Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, August 21, 2010

DEME TAK SENANG HATI ...CUBA NAK KACAU LAGI....

Khutbah: K’jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong

August 20, 2010

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

“Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah,” katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana “tidak timbul isu.”

“Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

“Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media,” katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.

2 comments:

  1. Satu je nak tanya dalam Quran adakah suruh kita doakan orang kafir yang nyata musuh Allah...Larangan mendoakan ada, tapi suruh doa ni pelik lah..

    Inilah akibat kalau dah jauh tersesat....kembalilah ke pangkal jalan...Aku takut negara kita ni kena tipa bala je...Doakan kesejahteraan orang Islam tak nak. Inikan kafir pula yang dapat doa...apa punya sial ni..Aku ahli Pas juga, tapi aku rasa bab ini buat aku fikir balik, betul ke apa yang kita buat ni...

    Aku nak tanya Tuan Guru Haji Hadi, Aku nak tanya Ustaz Nasa, Aku nak Tanya Datuk Dr Haron Din..betul ke kita buat ni...atau kita dah melampaui batas...kan Allah dah berfirman hendaklah kita semua jangan melampaui batas...

    Kemana hala tuju sebenar Parti Pas yang kita sayangi ini...ke mana saudara-saudara..Apa lebihnya seorang kafir dari seorang Islam???
    Apa lebihnya LIM GUan Eng yang tak sunat daripada orang Islam yang bersunat...Apa lebihnya kulit kulit si kafir ni...Kan Allah dah kata janganlah kita mempercayai orang kafir, mereka tidak akan ikut kita, selagi kita tak mengikuti mereka...

    wahai saudara-saudara Seislam..Demi bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah sama-sama kita bersatu hati di atas nama Islam. Kita kibarkan jalur ke Islaman dan persaudaraan dan bukan kibarkan jalur persengketaan atas hawa nafsu...

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya "orang kampung" ni.... bukan ke dalam sirah Rasulullah saw mendoakan agar Allah memberikan hidayah kepada Umar sebelum beliau memeluk agama Islam...

    Nak cakap biarlah berilmu supaya tak dipersoalkan di akhirat nanti...

    ReplyDelete