JAHAT NATO

Dalam persidangan keselamatan NATO yang diadakan di Munich pada 20hb. Feb. 1995, Setiausaha Agung Pertubuhan NATO menyebutkan bahawa "bahaya pihak fundamentalis (Islam) lebih kurang sama dengan bahaya komunis dahulu". Beliau menambah, "Selepas komunis tidak ada lagi musuh kita selain Islam". Dan beliau menyifatkan Islam sebagai "bahaya(ancaman)hijau.

TAHNIAH KEPADA MUSLIMAT PAS..




Tahniah diucapkan kepada muslimat Teluk Intan kerana berjaya menjadi johan PIDATO dalam program PENTAS PENCERAMAH anjuran LAJNAH PENERANGAN DMPN PERAK baru-baru ini.

Tidak ketingggalan diucapkan tahniah kepada adik Arbaiyah (wakil DMP Gopeng) walaupun mendapat saguhati tetapi sebenarnya penyertaan itu sendiri menandakan satu kejayaan..kejayaan kerana keberanian, kesanggupan dan usaha yang diberikan semata-mata untuk perjuangan Islam. Semoga Adik Arbaiyah akan terus istiqamah di dalam perjuangan Islam dan menjadi mata-mata rantai penerus perjuangan....

Ini kerana ramai lagi yang walaupun mempunyai ijazah/kelayakan namun tidak terpilih oleh Allah untuk berada di dalam jamaah Islam Parti Islam Semalaysia yang di bawah kepimpinanan ulamak..Mereka hanya sekadar mempunyai ijazah.....bekerja dengan pendapatan lumayan....berkahwin...mempunyai rumah besar...sibuk dengan isteri/suami & anak-anak.. URUSAN MEREKA SETIAP HARI HANYALAH SEKADAR URUSAN KERJA & RUMAHTANGGA SAHAJA...SIBUK SETIAP HARI..MASALAH ANAK BEGINILAH...BEGITULAH....PAYAH UNTUK BERGERAK WALAUPUN SEMASA DI KAMPUS DAHULUNYA SEORANG YANG AKTIF BERJUANG...

Saya mangambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada muslimat Gopeng yang istiqamah & ikhlas berjuang walaupun ada di kalangan mereka tidakpun mempunyai sekeping kertas yang dipanggil ijazah...Bagi saya mereka ini lebih baik daripada yang berkelulusan Pengajian Agama sama ada dari dalam atau luar negeri tetapi menolak perjuangan Islam atau menyokong perjuangan kebatilan...Nama-nama seperti Arwamah, Jasmaniar, Muniza, Norlia, Farah Foo, Arnuryanti, Hamidah, Fazliyana , kak Siti, Cikgu Maznah ..adalah contoh-contoh serikandi Gopeng yang berjuang tanpa memikirkan kepentingan pangkat @ harta..sebenarnya ramai lagi..nama-nama yang tidak disebutkan..yang merupakan tonggak perjuangan ISLAM khususnya bagi Kawasan GOPENG ini..




SIRU 'ALA BARAKATILLAH..

Saturday, December 12, 2009

TAKZIAH DARI DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG UNTUK TEH AFFIFAH



Tragedi pengantin baru

 Saturday, December 12, 2009

TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.
Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.
"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.
Rujuk di sini


P/S : Dari Allah kita datang kepadaNya lah tempat kita kembali.. Didoakan semoga saudari Teh Afiffah tabah dan sabar menempuh ujian dari Allah ini..sememangnya sebagai insan kita merasakan amat berat dugaan yang menimpa tetapi Allah Maha Mengetahui akan segalanya...dan semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat hendaknya.

WONDERS OF THE WORLD..




