كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, January 29, 2011

SEKAT PROTES - MESIR TUTUP TALIAN INTERNET & TELEFON


24 Safar 1432 H | 29 Januari 2011

KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat. Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.
Mohamed Elbaradei
Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut - "Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.
Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun. Demonstrasi ini mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Para aktivis menyebarkan SMS bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah. Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi. Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari. Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi - Kosmo

Saturday, January 22, 2011

JOM MENGAJI..

KULIAH MUSLIMAT OLEH UST AMANAH

TARIKH : 23 JAN 2011

HARI  : AHAD

JAM :  3 PTG

TAJUK : FIQHUN NISA'

TEMPAT : SURAU SG RAYA

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Saturday, January 15, 2011

DMPG mengucapkan takziah.

 
Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Pusat, Puan Hajjah Asmah binti Tukiran atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Umi telah meninggal dunia petang tadi (Sabtu, 15 Januari 2011). Menurut sumber dari PASTI Perak, jenazah akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok (Ahad) di Masjid Taman Meru, Ipoh.
 
Dewan Muslimat PAS Gopeng serta PASTI Kawasan Gopeng merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Kak Umi atas pemergian allahyarhamah mengadap Penciptanya.

Kak Umi merupakan salah seorang guru PASTI yang lama berkhidmat dalam PASTI malah begitu aktif di dalam Majlis Guru PASTI Negeri Perak dan PASTI Malaysia. 

Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para mujahidah dan solehah oleh Allah SWT.

sumber :
intanhijau.blogspot..com

Thursday, January 13, 2011

BERLUMBA-LUMBALAH BERBUAT KEBAIKAN

﴿ فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَتِ ﴾
Allah Ta'ala berfirman:

"Maka berlumba-lumbalah engkau sekalian untuk mengerja-kan berbagai kebaikan.

 (al-Baqarah: 148)


Thursday, January 6, 2011

Minta solat hajat, lawan tetap lawan- Dr Halimah


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat  serta
doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang
diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh emosi
memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua
perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar)  juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan
negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang
baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana
negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan
Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah
yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya
sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna
mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan
tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian
bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu
penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti
dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor
dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya,  telah menghantar surat kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan
Negeri Selangor  di dalam isu pelantikan SUK. 

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan
semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan
dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor
beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan
memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan
berkepentingan dalam soal ini. 

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan
pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran
Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh
terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk  mengembalikan
kuasa Sultan dan Menteri Besar  khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif
iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. 

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami
menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah
yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang
terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.