Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, April 20, 2009

APABILA PENEGAK KEBENARAN DIANGGAP PENJENAYAH...

Berikutan perkembangan terkini kes Mohd. Sabu dan sembilan pengikutnya...di mana mahkamah Majistret Jawi telah mengeluarkan waran tangkap kepada kesemua mereka..kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini, DMPkG mendoakan semoga Allah swt. memberikan jalan keluar dan mempermudahkan urusan mereka.

Persoalannya, adakah mereka ini 'penjenayah'?Adakah mereka ini perosak negara? Malangnya penjenayah sebenar berleluasa di negara Malaysia ini...pembunuh Nurin Jazlin masih lagi bebas, pembunuh Norita tidak dihukum, pembunuh/perancang pembunuhan Altantuya masih menjadi persoalan dan pertikaian hatta di peringkat dunia...begitu juga para penjenayah 'kecil-kecilan' (kalau boleh digunakan istilah ini..sedangkan kesemua para penjenayah ini tetap melakukan dosa di sisi Allah)...masih lagi aktif melakukan kerja2 jenayah mereka dan akan terus sama ada menyamun, merogol, menjual dadah, menghisap dadah dan dalam masa yg sama mencuri dan menyamun, memecah masuk rumah kediaman dan pejabat serta kilang.

Berita di radio hari ini ada menyebut tentang sindiket yang memeras ugut ibubapa mengatakan anak /keluarga mereka diculik dan meminta wang tebusan..belum sebut lagi masalah remaja yang semakin kronik dengan kesamsengannya, seks luar nikahnya, membuang anak, menonton dan mengedar bahan lucah dan sebagainya.

Adakah Mohd Sabu dan 9 pengikut mereka ini lebih 'jahat' daripada para penjenayah dan bakal penjenayah yang disebutkan tadi?

Semoga Allah memberikan hidayah kepada rakyat Malaysia agar ditunjukkan kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan.

KEPADA SEMUA PEJUANG DAN PENEGAK KEBENARAN...KEMENANGAN YANG HAK ADALAH DI SISI ALLAH SWT. SEMOGA KALIAN DIBERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN DI DALAM MENGHADAPI MEHNAH DAN TRIBULASI DALAM PERJUANGAN...ALLAH HUAKBAR

Saturday, April 18, 2009




widgets



widgets

MUKTAMAR DMPKG SESSI 2009/11








Alhamdulillah, DMPkG telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 21 Mac 2009 baru-baru ini. MA kali ini menyaksikan penganugerahan Tokoh Muslimat kepada Puan Noriah daripada Cawangan Pengkalan Gate di atas kesungguhan yang ditunjukkan untuk kerja-kerja jamaah.

MA kali ini juga membawa kelainan atau pertukaran kepada saf kepimpinan di mana Ketua DMPkG yang baru adalah Puan Kamariah Nor memandangkan Ust. Bariah Alang Safri mengundurkan diri daripada bertanding untuk memberi tumpuan kepada Negeri sebagai Ketua Muslimat PAS Neg Perak.

DMPkG bukan sahaja kehilangan Ust. Bariah di saf kepimpinan tetapi juga Ust. Raf'ah kerana keuzurannya memaksa beliau berehat dari tugas-tugas berat. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kesabaran kepada beliau dan juga semoga DMPkG akan terus menunaikan amanah Allah dengan cemerlang.

ALLAH HUAKBAR.

Friday, April 17, 2009

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Kg Temerlok




Muslimat Gopeng turut sama meraikan majlis pelancaran Kelab Penyokong PAS Kg Temerlok baru-baru ini...kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh PAS Tanah Merah, Kelantan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan majlis tersebut..syabas diucapkan..
Alhamdulillah bertambah lagi penyokong bukan Islam terhadap perjuangan PAS.

Ada yg menuduh bukan Islam menyokong PAS kerana PAS mudah mengikut telunjuk untuk kepentingan bukan Islam,....tetapi golongan yang menuduh ini lupa atau tidak pernah mengambil peduli..bahawa PAS tidak pernah menawarkan kebendaan kepada pendokong dan penyokongnya...jelas sekali...sokongan yang diberikan adalah berdasarkan kebenaran dan keadilan perjuangan PAS itu sendiri..

Semoga Allah berikan hidayah kepada bukan Islam untuk melihat kebenaran Islam dan seterusnya memeluk Agama Islam itu sendiri....InsyaAllah..ALLAHU AKBAR..

Sunday, April 12, 2009

DARI MEJA KETUA PENERANGAN

ASSALAMUALAIKUM WR. WBT.

DMPKG DENGAN RASA KERENDAHAN HATI KEPADA ALLAH SWT MEMULA LANGKAH MENERUSKAN KERJA-KERJA DAKWAH & JIHAD DI BUMI ALLAH INI.

DMPKG BERHARAP PARA MUSLIMAT TERUS ISTIQAMAH & ILTIZAM DALAM KERJA2 ISLAM SETERUSNYA MENJADI MUJAHIDAH YG MELETAKKAN ALLAH & RASUL DI HADAPAN MENGATASI YG LAINNYA. INI KERANA JIKA MUSLIMAT LEMAH , MAKA ANAK2 JUGA AKAN MENJADI PENAKUT & MEMPUNYAI SIKAP MUDAH MENYERAH...TETAPI INSYAALLAH MUSLIMAT AKAN TETAP MENJADIKAN RASULULLAH SAW SEBAGAI CONTOH IKUTAN DALAM PERJUANGAN DAN SEMOGA DIBERIKAN KEKUATAN OLEH ALLAH SWT HENDAKNYA.

- KETUA PENERANGAN