Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Wednesday, September 15, 2010

MASALAH RUMAH TANGGA DAN PENYELESAIANNYA



4. MASALAH RUMAH TANGGA DAN PENYELESAIANNYA

TALAK
 
1.       MAKSUD
·         Bahasa  : melepaskan ikatan
·         Istilah    : melepaskan ikatan perkahwinan melaui lafaz talak
 
2.       HUKUM
·         Wajib    :
apabila terjadi perselisihan antara suami dengan isteri dan tidak menemui jalan penyelesaian
·         Sunat    :
apabila suami tidak sanggup menanggung nafkah isteri dengan sempurna / isteri tidak memelihara kehormatan diri
·         Makruh  :
jika suami menceraikan isteri yang baik
·         Harus    :
apabila tiada persefahaman antara suami dan isteri
·         Haram
jika menjatuhkan talak yang sedang haid / menjatuhkan talak ketika isteri suci dan telah disetubuhi pada waktu itu
 
3.       JENIS-JENIS TALAK
·         Talak raj’i          : talak 1 / 2, boleh rujuk jika belum habis idah)
·         Talak bain          : (talak 3 / isteri tebus talak, tidak boleh rujuk)
·         Talak sunni       : talak terhadap isteri ketika sedang suci yang pernah disetubuhi
·         Talak bid’i         : talak terhadap isteri ketika haid yang pernah disetubuhi / selepas disetubuhi
 
4.       RUKUN TALAK
·         Suami
·         Isteri
·         Lafaz;
§       Jenis-jenis lafaz;                  
-          lafaz terang (yang tidak menimbulkan keraguan)
-          lafaz sindiran (tidak jelas dan diragui samada ia bermaksud cerai / tidak)
 
5.       BILANGAN TALAK : 3 kali
 
6.       TALAK TAKLIK :
·         Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat
·         Terbahagi kepada 2 :
§       Taklik biasa
-        Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata "jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan satu"
-        Talak berlaku jika isteri keluar dari rumah pada waktu itu
§       Taklik secara khuluk
-        Seperti yang terdapat dalam surat nikah.
-        Akibat talak taklik secara khuluk , suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.
 
7.       MENGAPA TALAK DITANGAN LELAKI;
·         lelaki mempunyai hak mengendalikan urusan rumah tangga
·         lelaki pemimpin keluarga
·         lelaki lebih cermat dan tabah menghadapi kesulitan
 
8.       HIKMAH TALAK
·         memberi peluang kepada suami isteri menginsafi kesalahan
·         memberi peluang mencari penghidupan baru
·         sebagai jalan penyelesaian kepada pasangan yang bertengkar
 
9.       AKIBAT TALAK
·         anak-anak menjadi mengsa dan menghadapi tekanan
·         anak-anak tiada pengawasan


RUJUK
 
1.       MAKSUD
·         Bahasa  : kembali
·         Istilah    : suami mengambil kembali bekas isterinya yang telah diceraikan dalam masa idah
  raj’i.
 
2.       HUKUM;      
·         Wajib    :
bagi suami yang menceraikan salah satu daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian gilirannya.
·         Haram   :
jika rujuk mendatangkan kemudaratan kepada isteri
·         Makruh  :
                  jika perceraian lebih baik dari rujuk
·         Harus    :
                  jika rujuk membawa kebahagiaan kepada isteri dan keluarganya
 
3.       RUKUN RUJUK;        
·         Suami
·         Isteri
·         Lafaz rujuk
 
4.       SYARAT RUJUK;
                                 i.      Suami
§         Islam
§         Baligh
§         Berakal
§         Dengan kemahuan sendiri
                               ii.      Isteri
§         Islam
§         Telah disetubuhi suami
§         Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk
§         Bukan dijatuhkan talak tiga
§         Masih dalam tempoh idah
                              iii.      Lafaz / sighah
§         Menggunakan lafaz rujuk seperti " aku rujuk engkau "
§         Tidak bertaklik
§         Tidak ditentukan had masa
 
5.       HIKMAH RUJUK;
                                 i.      Supaya pasangan dapat membina hidup baru dengan mengakui kesilapan masing-masing
                               ii.      Menyambung ikatan kekeluargaan
                              iii.      Menyelamatkan anak dari terjerumus ke lembah yang tidak baik
                              iv.      Mengembalikan ketenteraman jiwa pada suami isteri


IDAH
 
1.       MAKSUD      :
·         Bahasa  : tempoh pengiraan
·         Istilah    : tempoh masa larangan berkahwinan yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami
 
2.       JENIS DAN TEMPOH IDAH :
                                 i.      Idah disebabkan perceraian
a.       Sedang hamil
§       Hingga melahirkan anak
b.       Tidak hamil
§       Tiga kali suci
c.       Putus haidh
§       Tiga bulan
d.       Belum disetubuhi
§       Tiada edah
 
