Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, October 7, 2011

KELANTAN NEGERI CONTOH


Umat Islam di Malaysia patut buka mata dan menyedari contoh sebuah negeri yang ditadbirkan mengikut syariat Islam iaitu Kelantan. Bagaimana Kelantan di bawah pentadbiran PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya mentadbirkan Kelantan ke arah negeri yang sejahtera di dunia dan mudah-mudahan terus di berkati Allah swt.

Jabatan Audit Negara memuji dan mengiktiraf kejayaan PAS mentabir Kelantan khususnya dalam pengurusan kewangan yang efisien.

Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.

Setiausaha Pemuda PAS negeri Kelantan, Mohd Nuri Yaacob, pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai kecekapan pentadbiran kerajaan yang negeri yang sifar ketirisan dan rasuah.

Pentadbiran PAS di Kelantan berjaya meninggalkan amalan yang bercanggah dengan ajaran agama seperti:

1)  Mengeluarkan kesemua wang negeri dari bank konvensional yang berasaskan riba kepada bank yang mengikut syariat Islam.

2) Membuka skim pajakan Islam (ar rahnu) yang halal sebagai menggantikan sistem pajakan berasaskan riba dan akhirnya menyebabkan berkembangnya sistem pajakan Islam di seluruh Malaysia.

3) Membudayakan rakyat Kelantan dengan amalan-amalan Islam seperti solat, menutup aurat dan sebagainya.

Alhamdulillah hasil dari tindakan kerajaan Negeri Kelantan ini menyebabkan berkembangnya bank-bank yang berlandaskan Islam dan juga sistem pajakan Islam diperkenalkan di seluruh Malaysia.

Sebenarnya banyak lagi jasa tuan guru selaku Menteri Besar Kelantan yang bukan sahaja membawa kesejahteraan kepada rakyat Kelantan sahaja bahkan kepada seluruh rakyat di Malaysia seperti :

## hari bekerja dari 6 hari seminggu menjadi 5 hari seminggu (memberi peluang lebih masa bersama keluarga).  Selepas dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ianya diikuti di peringkat Pusat.

## tidak membenarkan kaum wanita bekerja waktu malam demi memelihara keselamatan kaum wanita.


Semoga Kelantan akan terus berada di bawah naungan ulama' dan rakyat Kelantan akan terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Ilahi... dan semoga rakyat di negeri-negeri lain juga akan menyedari bahawa kejayaan hidup bukanlah dengan mengejar material semata-mata tetapi hendaklah MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. agar kita selamat di DUNIA DAN AKHIRAT.

Saturday, October 1, 2011

SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

 FORUM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN 60 TAHUN PAS (30 September 2011)




Al Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Barisan panel forum..