كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, June 28, 2009

Kasihan orang Melayu di Malaysia

Biasiswa Nasional

PUTRAJAYA 27 Jun – Kerajaan akan mewujudkan satu kategori khas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenali Biasiswa Nasional yang kelayakannya 100 peratus berdasarkan merit mulai tahun depan.

Mengumumkan perkara itu malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula pengagihan biasiswa JPA itu menetapkan hanya pelajar yang meraih keputusan peperiksaan terbaik sahaja akan memperoleh biasiswa tersebut tanpa mengira kaum dan agama.

‘‘Kerajaan akan umumkan tahun depan (dan bukannya tahun ini), lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) baru sahaja mengumumkan had subjek yang perlu diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (10 subjek).

‘‘Jadi, siapa yang dapat biasiswa ini nanti adalah pelajar terbaik di antara yang terbaik. Inilah hasrat kerajaan yang mana rakyat didahulukan, kita mesti mengambil kira pertimbangan rakyat (seluruhnya),” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam meraikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri keenam anjuran MCA dan pertubuhan-pertubuhan komuniti Cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.


~ selama ini pelajar Melayu banyak yang ketinggalan..apatah lagi anak-anak dari keluarga berpendapat rendah...yang tidak mendapat peluang dan kemudahan seperti anak-anak golongan sederhana dan mewah apatah lagi kaum Cina dan India yang berlumba-lumba belajar, tusyen dan sebagainya.


Kasihan sungguh anak-anak Melayu yang bukannya tidak pandai tetapi kerana kesempitan hidup dan peluang / kemudahan yang terhad ditambah lagi dengan keadaan rumah yang kecil dan sempit...ibu bapa sibuk mencari nafkah...pendidikan terabai....apakah mereka ini akan terus merempat di negara sendiri.


Lihatlah taman-taman perumahan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan..rumah-rumah mewah dan mahal dimiliki oleh kaum apa??

Sekarang ini Biasiswa Nasional 100 peratus berdasarkan merit..sudah pasti peluang untuk anak-anak Melayu boleh difikirkan sendiri....


Sememangnya ramai yang akan berhujah...ohhh orang Melayu mesti berdaya bersaing, menyahut cabaran.....dan jangan hanya nak dimanjakan dan sebagainya....(berbagai gelaran diberikan ...antaranya bangsa subsidi)...tetapi hakikatnya jika anak-anak Melayu / Islam tidak dibela maka tidak mustahil di masa akan datang..Melayu hanya menjadi bangsa yang rosak (sebab disogokkan dengan hiburan melampau dan asyik bermaksiat)..merempat di negara sendiri, terpaksa bertuankan bangsa lain...tanah dan hartanah dimiliki bangsa asing dan sebagainya.


Saya hanyalah seorang rakyat biasa.bukan pemikir ulung atau ahli akademik bertaraf professor...tetapi sekadar menganalisa dan merenung masa depan umat Islam di Malaysia ini...masa depan anak-anak kita..


Hanya Islam sahajalah yang dapat memberikan keadilan dan menjamin kesejahteraan..itulah yang diperjuangkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Islam tidak menafikan hak bukan Islam tetapi dalam masa yang sama HAK orang Islam sendiri tidak diabaikan dan dinafikan...BN (Najib) seperti cuba menggula-gulakan kaum bukan Melayu dengan berbagai kemudahan setelah melihat sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.


Hanya Allah sahajalah tempat meminta dan bergantung..wallahualam.


video

Tindakan kerajaan BN di bawah pimpinan Najib terus menerus berusaha untuk mengekalkan kuasa hatta sanggup menyalahgunakan kuasa amat dikesali. Terkini di Manek Urai, kerajaan (Kementerian Pertahanan) telah membawa masuk Tentera Darat di sebalik projek-projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional.

Syabas diucapkan kepada Ahli Parlimen PAS (Pokok Sena) yang telah mendedahkan perkara ini di Parlimen walaupun tidak mendapat jawapan daripada Kementerian dan Menteri yang berkenaan.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12," kata Mahfuz.

Semoga pengundi di Manek Urai khususnya tidak terpedaya dengan helah BN dan akan terus memberikan sokongan kepada PAS yang berusaha untuk melaksanakan syariat Allah di negara Malaysia ini.

ALLAH HUAKBAR.

Thursday, June 25, 2009

ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN..