                               ii.      Idah disebabkan kematian suami
a.       Hamil
§       Hingga melahirkan anak
b.       Tidak hamil
§       4 bulan 10 hari
c.       Putus haidh
§       4 bulan 10 hari
d.       Belum disetubuhi
§       4 bulan 10 hari
 
3.       SEBAB PERBEZAAN TEMPOH EDAH :
·         Bagi perempuan bercerai hidup
§       Dapat membersihkan rahim daripada benih hasil hubungan dengan bekas suami
§       Cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungan bagi yang sedang hamil
·         Bagi perempuan bercerai mati
§       Sebagai tanda perkabungan dan kesedihan
·         Bagi perempuan yang belum disetubuhi
§       Tiada idah kerana rahimnya suci daripada benih suami
 
4.       HIKMAH IDAH :
·         Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwinan dengan lelaki lain
·         Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya
·         Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat
·         Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia dan menjaga perasaan keluarganya terutama isterinya
 
5.       HAK DAN STATUS ISTERI SEMASA DAN SELEPAS IDAH :
·         Hak semasa idah
§       Bagi yang diceraikan dengan talak satu / dua
-        Masih dibawah tanggungjawab suami
-        Berhak mendapat hak sebagaimana sebelumnya ( nafkah, tempat tinggal, pakaian dll )
-        Isteri tidak boleh keluar rumah tanpa keizinannya
§       Bagi isteri yang dalam tempoh idah talak bain
-        Isteri tidak boleh dirujuk
-        Tidak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal
-        Tidak mendapat hak perwarisan harta
§       Bagi isteri yang kematian suami
-        Berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya
·         Hak selepas idah
§       Tidak mempunyai hubungan lagi dengan bekas suami
§       Bebas menetukan kahidupan sendiri
§       Pasangan bercerai tamat idah berhak berkahwin semula
§       Boleh dipinang oleh lelaki yang ingin memperisterikannya
 
6.       PERKARA YANG DILARANG SEMASA IDAH
Dipinang
§       Bagi perceraian hidup
-        Diharamkan sama ada pemingan secara terang / sindiran
§       Bagi perceraian mati
-        Diharamkan sama ada pemingan secara terang, tetapi harus secara sindiran
Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami
§       Bagi perceraian hidup
-        Diharamkan keluar rumah tanpa izin suami kecuali untuk keperluan syarak
§       Bagi perceraian mati
Diharamkan keluar rumah kecuali untuk keperluan syarak
Menghias diri
§       Bagi perceraian hidup
-        Jika dalam idah raji'e diharuskan berhias. Jika dalam idah bain disunatkan tidak berhias
§       Bagi perceraian mati
-        Diharamkan berhias
Berkahwin
§       Bagi perceraian hidup
-        Diharamkan berkahwin dengan lelaki bukan suami
§       Bagi perceraian mati
-        Diharamkan berkahwin


FASAKH
 
1.       MAKSUD      : membatalkan nikah dengan kuasa kadi disebabkan tidak memenuhi syarat syarat pada masa akad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri atau suami menuntut cerai
 
2.       HUKUM        : harus , bila ada sebab
 
3.       SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH :
·         suami tidak memberi nafkah / tempat tinggal / mas kahwin
·         tidak tahu kedudukan suami
-        suami hilang selama 6 bulan
-        keadaan ini dibolehkan fasakh kerana ia sama dengan keadaan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
·         suami berpenyakit yang tidak boleh diubati
·         salah seorang cacat
·         salah seorang dari isteri / suami murtad
·         berlaku persetubuhan syubhat ( salah sangka )
·         suami zalim
·         tidak bernafsu dengan lelaki
·         kecacatan syarie
 
4.       HIKMAH       :          
·         mengelakkan kaum wanita teraniaya
·         menunjukkan keadilan Allah terhadap hak perceraian
·         memberi peluang untuk isteri memilih jalan hidupnya 


KHULUK
 
1.       MAKSUD      : perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat bayaran kepada suami ( TEBUS TALAK )
 
2.       HUKUM        : harus
-        jika isteri berasa tidak sesuai dengan suaminya
-        bimbang berlaku derhaka terhadap suami jika meneruskan ikatan perkahwinan
 
3.       AKIBAT        : tidak boleh rujuk semula melainkan dengan akad nikah yang baru
 
4.       BAYARAN TIDAK DI TETAPKAN:
·         dengan cara suami minta harga
·         persetujuan suami isteri
 
5.       BAYARAN BOLEH DENGAN
·         nilai mata wang / barang-barang halal, suci, berharga, bermanfaat
 
6.       CATATAN
·         khuluk tidak boleh dipaksa oleh orang lain
·         khuluk tidak mengurangi bilangan talak
·         khuluk boleh dilakukan pada masa haid
 
7.       TUJUAN / HIKMAH DIHARUSKAN :     
·         mengelakkan isteri menderhaka
·         beri penghormatan kepada wanita bertindak mengikut syarak
·         menginsafkan suami / mengelakkan ego suami yang suka menyalah gunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati.
 