APA YANG DAPAT KITA AMBIL IKTIBAR..SEHEBAT MANAPUN TAMADUN DAN KEMAJUAN SESUATU BANGSA ATAU MANUSIA ITU..NAMUN TIDAK ADA YANG AKAN KEKAL ABADI MELAINKAN ALLAH...
"SESUNGGUHNYA YANG PALING MULIA DI KALANGAN KAMU ADALAH YANG PALING BERTAQWA DI KALANGAN KAMU".             (S.AL HUJURAT:13)

KLIK LINK DI BAWAH...

http://www.mediafire.com/?5wgzrnumzhz

Thursday, December 10, 2009

KE MANA HALA TUJU UMAT ISLAM MALAYSIA?

Sebagai seorang pendidik dan juga berpeluang berperanan sebagai pendakwah ...saya selalu berhadapan dengan permasalahan berkaitan umat ISLAM Melayu Malaysia amnya, atau lebih khusus lagi Perak Darul Ridzuan.

Jika remaja Melayu dilanda masalah AKHLAK dan IMAN yang kronik..masalah pergaulan bebasnya, melawan orang tua baik ibu bapa mahupun orang lain..masalah pengaruh bahan lucah terutamanya dari internet dan media massa arus perdana.  Bergaduh sesama rakan sebaya atau yang lebih tua dari mereka menjadi lumrah dan enteng..berbohong juga dengan beraninya..jika berbuat sesuatu kesalahan atau maksiat dan tertangkap..bukannya malu dan menyesal tetapi keras hati dan bermatian menegakkan benang basah..

SUDAH RAMAI PELAJAR SEKOLAH YANG MENGANDUNG & MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH...YA ALLAH!! JIKA YANG SELALU MELAYARI INTERNET PULA..BANYAK MELAYARI BAHAN-BAHAN LUCAH @ GAMES & MUZIK-MUZIK YANG DIAGUNG-AGUNGKAN..LIHAT SAJALAH MY SPACE REMAJA..APA ISINYA!!!

Masalah JAHIL DALAM AGAMA di kalangan golongan dewasa pula berada di tahap yang membimbangkan..Ramai KAUM BAPA & IBU yang TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN ASAS FARDHU AIN APATAH LAGI DARI SUDUT AQIDAH DAN ISLAM YANG SYUMULNYA..KERUNTUHAN RUMAHTANGGA BERADA DI TAHAP YANG MEMBIMBANGKAN...RAMAI SUAMI YANG TIDAK MENUNAIKAN AMANAH MENDIDIK ISTERI DAN ANAK-ANAK..MEMUKUL ISTERI PERKARA LAZIM SEHINGGA BERTAHUN-TAHUN SI ISTERI MENDERITA MENAHAN SABAR @ kerana tidak mahu memanjangkan masalah rumahtangga @ sememangnya TIDAK TAHU HAK SEBAGAI SEORANG ISTERI.

Bayangkan ada di kalangan suami yang ganas memukul isteri ini boleh mengugut samada untuk tidak akan menceraikan isterinya...memukul dengan seterika malah ada suami mengugut DAN meminum cecair peluntur (kloroks) agar si isteri tidak meninggalkannya...MENGAPA BEGITI MENYEDIHKAN SEKALI KEADAAN UMAT ISLAM KINI???

WAHAI PARA PEMIMPIN , JANGAN HANYA SERONOK DENGAN PROJEK PEMBANGUNAN, PEMBANGUNAN & PEMBANGUNAN. PROGRAM BERSAMA RAKYAT BANYAK MELALAIKAN DAN MEMBIARKAN RAKYAT BERTERUSAN DALAM KEJAHILAN...INGATLAH KITA SEMUA AKAN DITANYA APAKAH YANG TELAH KITA LAKUKAN DI DUNIA INI?

WAHAI PARA RAKYAT JELATA, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH..AGAR ISLAM TERTEGAK DAN RAKYAT SELAMAT DUNIA & AKHIRAT..JIKA IMAM SOLAT PUN PERLU DIPILIH YANG BENAR-BENAR LAYAK & CUKUP SYARATNYA,  APATAH LAGI PEMIMPIN NEGERI & NEGARA YANG MEMBAWA KE MANA HALA TUJU RAKYATNYA BUKAN DI SUDUT PEMBANGUNAN MATERIAL SEMATA-MATA TETAPI YANG LEBIH JAUH DAN KEKAL IALAH PEMBANGUNAN AKHIRAT..

Tuesday, December 8, 2009

Segerakan Keputusan Menteri Besar Perak Yang Sah - PAS Perak

 

Segerakan Keputusan Menteri Besar Perak Yang Sah - PAS Perak


IPOH, 7 Dis: Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ust. Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan mengisytiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.


Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diisytiharkan Mahkamah Persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan penghujahan dan pendengaran sudah dibentangkan di hadapan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut pada 5 November yang lalu. "Perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini", tegas beliau.


Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .


Memetik kata-kata beliau, “Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”


“Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa sebarang urusan penubuhan sesebuah kerajaan dan segala proses perlantikan atau perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”


Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini, ia termasuk para ahli akademik dan orang awam. Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.


Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.


Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, atau negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan 'undang-undang rimba' iaitu 'siapa kuat dia dapat', seperti yang sedang dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.


"PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan  memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar", kata beliau.


Tambah beliau lagi, "Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri  dan terpaksa bersidang di bawah pokok telah disaksikan oleh semua, malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak  ketika hendak menukar Speaker Dewan Undangan Negeri juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini".


Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal YB. V.Sivakumar selaku Yang DiPertua Dewan Negeri serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima sama sekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim.

"PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak, maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak", jelas beliau.

Rakyat dan Kepimpinan PAS Semua Peringkat Nyatakan Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Tok Guru


Kota Bharu - Selasa lalu lebih kurang 100 orang lebih yang terdiri daripada penyokong UMNO di ketuai Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di  sekitar pintu masuk ke Kompleks Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim bagi menyatakan pendirian mereka agar Tuan Guru Menteri Besar Kelantan meletak jawatan dan meminta Tuan Guru menarik balik doa Tuan Guru ke atas Perdana  Menteri mengenai royalti minyak.

Walaupun media melaporkan kehadiran mereka ini seribu orang, namun rakyat tidak buta dan boleh ditipu.


Pada Jumaat, semalam selepas kuliah, ribuan penyokong PAS yang juga pengikut setia kuliah pagi Jumaat, menaikkan berpuluh sepanduk dan melaungkan takbir dan ucapan bagi menyokong kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abd Aziz Nik Mat dalam menerajui Kerajaan Negeri Kelantan dan mendesak Kerajaan Pusat pimpinan Najib menunaikan bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri.

Lagi putar belit dan penipu media Kerajaan ialah kehadiran yang menyokong kepimpinan Tuan Guru pada pagi Jumaat hanyalah 500 orang.

Sejak berminggu yang lalu, serangan UMNO/BN terhadap Tuan Guru berterusan, bertubi-tubi sehingga Tuan Guru sebagai panglima perang terpaksa berhadapan sendiri dengan serangan tersebut walaupun tentera-tentera di kiri kanan Tuan Guru cuba menangkis. Namun peluru berpandu yang dihalakan UMNO/BN ke atas Tuan Guru ternyata gagal 'menghancurkan' imej dan kredibiliti Tuan Guru dan Kerajaan Kelantan.

Hari ini kita melihat ribuan rakyat Kelantan dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan dari semua Dewan, sama ada Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda serta PAS Kawasan di Kelantan berdiri teguh menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan ulamak yang diterajui oleh Tuan Guru di Kelantan.

Dewan Ulamak di bawah pimpinan Ustaz Mat Iraqi, bekas ADUN Demit sebelum ini mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyokong kepimpinan Tuan Guru dan pada Jumaat, Ustaz Mat tegas bersuara bahawa kepimpinan Tok Guru tetap akan dipertahankan sehingga ke akhir hayat dan mendoakan agar Tok Guru sentiasa sihat untuk menjalankan tugas.

Ucapan wakil Pemuda, Dr Rosli Alani dan Dewan Muslimat oleh Ketuanya, YB Ustazah Siti Zailah lantang menyatakan pendirian tegas yang akan terus berdiri teguh mendokong kepimpinan Tok Guru di Kelantan.