TETAP BERJASA WALAUPUN TELAH MENINGGAL DUNIA..
SEORANG INDIA MEMELUK ISLAM SETELAH MELIHAT
'KARAMAH' YANG ALLAH BERIKAN KEPADA ALMARHUM..


video

ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR DALAM KENANGAN..


Baru-baru ini pada tanggal 23 Jun, genaplah 7 tahun Al Fadhil Ustaz Fadhil Noor kembali ke rahmatullah..meninggalkan kita. Masih ternampak-nampak dan teringat akan almarhum...betapa rindunya kepada seorang ulamak dan pemimpin gerakan Islam PAS yang disayangi kawan dan disegani lawan. Sebenarnya telah lama saya merancang untuk menyiarkan artikel ini pada 23 jun sempena ulang tahun kembalinya almarhum tetapi dek kerana kesibukan dan kesihatan yang sedikit terganggu telah menyebabkan tugas tertangguh sehingga ke hari ini..Alhamdulillah hari ini terasa segar sedikit badan setelah mengambil jus manggis (sebagai supplement) seperti yang disyorkan oleh seorang doktor.

Berikut dilampirkan petikan antara ucapan terakhir almarhum (di Pokok Sena) sebelum beliau dipanggil oleh Allah Maha Pencipta.


Ucapan Akhir Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor

Kita tetap dengan komitmen-komitmen kita bila kita menang di 2 negeri. Kelantan asas kemenangan kita adalah untuk kita melaksanakan syariat Islam yang adil dan saksama dan kerajaan Terengganu akan memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu yang difikir lebih baik dan lebih adil sepertimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Presiden (sekarang Presiden) yang juga Menteri Besar Terengganu selain daripada negeri Kelantan yang telah pun melaksanakannya.

Tok Guru Menteri Besar Kelantan telah menyebut bahawa kalau UMNO bercita-cita hendak merebut pemerintahan Kelantan tunjukkan di mana silapnya PAS memerintah Kelantan, di mana yang PAS buat yang berlawanan dengan kehendak-kehendak Islam. Kalau mereka boleh tunjuk kepada rakyat terpulang kepada rakyat, tetapi saya percaya seperti yang dinyatakan oleh tok guru tak ada satu perkara yang mereka boleh tunjuk di mana yang kita buat yang berlawanan dengan syarak.

Sedangkan mereka UMNO belum menang lagipun belum boleh bertapak bergerakpun mereka telah buat perkara –perkara yang berlawanan dengan syariat. Mereka telah menajakan program-program mungkar yang berlawanan dengan syariat. Saya fikir, rakyat Kelantan InsyaAllah akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan kita di Kelantan dan Terengganu dan membebaskan negeri-negeri yang lain di negara kita daripada cengkaman UMNO dan Barisan Nasional.

Kewajipan melaksanakan syariat Islam bukan kewajipan PAS sahaja, UMNO pun mesti sedar bahawan ini kewajipan mereka juga. kalau mereka menentang bermakna mereka tidak mahu dan sememangnya mereka tidak mahu . Mereka fikir kewajipan melaksanakan syariat ini kewajipan PAS sahaja, kewajipan orang yang memperjuangkan Islam sahaja, tidak, ia kewajipan setiap orang.

Saya tertarik dengan kenyataan Presiden Nigeria (sehingga 29 Mei 2007) yang bernama Obasanjo yang merupakan seorang kristian sebuah Negara Islam terbesar di Afrika. Penduduknya hampir 100 juta orang (di mana 80 % penduduknya beragama Islam) pernah berkata SYARIAT TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARIPADA ISLAM. Jika orang Kristian boleh memahami perkara ini mengapalah orang Islam tidak dapat menerima dan melaksanakan syariat Islam di Malaysia. Seperti 10 Commandment (10 Rukun) dalam Kristian tidak boleh dipisahkan daripada agama Kristian begitu juga Syariat Islam tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan menghalang pelaksanaan syariat Islam dalam mana-mana negeri di negaranya.

Tetapi di Malaysia terbukti Perdana Menteri Malaysia (Tun Mahathir -Perdana Menteri pada masa itu) telah menghalang pelaksanaan syariat seperti yang diputuskan oleh Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan.

