Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, August 10, 2010

DOA UNTUK SAHABAT..

Pada hari Ahad baru-baru ini ana dan suami berkesempatan menziarahi Ustazah Rafeah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (wad 2C). Sebaik sahaja menatap wajah ustazah, tanpa dapat dihalang terus sahaja air mataku bergenang ..sayu melihat ujian berat yang ditanggung oleh ustazah. Keadaan beliau begitu lemah sekali..hanya Allah sahaja tempat diserahkan segala-galanya.

Terdapat ramai sekali para muslimat dan muslimin yang menziarahi beliau. Turut hadir semasa itu adalah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Gopeng, Puan Maznah Ismail dan suami. Ramai lagi yang tak dapat disebutkan nama semuanya di sini..berkesempatan bertemu dengan sahabiah seperti kak Faridah Che Leh, Kak Halimah (Cikgu Manja) dan lain-lain.

Yang pastinya tetamu yang datang berziarah tidak putus-putus dan sentiasa penuh bertukar ganti. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kebaikan kepada Ustazah Rafeah di dunia dan akhirat. Tak lupa juga kepada Pesuruhjaya PAS Perak, suami tercinta beliau yang setia dan sabar menemani isteri yang disayangi....semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan ini..

Ya Allah, Engkau peliharalah keluarga ini dan kurniakanlah RahmatMu kepada mereka.

No comments:

Post a Comment