Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, September 27, 2010

Kembali kepada Penciptanya.


ADUN Galas kembali ke rahmatullah
Wartawan Kita  
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47,
kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru,
di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.
Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru
menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.















(Gambar atas: Para pemimpin PAS di samping jenazah
Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru.  





Gambar kanan: Allahyarham Chek Hashim)
Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan
pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.
Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong.
Sebelum itu Chek Hashim  mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di
Guanzhong.
Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani
rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun
pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.
Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu
selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan
kimoterapi di sebuah hospital di China.
Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan
tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.















(Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa 
dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan)
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di
Dun Galas di atas pemergian Almarhum.
"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan
komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau
dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.
Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah
kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.
"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak
zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat.
Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan
dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti
tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang
menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan.
Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar
dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

No comments:

Post a Comment