Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
BERI PELUANG DAN KEADILAN KEPADA RAKYAT UNTUK BERSUARA..RAKYAT BUKANNYA HENDAK MENGHANCURKAN NEGARA ATAU MELAKUKAN KEGANASAN , HANYA SEKADAR BERHIMPUN SECARA AMAN .
DI KOMTAR, PULAU PINANG TADI TELAH BERLAKU PERHIMPUNAN OLEH ...... DAN HANYA DI'JAGA' SAHAJA OLEH PASUKAN KESELAMATAN FRU ..TAK ADA SEMBURAN APATAH LAGI TANGKAPAN BERLAKU...HAIRAN!!!!
PIHAK KESELAMATAN JANGANLAH BERSIKAP 'DOUBLE STANDARD'. JIKA UMNO DAN SEKUTUNYA MENGADAKAN TUNJUK PERASAAN DIBIARKAN SAHAJA...INGATLAH TUHAN YANG PALING TINGGI DAN BERKUASA IAITU ALLAH LEBIH PATUT DITAKUTI DAN DITAATI PERINTAHNYA..DAN KITA SEPATUTNYA BERKHIDMAT KEPADA DAN KERANA ALLAH.
JANGAN TUNGGU DAH PENCEN BARU NAK MENYATAKAN KEBENARAN...
Live : Komtar di Gegar Pemuda Patriot
1 Julai 2011 – Pulau Pinang
Lebih 1,000 Pemuda Patriot yang mengenakan pakaian berwarna merah serta lilitan kepala dilihat berarak dari Masjid Kapitan Keling menuju ke bangunan Komtar yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Perhimpunan anti Lim Guan Eng ini yang diadakan setelah selesai solat jumaat turut disertai oleh Senator Eazam Mohd Noor. Perhimpunan ini dilihat sebagai amaran awal kepada pihak pembangkang yang menggerakkan Bersih 2.0 jika perhimpunan 9 Julai ini diteruskan kumpulan Bersih terpaksa berhadapan dengan mereka.
Dari gambar yang dihantar oleh saudara Zamri yang berada di lokasi jelas memaparkan bahawa tahap kesabaran orang Melayu Pulau Pinang sudah sampai ke kemuncaknya.
No comments:
Post a Comment