Malaysia yang telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Menteri-menteri Wakaf OIC. Keputusan Menteri-menteri Wakaf OIC menyatakan bahawa PELAKSANAAN HUDUD ADALAH HAK UMAT ISLAM DAN JANGAN ADA MANA-MANA NEGARA, MANA-MANA PERTUBUHAN LAIN CUBA CAMPUR TANGAN KERANA IA MERUPAKAN BIDANG HAK MUTLAK ORANG-ORANG ISLAM. Ini keputusan OIC, keputusan Menteri-Menteri Wakaf OIC yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri …dia baca saja…dia tak ada komen…tapi ini merupakan penegasan yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri Wakaf OIC.


Monday, June 22, 2009

AHLI PAS MESTI ISTIQAMAH MENGIKUTI TARBIYYAH

Alhamdulillah isu 'Kerajaan Perpaduan' telah diselesaikan oleh pimpinan PAS sendiri dan juga disepakati oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Kepada ahli PAS dan juga mereka yang mengaku ahli PAS (walaupun tidak pernah mengikuti program PAS..dan bukan ahli PAS pun)...yang sebelum ini 'meloncat' apabila wujudnya suatu isu yang sebenarnya hanyalah mainan media dikuasai BN untuk meruntuhkan PAS dan Pakatan Rakyat...insaflah. Sememangnya pimpinan bukannya maksum dan mungkin melakukan kesilapan tetapi harus diinsafi mereka sentiasa taqarrub dan bermunajat dengan Allah swt. Setiap keputusan yang diambil setelah melakukan istikharah dan bermesyuarah. Dan jika ada ketersilapan setelah membuat keputusan, InsyaAllah pahalanya telah ada di sisi Allah swt.

Mereka yang mendapat 'tarbiyyah' di kedai-kedai kopi atau restoren inilah yang selalunya berlebih-lebihan di dalam memberi pandangan dan komen terhadap pimpinan PAS..sedangkan diri sendiri sudahlah tidak menerima tarbiyyah...banyak pula kelemahan-kelemahan peribadi masing-masing. Hanya mereka yang mengenali para 'pengkomen' ini yang lebih tahu peribadi mereka yang sebenar.

PAS bergerak dengan bercirikan kepimpinan ulamak dan kepimpinan berbagai keilmuan,
pengalaman, didokong oleh seluruh aktivis PAS di pelbagai peringkat untuk memenuhi segala perintah Allah.

Wallahualam.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS



Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT



KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya./wann_

Saturday, June 20, 2009

PERSIAPKANLAH DIRIMU WAHAI MUSLIMAT.

1. PERSIAPAN DARI SEGI ROHANI, FIZIKAL DAN FIKRAH.

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

( Surah Al Anfal : Ayat 60 )

ا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat .

-Surah Muzammil : Ayat 1 – 5


Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ

“ Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Ummat Islam dan pemimpin mereka .”
-Riwayat Bukhari dan Muslim



وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Surah At Taubah : Ayat 71


Mari kita kenali siapakah SIS?

Suatu ketika sebelum ini SIS seolah-olah memberikan gambaran bahawa perundangan Islam itu zalim. Kita lihat ulasan Sisters in Islam.. Menurut pengurus programnya Masjaliza Hamzah sebagaimana yang dilaporkan di dalam THE STAR:

The Quran did not spell out a punishment for the consumption of intoxicants either in private or in public. By making public consumption of alcohol an offence under the Syariah Criminal Offences Act, the government has criminalized what is deemed a personal sin.

Quran tidak menjelaskan darihal hukuman ke atas peminum arak samada dalam majlis tertutup ataupun terbuka. Dengan meletakkan perbuatan meminum arak di khalayak sebagai satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerajaan sebenarnya telah meletakkan sebagai jenayah satu yang sebenarnya sekadar kesalahan (dosa) peribadi.


Sumber hukum di dalam Islam adalah berpandukan al Quran, Hadis, Qias dan Ijmak. Memahami hukum dan perundangan Islam menuntut penguasaan terhadap kempat-empat sumber ini, itullah disiplinnya.Apabila Masjaliza berhujah yang Quran tidak menjelaskan darihal hukuman yang sepatutnya dikenakan terhadap peminum arak, beliau seolah-olah menolak sumber hukum Islam yang lain. Disinilah bukti kurangnya penguasaan ilmu Masjaliza sedangkan beliau mewakili NGO yang acapkali mahu sahaja mengeluarkan ulasan berkenaan Islam.

SIS juga begitu lantang tidak bersetuju dengan hukum-hukum terutama yang bersangkutan dengan hukum kekeluargaan Islam.

