Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, November 9, 2012

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS

Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendapat lebih suntikan untuk kita berjihad menegakkan Daulah Islamiah.Disamping kepayahan kita dengan tugasan dan kewajiban muslimah yang merangkap berbagai perkara memerlukan kesabaran dan pengorbanan ,apa pun.. pengorbanan itu amat di perlukan untuk kita sama-sama merasai kehidupan atas dasar Islam sebenar insyaallah..,

           Cuti sekolah dah bermula dan cuti selama seminggu untuk sambutan Maal Hijrah dan sambutan Depavali bagi masyarakat India memberi peluang besar kepada muslimat untuk menghadiri muktamar.Ibu-ibu yang mempunyai anak yang sedang menghadapi peperiksaan SPM berlapang dada untuk bermuktamar kerana SPM bermula semula pada 19 november..,Jesteru itu JOM sama-sama kita ke Kelantan Trade Centre.





MUKTAMAR TAHUNAN KALI KE-52

Monday, March 5, 2012

Pimpinan PAS yang sememangnya di Yakini

Kusudahan penyelesaian isu exco negeri Kedah ternyata Kepimpinan PAS sentiasa bijak dalam menangani sesuatu isu. Malah kemuafakatan serta matlamat dalam perjuangan iaitu memertabatkan daulah Islam adalah satu garis panduan dalam Pas yang membawa kepada penyelesaian yang baik dalam sesuatu isu.Hasil pencapaian yang baik tersebut memberi kelegaan besar kepada orang-orang PAS.Keputusan yang boleh dikatakan segera dan mudah akan memberi ruang untuk rakyat berfikir tentang kewibawaan PAS.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.Syukur kepada Allah Subhanahuataala dengan Rahmatnya.JOM KITA BERUSAHA TAWAN PERAK.

Monday, February 27, 2012

Gangguan ceramah oleh puak UMNO

Cubaan ADUN Sungai rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi
25 Februari 2012- Ceramah Perpaduan Ummah yang diadakan oleh UMNO Bahagian Gopeng berdekatan ceramah Umum yang dilakukan oleh pakatan Rakyat di Changkat Larang malam ini merupakan kali ke-5 dilakukan oleh UMNO atas arahan YB Dato’ Hamidah untuk mengganggu program penerangan PAS dan Pakatan Rakyat selain tindakan yang sama di lakukan di Taman Maju Rapat pada 21 Feb yang terakhir dilakukan.
Melalui siri ceramah yang sarat dengan perkauman dan laungan selogan perkauman melayu, UMNO masih gagal melaksanakan program yang bersifat multi-kaum untuk menyangi program ceramah dan penerangan pakatan rakyat.
Menurut Ustaz radzi Zainon iaitu Penyelia DUN (PAS) Sungai Rapat, strategi YB Dato’ Hamidah sekarang adalah mengadakan ceramah yang diberi nama ceramah akidah dan perpaduan ummah di sebelah semua majlis ceramah Pakatan rakyat.
“hamidah sekarang tiada kerja melainkan meninjau di mana banner ceramah PAS dan Pakatan rakyat dan dengan wang yang cukup banyak dikerahkannya jentera UMNO untuk menganjurkan ceramah atas nama agama dan perkauman. Hamidah tetap gagal kerana masih gagal mengadakan program ‘ceramah mee segera’ ini dengan melibatkan komponen lain BN melainkan hanya penceramah melayu semata-mata” Jelas Ustaz Radzi Zainon kepada Unit Penerangan MTD Sg Rapat.
Menurut penduduk Changkat Larang, mujurlah ada limpahan air siasa najis di sebelah Dewan KEMAS kerana jika tidak pasti UMNO akan mengadakan ceramah di dewan berkenaan yang lebih dekat dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat.
Sebelum ini di Taman Maju Rapat, YB Hamidah cuba menganggu ceramah Dato’ Adnan bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak dengan mengambil tapak ceramah Pakatan Rakyat menyebabkan pihak PAS cawangan Taman Maju Rapat terpaksa memindahkan ceramah di kawasan homstay. Isi ceramah tersebut yang sarat dengan sifat bermuka-muka UMNO yang kononnya bencikan Pakatan Rakyat yang dikatakan bersekongkol dengan Zionis cukup menjelakkan beberapa hadirin wanita Kampung Sungai Terap Batu Gajah yang diarahkan hadir menggunakan beberapa bas tajaan UMNO.
Ceramah Pakatan Rakyat malam ini dimeriahkan oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Pusat, YB Thomas Soo (ADUN Pasir Pinji) dan Ustaz Radzi Zainon selaku pengerusi majlis.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Sunday, February 19, 2012

Masalah limpahan air kumbahan

Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat
Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.
Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.
Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.
Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.
Dato’ Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan peranan mendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.
Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.







Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.



Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.

En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan


Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Tuesday, February 14, 2012

HARUSSANI YAKIN KEMAMPUAN TGNK



Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno.
Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.
Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara.
“Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?
“Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13.
“Selagi beliau mampu (untuk berpolitik), itu terpulang kepada beliau,” katanya.
Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia minggu lalu menyifatkan kesediaan Nik Aziz untuk terus bertanding pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan beliau tidak memahami realiti bahawa sudah uzur.
Mengambil contoh umur Nik Aziz, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin berusia 81 itu masih “ghairah untuk berkuasa” walaupun sudah memimpin Kelantan selama empat penggal atau lebih 21 tahun.
“Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam,” kata akhbar itu dalam ruangan Awang Selamat.

Thursday, February 9, 2012

Majlis Maulidur Rasul - Anjuran Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng.

Lajnah Tarbiah DMP kawasan Gopeng menganjurkan Majlis Maulidur Rasul bertempat di Markas Pas Kawasan Gopeng.Walaupun kehadiran tidak memenuhi sasaran namun majlis ini dapat mencapai matlamat dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Huri.Majlis turut diserikan  dengan persembahan nasyid dan deklamasi sajak bertemakan sirah nabi Muhammad  s.aw yang di sampaikan  oleh anak-anak pasti di bawah pimpinan AJK Lajnah Tarbiyah sendiri,


                                                    Penyampaian yang padat dan tersusun oleh ustaz Huri
                   
                                                 Persembahan nasyid anak-anak pasti  pasti

Ketua muslimat DMPK



Ustaz Huri turut memperdengarkan sebuah nasyid yang memuji Rasullullah.


Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Penyertaan muslimat



team medic 

Monday, January 2, 2012

MAHASISWA DIPERLAKUKAN SEPERTI ......

PAS kesal keganasan Polis dan simpati Mahasiswa yang cedera
Posted on Sunday, January 01 @ 12:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh DPP Perak

1 Januari 2012 (TANJUNG MALIM) - PAS hari ini mengatakan kesal tindakan yang berlaku diwaktu ambang tahun baru berikutan himpunan di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim yang dianjurkan oleh Mahasiswa menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Pada hari ini, satu lagi himpunan bagi menuntut agar Mahasiswa yang ditahan oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diadakan pada tengahari ini mendesak agar mereka yang ditahan dibebaskan dengan segera.

Turut hadir adalah, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar; Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh.

Mereka juga turut melawat mangsa yang cedera di Hospital Slim River selepas berhimpun mendesak agar Mahasiswa yang ditahan dibebaskan.