كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, December 21, 2010

SEMOGA ALLAH PELIHARA KITA DARI BENCANA...

NGERI....MEMANG NGERI..SEMOGA KITA TIDAK DIUJI DENGAN UJIAN YANG SEBEGINI..YA ALLAH PELIHARALAH KAMI DAN KELUARGA KAMI SERTA PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, MUKMININ DAN MUKMINAT DARIPADA BALA BENCANA...AMIN.








tingkat atas bas itu rosak teruk



Tambah mengerikan apabila beberapa mayat yang dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat terpisah dari badan dengan cebisan daging bertaburan dalam bas.

Kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa selesai pada jam 3.30 petang.

DMP GOPENG TURUT BERSIMPATI ATAS KEMALANGAN NGERI BAS.

Tuesday, December 14, 2010

ISLAM BERKEMBANG DI AMERIKA SYARIKAT

Tuesday, December 14, 2010

Cara Dakwah yang Berjaya di AS

Kalau di luar negara, pelbagai kaedah digunakan untuk menerangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam agar mengenal Islam yang sebenar... di MALAYSIA, pelbagai kaedah digunakan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam..... MasyaAllah....


"PhotobucketGain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Photobucket
Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.
“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.
Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.
“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.
Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.
Isu hangat

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.
“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.
GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.
Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.
Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.
Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.
Photobucket
Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.
Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.
Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Polis Yahudi tangkap kanak-kanak PALESTIN pada waktu malam

BAITULMAQDIS 13 Dis. - 

Polis Israel di Baitulmaqdis menjalankan kempen untuk menangkap kanak-kanak Palestin pada waktu malam dan menyoal siasat mereka tanpa kehadiran ibu bapa mereka, semata-mata kerana disyaki membaling batu ke arah polis dan pendatang haram Yahudi.

Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'Tselem hari ini berkata, polis melanggar undang-undang dalam tindakan mereka terhadap golongan bawah umur di kawasan kediaman Silwan, Baitulmaqdis timur, di mana hubungan antara pendatang haram Yahudi dengan penduduk Palestin sangat tegang.

Konfrontasi di kawasan itu sering kali melibatkan anak-anak muda Palestin membaling batu ke arah pendatang Yahudi.

B'Tselem berkata, sekurang-kurangnya 81 kanak-kanak ditangkap antara November 2009 hingga Oktober 2010, kebanyakannya dituduh membaling batu.

Laporan itu menuduh polis menahan kanak-kanak dari tempat tidur mereka dan bergegas menjalankan soal siasat dalam kebanyakan kes untuk memperolehi maklumat berhubung insiden yang berlaku beberapa hari awal.

Penyiasat polis juga melanggar undang-undang dengan menghalang ibu bapa daripada menemani anak-anak mereka yang disoal siasat.

Menurut B'Tselem, mereka mendapati sekurang-kurangnya empat kanak-kanak berusia di bawah umur 12 tahun ditahan, umur yang ditetapkan untuk berhadapan tuduhan jenayah.

Dalam satu kes, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditahan di tengah malam 'hanya kerana namanya sama dengan seorang kanak-kanak lain yang menjadi suspek membaling batu.

B'Tselem menggesa polis menamatkan kempen penangkapan dan soal siasat itu dengan segera dan mengutamakan pemulihan untuk mengelak kecederaan kanak-kanak. - AFP

Sumber Satu umat

Monday, December 13, 2010

Sunnah Nabi s.a.w Ketika Dan Selepas Tidor

 

Gambar Hiasan anda tidur :) 


Sunnah nabi s.a.w ketika dan selepas tidor

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.

Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Posted by Abu Fawwaz

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432 DARI PAS PERAK

6 12 2010
 
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Selamat menyambut Maal Hijrah ke 1432 kepada seluruh muslimin dan muslimat. Tidak lupa untuk kita panjatkan doa kepada yang Maha Pencipta agar dikuatkan iman yang lemah untuk kebahagiaan di kehidupan yang kekal abadi kelak.

Tidak semua yang terkandung di dalam sejarah hijrah itu mampu untuk kita ungkapkan di ruang yang amat terhad ini. Namun kita tidak mahu ketinggalan untuk menatapi mutiara hijrah yang tak pernah padam itu. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dialah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti bagi sesiapa yang mengambil pelajaran atau ingin bersyukur.” (Al Furqan: 62)

Kedatangan awal Muharram mengingatkan kita tentang sejarah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Sambutlah dengan keazaman yang berkobar-kobar yang disulami dengan muhasabah dan semangat perjuangan.

Begitu indah dan bersopannya umat Islam jika segala perjalanan hidupnya berlandaskan syariat dan adab-adab Islam. Kita ambil sistem dan peraturan Islam untuk kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan secara total, meningkatkan mutu ibadah dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai hamba nescaya hati kita akan lebih tenang dan yakin, mendapat keberkatan bahkan mampu mengembalikan semua kegemilangan Islam.

Sempena Maal Hiurah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya Allah Maha mengasihi hamba-hambanya yang bertaubat.

Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik. 

Masalahnya apakah bekalan kita? Bekalan jalan ini hanya satu sahaja iaitu TAQWA, merasai kebersamaan dengan Allah dan penuh yakin dengan Janji Allah yang pasti benar . Firman Allah maksudnya: “Dan merupakan hak kami untuk menolong orang-orang yang beriman.” (Ar Rum: 47).

Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada PAS Perak sempena Maal Hijrah 1432 H.

Monday, December 6, 2010

ISRAEL DILANDA KEBAKARAN TERUK.

 December 05, 2010

41 kematian dilaporkan akibat daripada kebakaran yang tidak mampu ditangani oleh rejim Zionis. Dilaporkan kebakaran tersebut yang melanda hutan Mount Carmel telah memusnahkan sebanyak 10 000 ekar hutan dan memaksa 17 000 penduduk dipindahkan.

Isreal mengaku tidak mampu menangani bencana kebakaran tersebut dan telah meminta bantuan antarabangsa. 

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata kebakaran dahsyat di utara Israel itu adalah 'serangan daripada Allah'.