Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Wednesday, October 20, 2010

Homoseksual udah halal ke di Malaysia????

Homoseksual, Adam jaga susila di Malaysia??????

 

Atas nama 'seni' manusia sudah tidak mempedulikan nilai-nilai agama dan adab tatasusila. Berselindung di sebalik peraturan kononnya tidak boleh bercium di khalayak ramai..sudah memadai untuk menghalalkan konsert Adam lambert diStadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu.

Persoalannya bukan sekadar hanya semasa mengadakan konsert itu sahaja yang dipersoalkan tetapi kemunculan artis yang tidak senonoh dan langsung tidak selari dengan cara hidup Islam tidak seharusnya diberi promosi dan galakan.

Sepatutnya para pemimpin UMNO ,Ulamak Umno, penyokong Umno & para mufti peka dengan situasi ini...PAS tetap komited menentang segala bentuk kemungkaran....

walaupun tidak bercium di Malaysia tetapi bagi peminat yang 'tergila-gila' kan artis ini menjadikan mereka sebagai idola dan ikutan mereka..kita takut cara hidup artis akan menjadi contoh kepada mereka.

 

Walaupun nampak seperti "ala...apalah golongan agama ni....(atau golongan ekstrem ni....itulah yang selalu disebut....)ini pun nak dibesar-besarkankan" , tetapi jangan sampai bala Allah turun baru nak menyesal..kerana bagi pencinta maksiat ni semuanya tak salah...boleh belaka...moden konon!!! 

 



BIAR namanya dikira masih baru, namun kunjungan Adam Lambert buat pertama kali di Malaysia berjaya mengumpul 10,000 penonton.



SATU ciuman pada acara awam telah mencalar imejnya. Ditambah dengan pengakuan bahawa dirinya merupakan homosekual, Adam Lambert berani walaupun tahu pendedahan itu barangkali akan memusnahkan kariernya. Nasib menyebelahinya kerana bakat Adam mampu mengatasi kehangatan berita negatif itu.
Malah, Adam yang merupakan naib juara program realiti paling popular di Amerika Syarikat (AS), American Idol musim kelapan boleh dikatakan lebih menyinar berbanding juaranya, Kris Allen. Buktinya, Adam telah memulakan konsert jelajahnya, Glam Nation Tour pada 4 Jun lalu yang dijangka berakhir pada 16 Disember nanti.

Dalam jangka masa itu, Adam dijadualkan untuk melawat 112 tempat di AS, Eropah, Australia dan 10 negara Asia. Malaysia tidak terkecuali dalam senarainya. Namun, seperti yang diketahui ramai, kedatangan Adam tidak selancar artis luar negara yang lain.

Walaupun telah berjanji untuk mematuhi undang-undang serta menghormati budaya tempatan dengan tidak berkelakuan liar atau lucah di atas pentas, kedatangannya masih diprotes. Kata Adam pada sidang media sebelum menghiburkan peminat tempatan: "Ia adalah sesuatu yang saya akan patuhi kerana saya menghormati budaya Malaysia.

"Lagipun hanya ciuman yang tidak dibenarkan. Saya tidak suka bertolak-ansur tetapi ia lebih penting buat saya untuk menghadiahkan persembahan saya untuk peminat Malaysia. Persembahan saya masih akan mengekalkan konsepnya.
"Menghapuskan ciuman itu tidak akan menjejaskan keseluruhan persembahan. Apa yang utama tujuan saya berada di sini adalah untuk menghiburkan mereka dan membuatkan mereka ketawa. Bukannya untuk membuatkan mereka berasa tidak selesa dengan persembahan saya."

Menepati janjinya, Adam telah menarik lebih 10,000 peminat mengisi ruangan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu. Walaupun di luar stadium, hampir 100 ahli parti pembangkang, Pas membuat demonstrasi dengan mengedarkan risalah menyelar penyanyi itu, konsertnya bagaimanapun boleh disifatkan berlangsung dengan sempurna.

Bermula agak lewat pada pukul 9.10 malam, penyanyi berusia 28 tahun itu yang terkenal dengan imej memakai celak dan pakaian kulit serta bulu tampil dengan lagu Voodoo sebagai pembukaan konsert. Diikuti dengan lagu For Your Entertainment dan Down the Rabbit Hole, vokal Adam sahaja sudah cukup memukau.

"Berada di atas pentas, saya tidak mungkin boleh berpakaian hanya kemeja-T atau seluar jean sahaja. Jadi seperti biasa anda akan melihat kepelbagaian warna seperti hitam, merah, ungu dan biru. Tidak dilupakan juga bulu dan manik," katanya.
Disertai dengan latar belakang, tarian serta penata cahaya dan bunyi, Adam yang tidak banyak berkomunikasi memberitahu dia mahu menyebarkan cinta menerusi persembahannya. "Konsert saya mempromosikan cinta tanpa mengira sempadan usia, bangsa atau agama."
Menyifatkan dirinya agak bertuah, dia tidak kisah dirinya berada pada kedudukan kedua dalam program American Idol. Katanya, apa yang penting bukan kejuaraan yang dipegang tetapi karier yang dibina selepas menyertai program tersebut.

PENAMPILAN glamor Adam dengan bantuan solekan yang memukau.


Turut menyampaikan lagu Fever yang merupakan kerjasama dengan Lady Gaga, Adam juga menyukai Katy Perry. Baginya, mereka berdua telah banyak memberi inspirasi kepada muziknya. Mungkin berimej sedikit ekstrem dan pelik, Adam bagaimanapun sentiasa mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

"Kawan rapat dan keluarga telah membantu saya untuk hidup normal. Saya juga mahu keluar dan makan bersama kawan, menonton filem, membeli-belah atau bersiar-siar," katanya pada sidang media tersebut.

Memberitahu dirinya mungkin akan menceburi bidang psikologi jika tidak menjadi penyanyi, Adam sendiri yang pernah mencipta kontroversi gara-gara dikatakan menumbuk seorang paparazi bagaimanapun memberi nasihat kepada remaja untuk tidak terlibat gejala sosial seperti membunuh diri.

"Mesej saya kepada remaja di seluruh dunia, anda perlu bangga dengan diri anda. Saya tahu ia agak sukar dan seperti saya yang berjaya, saya masih dibuli oleh sesetengah pihak. Namun, saya tidak fokus kepada kebencian.
"Setiap kali saya membaca berita atau laporan mengenai diri saya, saya cuba mencari sisi positif. Jika tidak, mereka (yang menulis) akan menang. Saya enggan membiarkan ia berlaku," tambahnya.

Nilai positif Adam disalurkan sepenuhnya dalam persembahannya. Lagu 'temanya Whataya Want from Me didendangkan selepas Sleepwalker. Diteruskan dengan Soaked, Aftermath, Sure Fire Winners dan Strut, rata-rata peminatnya menari sepanjang persembahan idola mereka.

Tanpa mempedulikan status dirinya, mereka menghayati muzik dan vokal Adam. Sokongan lebih padu diberikan apabila figura berusia 28 tahun itu menyampaikan seleksi lagu Music Again, Broken Open dan If I Had You.
Mengakhiri konsert dengan lagu Mad World, Whole Lotta Love dan 20th Century Boy, tirai milik Adam ditutup sekitar 10.25 malam. Agak pendek buat peminatnya, namun, perlu diingatkan Adam hanya memiliki sebuah album setakat ini. Sungguhpun pendek, persembahan mantap serta berkualiti sudah cukup memadai.

 

No comments:

Post a Comment