Kita renungi pula tulisan Dr Yusuf Qardawi yang berbunyi:

Sesungguhnya ilmu pengetahuan mesti didahulukan atas amal perbuatan, karena ilmu pengetahuanlah yang mampu membedakan antara yang haq dan yang bathil dalam keyakinan umat manusia, antara yang benar dan yang salah di dalam perkataan mereka, antara perbuatan-perbuatan yang disunatkan dan yang bid ah dalam ibadah, antara yang benar dan yang tidak benar di dalam melakukan muamalah, antara tindakan yang halal dan tindakan yang haram, antara yang terpuji dan yang hina di dalam akhlak manusia; antara ukuran yang diterima dan ukuran yang ditolak; antara perbuatan dan perkataan yang bisa diterima dan yang tidak dapat diterima.


Malahan penubuhan apa yang dikatakan IFC itu pun menerima sokongan dan galakkan kuat dari SIS.

Nori Abdullah adalah seorang aktivis SIS. Beliau sering mengikuti program, anjuran SIS. Kalau benar SIS mengancam kestabilan Islam maka Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu menjalankan penyiasatan.


Sebagai bukti kuatnya hubungan antara Nori dan SIS terutama terajunya Zainah Anwar berikut saya perturunkan sedutan dari sebuah artikel yang terbit dalam THE NEW YORK TIMES pada 19 Febuari 2006 lalu:

A model progressive Muslim country, Ms. Zainah observed, cannot show the world that it makes laws that discriminate against women and that allows its religious authorities to snatch away the body of a dead man from his grieving Hindu family.As Ms. Zainah, a graduate of the Fletcher School of Law and Diplomacy at Tufts University, goes into battle, she holds some formidable cards. Chief among them are candor, not caring what others think and a refusal to be intimidated. She has not married, and said, I dont want to be a slave to a man.Another advantage: Ms. Zainah is close to two progressive women with powerful connections, Marina Mahathir, the daughter of the former prime minister, and Nori Abdullah, the daughter of the current prime minister. He gets an earful from her, Ms. Zainah said, referring to Mr. Abdullah and his daughter.

Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah mempunyai hubungan rapat dengan Nori!




Kini dalam soal usul yang dibawa oleh PAS dalam muktamar ke 55 baru-baru ini, SIS telah melancarkan petition online..


Malaysiakini - Two ex-PM daughters join SIS online petition.

Thursday, 11 June 2009

By Emily Chow


Two daughters of former prime ministers have joined hundreds of Malaysians in an online petition to support of Sisters In Islam (SIS) in the wake of a PAS’ call for the women’s organisation to be banned. Nori Abdullah (right in photo), daughter of former PM Abdullah Ahmad Badawi and Marina Mahathir, daughter of another former PM, Dr Mahathir Mohamad, have both signed the petition.



The Star - Shahrizat defends Sisters in Islam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil has come to the defence of Sisters In Islam (SIS), which PAS wants banned if its activities were against the religion, saying the Islamist party should learn to accept differing views.

The Women, Family and Community Development Minister said if PAS could not even accommodate the differing views of some Muslim women activists, “how can they tolerate the dissenting non-Muslim voices?”

Although the ministry did not always see eye-to-eye with any non-governmental organisations or individuals on certain matters, it had never called for any punishment against them, she said in a press statement Monday.



New Straits times - Dr M defends Sisters in Islam from Pas assault

By : Joseph Sipalan

KUALA LUMPUR : Former premier Tun Dr Mahathir Mohammad took a swipe at Pas today for proposing a ban on Sisters in Islam (SIS). Making his case against the party in a short blog posting, Dr Mahathir said he was “saddened” by the proposal, one of 11 resolutions passed by Pas at its recent Muktamar last week.

“I don’t always agree with the views of the SIS, but they have not negated Islam.

“In most instances they cite verses of the Quran and Hadith to support their views. If we don’t agree then give the reasons why we don’t agree ... to resort to banning is draconian,” he said on his blog, chedet.cc.








PENGUMUMAN

1. KULIAH UNTUK MUSLIMAT - OLEH AL FADHIL UST ASHRAF ISMAIL
- ASAS-ASAS FARDHU AIN
TEMPAT : SURAU TAMAN SERI RAYA,
IPOH
MASA : AHAD (21 JUN 2009)
3.00 PTG

2. KULIAH DHUHA - OLEH DR. ABDULLAH FATANI
TEMPAT : INTIM
MASA : 8.30 PAGI
(BAWA KITAB TAFSIR)

JANGAN LUPA..MALAM NI PROGRAM QIAM..

