كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, November 25, 2010

Maklumat Palsu disebarkan di masjid Perak???

25 November 2010

DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir

Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat.

Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘DAP Ancaman Ummat Islam’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat.

Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah.

Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi ummat Islam.

“ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawab , hingga sanggup mempergunakan nama persatuan orang lain," Kata Misbah.

Ustaz Bakar ( Ust Abu Bakar Hussain – PJ Perak) sendiri menafikan penglibatan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah dengan kerja-kerja hina sebegitu,” tambahnya lagi.

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran fitnah melalui risalah tersebut yang semata-mata bertujuan bagi mengekalkan kuasa Umno di negeri Perak.

Friday, November 19, 2010

TAHNIAH PASTI EHSAN, RAPAT SETIA

SETINGG-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASTI AL EHSAN, RAPAT SETIA (MEWAKILI PASTI GOPENG) KERANA BERJAYA MENJADI JOHAN IHTIFAL PERINGKAT NEGERI PERAK 2010 DALAM ACARA NASYID DAN PUISI.BARU-BARU INI YANG DIADAKAN DI KAMPAR, PERAK. TIDAK LUPA JUGA TAHNIAH DI ATAS PENGORBANAN YANG TINGGI DIBERIKAN OLEH GURU-GURU PASTI DAN PARA PENGGERAK PASTI.


SEMOGA PASTI AKAN TERUS MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENDDIKAN PRA SEKOLAH YANG BERJAYA DALAM USAHA MENTARBIYYAH DAN MENDIDIK GENERASI MUDA SETERUSNYA MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERTAQWA DAN BERAMAL SOLEH, INSYAALLAH.gani Johan dalam acara Nasyid dan Puisi peringkat Negeri. Semoga pasti terus menjadi pilihan masyarakat dan menjadi pusat penjanaan generasi Al Quran yang unggul.

Muhammad S.A.W Insan Terpilih

Saturday, November 13, 2010

Depa kata PAS tak tolong mangsa banjir???

Saja nak hebahkan...

MB, ADUN PAS dan pendokong PAS tak menang tangan tolong mangsa banjir di Kedah...tapi wartawan media 'depa' dok tidoq kut sebab tu tak tau...

13 November 2010


Operasi Bersih Banjir Kedah 2010 bersama Parlimen Jerai

                                                       orang kuat JERAI nie..

                                                      Ada lesen ka bawak kereta tuu..




Thursday, November 11, 2010

Media suka berat sebelah..padan muka kena 'smash' dengan Ust. Azizan..

11 November 2010

MB Smash Media Pencacai - "Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam”

"Cakap lain, tulis lain!"

ALOR SETAR - Menteri Be:sar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa.

Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.

“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.

Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.

Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.

“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.

Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.

Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.

"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.

Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.

Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.

“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.

Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.

Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.

Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."

"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.

Thursday, November 4, 2010

PENYOKONG UMNO ADA KOMEN??? ...INI AJARAN AGAMA KE????

Taktik UBN.

PAS kenalpasti taktik-taktik terakhir Umno


GUA MUSANG, 3 November - PAS menjangkakan pihak lawan, Umno-BN akan menggunakan taktik untuk membeli undi pada saat akhir bagi membantu memenangkan parti itu dalam pilihan raya kecil Dun Galas esok.

Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata Umno-BN mengambil tindakan berkenaan sebagai merupakan serangan terakhir.

"Kita mendapat maklumat bahawa kira-kira RM1,000 akan diperuntukkan untuk membeli setiap satu undi, manakala jumlah wang yang sama akan digunakan untuk membeli setiap satu undi penyokong PAS," katanya ketika ditemui di Bilik Operasi Jabatan Pilihan Raya PAS.

Dalam pilihan raya yang dijangkakan menjadi sengit ini, beliau yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa tidak menolak kemungkinan berlakunya pembelian undi pada saat akhir dengan jumlah yang dinyatakan.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam keadaan mereka terdesak untuk menang dan kita juga mendapat maklumat mengenai kehadiran kira-kira 100 orang daripada Johor serta beberapa tempat yang lain," ujarnya.

Ujarnya, mereka itu akan menggunakan kad pengenalan yang dibuat khusus untuk membolehkan mereka mengundi pada hari pengundian esok.

Malah katanya, isu 'kad pengenalan baru' yang dibuat untuk 'pengundi yang diimport' bagi menggantikan 'pengundi sebenar' yang tidak keluar mengundi dijangka menjadi hangat serta menjadi senjata utama Umno-BN.

Difahamkan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang didapati tidak berminat keluar membuang undi.

Abdul Halim berkata, strategi saat-saat akhir itu menjadi taktik popular yang biasa digunakan pihak lawan memandangkan kempen Umno-BN agak sejuk sedikit.

“Namun PAS akan terus memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video,” katanya lagi.
Menurutnya tumpuan kempen jentera BN dan Umno sekarang terhadap penyokong PAS kelas C dan golongan atas pagar dengan mengumpankan sogokan wang ringgit dan barangan.

Abdul Halim juga berkata, sebagai pengarah pilihan raya BN Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah cuba mempertahankan maruahnya di Gua Musang dan tidak mahu banyak bergantung kepada Umno pusat.

Sumber Umno pula memberitahu bekalan duit yang sepatutnya dilaburkan semasa pilihan raya difahamkan belum beredar di kalangan petugas parti.
“Keadaan itu menyebabkan ramai tenaga kempen Umno dan BN jarang kelihatan bersama akar umbi kerana duit tidak sampai ke bawah,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, Abdul Halim memaklumkan pihak PAS telah bersiap sedia dengan jentera yang khusus bagi menangani apa jua masalah yang berlaku.

"Kita telah bersiap sedia dengan jentera khusus seperti pasukan petugas yang diletakkan di setiap pusat pengundian dalam usaha menangani masalah yang akan berlaku esok," ujarnya lagi.

Monday, November 1, 2010

Balik mengundi sekalipun merangkak

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang
mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak,
kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.




















Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan
untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara,
negeri mahupun Dun, di kalangan
 orang yang beragama.
"Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang,
balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki,
meranggakak sekali pun kena balik.
"Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan)
 ekonomi kita, akidah kita,"  katanya yang juga Mursyidul Am PAS.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak
 Dun Galas di perantauan pada Majlis Minum Teh bersama
Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi.
Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa,
Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS,
 Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas.
Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir
 kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon.
Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil
 sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan
rekaan PAS tetapi tuntutan agama.
Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan
 dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan
urusan agama.
"Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu
 berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.
"Patutnya yang lawan kita MCA, MIC & bukan Umno. Tapi nasib kita nak
buat macam mana,"  katanya lagi.
Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS
kepada wakil anak-anak Galas di perantauan.
Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan
 masing masing waktu pulang mengundi nanti.