8.       RUKUN
1.       suami
2.       isteri          
3.       bayaran yang dipersetujui
4.       ucapan       


NUSYUZ
 
1.       MAKSUD      :
·         Dari segi bahasa      : ingkar
·         Dari sudut istilah      : suatu tindakan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alas an munasabah mengikut hukum agama
 
 
2.       CONTOH      :
1.       keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada urusan mustahak
2.       tidak mahu layan suami tanpa ada keuzuran
3.       musafir tanpa izin suami
4.       membantah perintah suami yang tidak bertentangan dengan ajaran islam
5.       berpaling dari suami ( masam muka )
 
3.       CARA ATASI            :
·         menjalankan tanggungjawab masing-masing
·         berunding
·         peka kepada keperluan masing-masing
 
4.       KEADAAN TIDAK NUSYUZ;
·         tidak sediakan makanan
·         berkata kesat / kurang sopan
 
5.       GARIS PANDUAN SELESAIKAN MASALAH ISTERI NUSYUZ;
·         nasihat
·         pulau tempat tidur
·         beritahu keluarga isteri
·         pukul dengan tidak mencederakan
·         khidmat nasihat kaunseling islam


ZIHAR
 
1.       MAKSUD      :
·         Bahasa        : belakang
·         Istilah          : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan muhram baginya
 
2.       HUKUM        :
·         Haram dan berdosa besar
 
3.       RUKUN DAN SYARAT
·         Suami
§         Baligh
§         Berakal
§         Sah talak
§         Dengan kemahuan sendiri
·         Isteri
§         Isteri yang sah
§         Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya
·         Orang yang diserupakan dalam zihar
§         Perempuan
§         Perempuan yang muhram dengan sebab nasab, penyusuan / persemendaan
·         Sighah
§         Jelas dan khusus
§         Jika tidak jelas ia perlu kepada niat atau maksud ungkapan suami
 
4.       CARA MENGHINDARI BERLAKUNYA ZIHAR
·         Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah dan berselisih faham
·         Memahami konsep zihar sebenar
·         Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri
 
5.       KIFARAT ZIHAR
·         Memerdekakan seorang hamba
·         Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut
·         Memberi makan kepada 60 orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap seorang
 
6.       AKIBAT ZIHAR
·         Suami mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar kerana mengharamakan perkaran yang dihalalkan oleh islam
·         Suami isteri diharamkan melakukan persetubuhan
·         Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri
·         Suami wajib membayar kifarah


LI'AN
 
MAKSUD
*       Bahasa        : laknat
*       Istilah          :
-        sumpah suami yang disandarkan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tiduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab
-        sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya
 
SEBAB BERLAKU LI'AN
*       Suami menuduh isteri berzina tanpa membawa 4 orang saksi untuk membenarkan tuduhannya
-          Suami boleh disebat 80 kali sebatan jika gagal membawa saksi
-          Untuk mengelakkan perkara tersebut suami hendaklah bersumpah li'an untuk membenarkan tuduhannya
-          Isteri juga dikehendaki bersumpah li'an bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku bersalah
 
PROSES BERLAKU LI'AN
*       Suami menuduh isteri berzina atau menafikan keturunan anaknya tanpa saksi yang cukup
*       Isteri menolak tuduhan suami dan menuntut dilaksanakan hukuman qazaf terhadap suaminya
*       Hakim memerintahkan dilaksanakan proses lian
v      Suami bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali dengan tuduhan zina / menafikan keturunan anaknya
§         Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta
v      Isteri bersumpah dihadapan hakim sebanyak 4 kali menafikan tuduhan suaminya
§         Sumpah kali yang ke-5 supaya dirinya dilaknat Allah jika berdusta
 
KESAN LI'AN TERHADAP SUAMI ISTERI
*       Suami isteri terpisah selepas sumpah li'an
*       Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya
*       Suami yang membuat tuduhan dilepaskan dari tuduhan qazaf
*       Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah li'an
*       Anak yang dinafikan dalam sumpah lian, ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
*       Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya
 
HIKMAH DISYARIATKAN LI'AN
*       Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah
*       Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah li'an dihadapan orang ramai
*       Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina

No comments:

Post a Comment