Berikutan perkembangan terkini kes Mohd. Sabu dan sembilan pengikutnya...di mana mahkamah Majistret Jawi telah mengeluarkan waran tangkap kepada kesemua mereka..kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini, DMPkG mendoakan semoga Allah swt. memberikan jalan keluar dan mempermudahkan urusan mereka.
Persoalannya, adakah mereka ini 'penjenayah'?Adakah mereka ini perosak negara? Malangnya penjenayah sebenar berleluasa di negara Malaysia ini...pembunuh Nurin Jazlin masih lagi bebas, pembunuh Norita tidak dihukum, pembunuh/perancang pembunuhan Altantuya masih menjadi persoalan dan pertikaian hatta di peringkat dunia...begitu juga para penjenayah 'kecil-kecilan' (kalau boleh digunakan istilah ini..sedangkan kesemua para penjenayah ini tetap melakukan dosa di sisi Allah)...masih lagi aktif melakukan kerja2 jenayah mereka dan akan terus sama ada menyamun, merogol, menjual dadah, menghisap dadah dan dalam masa yg sama mencuri dan menyamun, memecah masuk rumah kediaman dan pejabat serta kilang.
Berita di radio hari ini ada menyebut tentang sindiket yang memeras ugut ibubapa mengatakan anak /keluarga mereka diculik dan meminta wang tebusan..belum sebut lagi masalah remaja yang semakin kronik dengan kesamsengannya, seks luar nikahnya, membuang anak, menonton dan mengedar bahan lucah dan sebagainya.
Adakah Mohd Sabu dan 9 pengikut mereka ini lebih 'jahat' daripada para penjenayah dan bakal penjenayah yang disebutkan tadi?
Semoga Allah memberikan hidayah kepada rakyat Malaysia agar ditunjukkan kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan.
KEPADA SEMUA PEJUANG DAN PENEGAK KEBENARAN...KEMENANGAN YANG HAK ADALAH DI SISI ALLAH SWT. SEMOGA KALIAN DIBERIKAN KEKUATAN DAN KESABARAN DI DALAM MENGHADAPI MEHNAH DAN TRIBULASI DALAM PERJUANGAN...ALLAH HUAKBAR
No comments:
Post a Comment