Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, May 31, 2010

Ribuan Wanita Muda BRITAIN Peluk Islam!


Menurut laporan media Inggeris ribuan wanita muda yang tinggal di United Kingdom telah memutuskan untuk masuk Islam, di tengah adanya perdebatan saat ini di Eropah tentang larangan mengenakan purdah.
AkhbarThe Times melaporkan bahawa adanya peningkatan yang signifikan terhadap para wanita muda Britain yang masuk Islam, pada saat jumlah penduduk Britain yang melakukan doa setiap minggu di Gereja Inggeris hanya berkisar 2% dari populasi seluruh penduduk.
Sejumlah wanita muda yang melakukan solat dan hadir dalam kajian yang diselenggarakan di London Central Mosque, sekitar dua-pertiganya adalah merupakan mualaf baru dan sebahagian besar dari mereka berumur kurang dari tiga puluh tahun.
Statistik yang berhubungan dengan jumlah penduduk yang pindah agama, sebagaimana dinyatakan dalam sensus tahun 2001 di United Kingdom, menyatakan bahawa setidak-tidaknya tiga puluh ribu warga Britain telah masuk Islam.
Dalam pandangan Kevin Price, dari Pusat Kajian Tindakan Migrasi di Universiti Swansea, bahwa jumlah ini sekarang mungkin meningkat menjadi sekitar lima puluh ribu orang, dan sebahagian besar adalah wanita muda.
Dan ia menekankan berdasarkan data tersebut bahawa jumlah perempuan berpendidikan berasal dari perguruan tinggi dan perempuan antara usia dua puluhan dan tiga puluhan, lebih banyak yang pindah agama dengan memeluk Islam.(fq/imo)

~Mr. Satu Umat.

No comments:

Post a Comment