Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, December 9, 2011

Tindakan ummo pulau pinang memalukan


Idris Ahmad
SHAH ALAM- Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro Umno di Pulau Pinang 'menghadiahkan' replika kek najis kepada Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dianggap memalukan dan menjauhkan orang bukan Islam dengan agama rasmi negara itu.
Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad turut mempersoalkan tindakan mereka menghadiahkan replika kek najis kepada Guan Eng sempena ulang tahun ke 51 semalam.
''Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?. Semua tindakan ini memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, beliau meminta pemimpin Umno menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan Pas kerana mendahului Islam daripada segalanya.
"Pas mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan walaupun apa cercaan yang diterima kerana ini adalah lumrah perjuangan. Perjuangan Pas semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment