كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, July 23, 2010

TAKZIAH KEPADA SAHABIAH..

Kelewatan ana melayari internet kerana kesibukan dan keletihan kebelakangan ini , ditambah pula dengan handset yang meragam sebanyak dua kali mengalami kerosakan dan terpaksa ditukar (menyebabkan mesej tidak boleh dibaca) menyebabkan ana terlambat mendapat berita kematian suami sahabiah yang dikasihi iaitu Fazliyana bt Fahme. Beliau adalah AJK DMP Gopeng dan merupakan guru PASTI.. TAKZIAH diucapkan kepada Fazliayana kerana kehilangan dan kepergian suaminya dalam keadaan mengejut..

Mengikut cerita beliau, aruah suaminya pulang dari kerja terus mandi dan solat asar dan kemudiannya berbaring sebentar apabila isterinya mendengar suara suaminya di dalam kesakitan..beliau yang tidak menyangka keadaan suaminya serius lalu menyapu  minyak ke badannya..dan terus menghantar beliau ke hospital.Malangnya sesampai sahaja ke hospital aruah suaminya telah kembali ke rahmatullah..  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan kepada Fazliyana di dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini.

Tak lupa juga diucapkan takziah kepada Ketua DMP Gopeng , Puan Nor Kamariah kerana kehilangan ayahanda beliau baru-baru ini.

Al Fatihah.

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADANYA KITA DIKEMBALIKAN..

Alhamdulillah pada ahad yang lepas (18 Julai 2010)  PASTI GOPENG telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Malangnya ana tidak dapat menyambut dan meraikan sahabiah dan anak-anak PASTI kerana menziarahi keluarga ibu saudara.  Adik kepada abah (makcik Timah) telah kembali ke rahmatullah..Sedihnya kehilangan...bermula dengan kematian abah Mei 2009, diikuti kekandanya (maklong) pada Ogos 2009 dan kini makcik pula kembali ke rahmatullah..

Keadaan makcik sebelum meninggal dunia lebih kurang sama seperti abah...abah dulu dari keadaan sihat-sihat tiba-tiba mengadu sakit perut dan berlarutan selama 2 minggu sehinggalah di saat akhir hayatnya doktor mengatakan aruah mengidap ulcer... makcik pula dalam dok sihat-sihat...mampu menunggang motorsikal lagi sebelum itu, kemudian sakit perut (apendiks) dan dilakukan pembedahan namun kompliksai semakin teruk , perut membengkak dan terpaksa dibedah sekali lagi. Namun kesihatan makcik semakin merosot dan doktor ingin melakukan pembedahn kali ke-3 namun tidak dibenarkan oleh anaknya...kerana kasihan melihat keadaan ibunya yang terlalu uzur..dan akhirnya makcik menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah doktor menasihatkan untuk dibawa pulang.

Semasa menziarahi makcik di Hospital KPJ, Bandar Perda, Seberang Jaya, apabila terpandang sahaja muka makcik terus teringatkan aruah abah kerana rupa makcik seiras muka abah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. AMIN. 

Sunday, July 11, 2010

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

-satu umat-