Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, January 2, 2012

MAHASISWA DIPERLAKUKAN SEPERTI ......

PAS kesal keganasan Polis dan simpati Mahasiswa yang cedera
Posted on Sunday, January 01 @ 12:30:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Berita Oleh DPP Perak

1 Januari 2012 (TANJUNG MALIM) - PAS hari ini mengatakan kesal tindakan yang berlaku diwaktu ambang tahun baru berikutan himpunan di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim yang dianjurkan oleh Mahasiswa menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Pada hari ini, satu lagi himpunan bagi menuntut agar Mahasiswa yang ditahan oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diadakan pada tengahari ini mendesak agar mereka yang ditahan dibebaskan dengan segera.

Turut hadir adalah, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar; Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh.

Mereka juga turut melawat mangsa yang cedera di Hospital Slim River selepas berhimpun mendesak agar Mahasiswa yang ditahan dibebaskan.




No comments:

Post a Comment