EL NINO MELAMPAU ATAU MANUSIA YG MELAMPAU...

Dunia dan tidak ketinggalan negara kita yg kecik ni kini dilanda el Nino (deme le kate...) iaitu keadaan kepanasan melampau...Katanya sampai bulan 9. Memang tak heran la...dah manusianya pun perangai melampau-lampau....tidak mahu beriman kpd Allah...ada yg sesat melampau...yg orang Islamnya pulak menjadi tali barut golongan kuffar..berani menentang hukum Allah dan mengatakan tak adil sana...tak bagus sini..kena buat undang2 baru..(ikut kepala otak deme je), pas tu yg murtad dibiarkan saja...jenayah di Malaysia ni tok sah kata lah punyalah hebatnya..

Di negara One Malaysia ni (dulu Islam Hadhari)..penjenayah lagi selamat dan makmur...apa tidaknya deme buat jenayah, susah je nak kena tangkap, tapi org baik (yg nak menuntut keadilan dan hak) terus je kena tangkap...

Jenayah di kawasan rumah saya sendiri..tak terkira banyaknya...saya sendiri pun dah 4 kali menjadi MANGSA penyangak yg berleluasa..sekali laptop kena curi!!!! (tension betui !), pas tu sikal buruk anak pulak lesap...pas tu rumah kena pecah masuk..(abis la duit simpanan kami anak beranak..) dan yg terkini sikal baru anak lak kena curi..kesian dia..kesian saya...geramnya Allah saja yg tahu...patutlah hukum mencuri ni berat..sampai kena potong tangan..

Hari yg sama jugak..sikal anak murid di asrama pun hilang...dalam banyak2 basikal di asrama tu penyangak tu pilih sikal yg tercantik dan baru je..ayah dia usaha la hantar basikal dari Tanjung Malim utk anaknya guna ke sekolah...senang2 je deme rampas..

Kisah budak asrama ni..lagi banyak kali kejadiannya..macam2 sampai ada ketika masa deme di dalam bilik dan ada yg di bilik air...terus je pencuri masuk curi duit yuran bebudak tu nak bayar ke sekolah..banyak juga la hilang..ada sekali tu budak STAM sorang ni tengah bercakap di talian (handset) ngan ayahnya (sembang di luar rumah/asrama..) terus dtg penyangak dengan pisau diacu dan merampas handset budak ni...cedera abis tangannya (walaupun dia ada ilmu silat...tapi tak dan nak bersilat..)

Kawan sekolah suami pulak..semalam ambil cuti khas..sebab sehari sebelum tu (siang2 hari...masa gi kerja) rumah dia (di Meru Heights) dimasuki pencuri (masuk kot bumbung rumah)..dia tinggalkan rumah sekejap je.. ke rumah kakaknya (juga di Meru)..habis kehilangan harta bernilai RM12,000 (duit,camcorder dan barang kemas). 2 bulan sebelum tu rumah dimasuki juga (hilang laptop).


Inilah negaraku...Malaysia..boleh ke rakyat saman kerajaan kerana gagal menjaga keselamatan rakyatnya...marah memang le teman marah pada kerajaan ni..iya lah..dah hukum Alllah tak dilaksanakan..macam mana nak datang berkat..kalau di Arab Saudi tu peniaganya bila masuk waktu solat terus je tinggal segala harta perniagaan dan duit ringgit (riyal la..) pegi solat..selamat je..tak hilang..tapi di Malaysia..pengalaman saya sendiri...saya sentiasa takut walaupun berada di dalam rumah sendiri..


Oleh itu sebenarnya bukan cuaca yang perlu dirisaukan tapi iman dan akhlak manusia yang melampau..



DEMAM..ANUGERAH ALLAH..




Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.


Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

“Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”. (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka.

Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.

Adapun maksud “mendinginkannya dengan air” itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.


Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.


Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?

Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.


Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.


Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.


Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk dan akhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orang memencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.


Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : “Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. (Surah Al-Anbiya¡|: 83)


Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut “aku disentuh” dan tidak menyebut perkataan “aku ditimpa”. Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga “atas kehendakMu”, kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap Allah Subhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: “Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani”.

Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.

Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.


Mencaci-maki Demam.


Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidakmempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :

Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:

“Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?

Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya”.

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.


Demam Penebus Dosa.


Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Friday, June 19, 2009

Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

Idris Ahmad
Thu | Jun 18, 09 | 9:20:58 pm MYT

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Thursday, June 18, 2009

Buat kek la pulak...


Kek span adalah antara kek yang paling mudah dibuat. Bahan-bahan yang digunakan pula tidaklah banyak. Kek span adalah sejenis kek lembut yang sesuai dimakan begitu sahaja ataupun menjadi kek asas untuk pelbagai jenis kek lain seperti kek lapis kastad, kek harijadi, kek keju dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan :

125 gm gula kastor
10 gm ovalette
4 biji telur
120 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
40 gm air
60 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

1. Satukan gula, ovalette,telur , tepung kek dan serbuk penaik dalam mangkuk pengadun dan pukul kelajuan maksima selama 5 minit hingga kembang.(Guna mixer Kenwood Chef)
2. Satukan air dan esen vanila dan pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Masukkan minyak atau mentega dan gaul sebati.
4. Sediakan acuan bulat 8 inci . Lapik kertas serap minyak .(Tak perlu digriskan)
5. Tuangkan adunan dan bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
6. Keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai selama 10 minit agar permukaannya tidak mendap.
7. Terbalikkan semula kepada asal. Leretkan pisau sekeliling bekas kek dan keluarkan kek.Sejukkan.

Source by http://resipinoraini.blogspot.com/

UMAT ISLAM TERUS TERLEKA...











gambar sekadar hiasan...


Melayu & KFC /Mc DONALD


Baru-baru ini semasa dalam perjalanan pulang dari Pahang menziarahi bonda tersayang, kami sekeluarga singgah ke beberapa stesen minyak Petronas (di Hentian
Rehat Lebuh raya...mula2 di Sg Besi), ala..hai hampir setiap S Petronas ada je sama ada KFC . Di stesen Shell pulak ada Mc Donald..


Berhenti pulak di Hentian Sg Buluh...lagi hebat..punya la ironinya..di luar Restoren KFC tu ditampalkan poster besar-besar umat Islam Palestin dizalimi Zionis..masyaAllah..di dalamnya penuh orang MELAYU dgn famili masing-masing makan dengan asyiknya..

Sedih sungguh..langsung tidak ada naluri keimanan dan keinsafan..masih lagi memberi sumbangan kepada rejim Zionis untuk membunuh saudara Islam kita khususnya di Palestin.


Fatwa dari Ulamak dunia

Ulamak terkenal dunia iaitu Yusuf Al Qardawi sudahpun mengeluarkan fatwa yang mengatakan HARAM membeli barangan Zionis...keuntungan daripada syarikat syarikat makanan dari barat ini, sebahagian daripadanya di salurkan kepada rejim israel untuk membeli senjata senjata.

Marilah kita tingkatkan kempen kpd sesiapa sahaja yg kita temui ..berilah kesedaran kpd mereka yang masih leka dan 'tidak tahu' ini..

Insyaallah semoga usaha kita ini di berkati oleh Allah s.w.t. Sekian dari saya untuk kali ini.

MARI SERTAI WAKAF


Assalamualaikum wr. wbt.

Para pembaca yang budiman adalah dipelawa untuk bersama-sama menjayakan Program Wakaf Telekung, Al Qur'an & Sajadah bersempena Kempen Kita Bersaudara anjuran bersama Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Gopeng yang berlangsung dari 1 Jun 2009 sehingga 30 Oktober 2009.

Setiap Kupon Wakaf adalah bernilai RM 50.00 (Lima Puluh Ringgit Malaysia Sahaja) untuk kegunaan pembelian Set Wakaf 1[Telekung, Al Qur'an & Sajadah (bagi perempuan)atau Set Wakaf 2 [Kain Pelekat/Kopiah, Al Qur'an & Sajadah (lelaki) (Termasuk Packing) .

Wakaf Tuan/ Puan/ Sdr/ Sdri ini akan disampaikan kepada penduduk miskin dan saudara-saudara kita (saudara baru) di seluruh kawasan Gopeng melalui Program Outreach XPDC Dakwah & Penerangan.(Memasyarakatkan PAS).



Maklumat Lanjut, Sila Hubungi :

013-5020 528

Wednesday, June 17, 2009

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan
Posted on Wednesday, June 17 @ 05:00:00 PDT by KetamBatu
Oleh: Wan Abdul Rahman Wan AB Latif
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP)

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.

Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut:

Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Keempat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan.


Artikel diambil dari http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21306&Itemid=1 - Terima kasih!