Sementara, Dato' Husam dalam ucapannya secara sinis menyatakan bahawa pemimpin UMNO sudah gelabah dan takut apabila terpaksa mengupah segelintir menyokongnya berhimpun di depan SUK untuk mendesak Tok Guru menarik balik doa mengenai royalti. Tambah Husam, "mana ada doa yang sudah diangkat ke langit hendak ditarik balik seperti main wau (layang-layang)".

Ternyata sokongan padu sebahagian besar rakyat Kelantan dan kepimpinan PAS Kelantan dari semua peringkat telah membuktikan bahawa kepimpinan Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Kelantan masih diperlukan sehingga ke akhir hayat beliau. 

Sokongan ini melenyapkan sama sekali cakap-cakap dan cubaan untuk 'mengundurkan' Tok Guru secara senyap dan paksa dari tampuk pentadbiran Kerajaan Kelantan.

Semoga Allah memelihara Kerajaan Negeri Kelantan dengan limpahan berkat dan petunjuk yang berpanjangan.

Wednesday, December 2, 2009

BTN PUNYA CERITA...

Mazlan Aliman: Mengapa BTN perlu diharamkan
Mazlan Aliman   
Sebenarnya, pada awal tahun 2006, Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar satu memorandum kepada Biro Tatanegara (BTN) bagi menuntut satu pengubahsuaian besar terhadap kandungan kursus-kursus anjuran BTN yang sememangnya dipenuhi dengan propaganda politik dan perkauman sempit.

Elok juga disiarkan kembali memorandum ini sebagai mempertegaskan kembali bahawa PAS, sebagaimana parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat turut membantah penggunaan BTN untuk agenda politik sempit UMNO/BN.

Abdullah Karim
Dewan Pemuda PAS


MEMO Kepada Biro Tatanegara Oleh Dewan Pemuda PAS Pusat


BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?

PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’. Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

ASAS KEPADA MEMORANDUM

Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

JANGAN BERMAIN API !
Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

Tegas DPPP jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
o Unsur-unsur propaganda UMNO.
o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan. DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Sunday, November 29, 2009

KENAPA URAT BIRU?

Kenapa Urat Biru?

Mengapa terdapat urat yang menyalurkan darah di tubuh kita berwarna biru?

Jantung kita selalunya mengepam darah ke seluruh tubuh. Sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel lain di dalam badan kita.

Oksigen menjadikan sel darah merah kelihatan berwarna merah terang.

Apabila sel-sel berkenaan selesai menyalurkan oksigen, sel darah merah akan kelihatan biru tua atau ungu.

Terdapat dua jenis urat darah. Arteri merupakan urat darah yang membawa darah berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen keluar daripada jantung manakala urat pula menyalurkan semula darah berwarna biru tua yang tidak mempunyai oksigen ke jantung dan paru-paru.

Arteri terletak jauh di dalam badan kita tetapi urat terletak dekat dengan kulit kita.

Jadi urat darah yang berwarna biru itu adalah urat yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru untuk dipamkan dengan oksigen.

Saturday, November 28, 2009

JEPUN TERUS MENGEJAR ILMU DAN TERUS MAJU...

What Japan is doing

Look closely and guess what they could be...
Are they pens with cameras?NO
Any wild guesses? No clue yet? NOT YET

Ladies and gentlemen... congratulations! You've just looked into the future...yep that's right!

You've just seen something that will replace your PC in the near future.

Here is how it works:
In the revolution of miniature computers, scientists have made great developments with bluetooth technology.. ...

These are the forthcoming computers you can carry in your pockets .
This 'pen type of instrument' produces both the monitor as well as the keyboard on any flat surface from where you can carry out functions you would normally do on your desktop computer.
Can anyone say .'Good-bye laptops!'
but I guess later-on there'll be some effects on fingers..eyes. .etc..
too high-tech doesn't mean always "good"!!!