Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, May 17, 2010

LMU lebih baik daripada HARTA


ILMU lebih baik daripada HARTA


* Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.


* Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaat pada jalan Allah.


* Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya.


* Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang yang beriman.


* Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.


* Manusia sentiasa memerlukan alim ulama' yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat.


* Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.

Dicatat oleh Izz di 19:16

No comments:

Post a Comment