Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, December 14, 2010

Polis Yahudi tangkap kanak-kanak PALESTIN pada waktu malam

BAITULMAQDIS 13 Dis. - 

Polis Israel di Baitulmaqdis menjalankan kempen untuk menangkap kanak-kanak Palestin pada waktu malam dan menyoal siasat mereka tanpa kehadiran ibu bapa mereka, semata-mata kerana disyaki membaling batu ke arah polis dan pendatang haram Yahudi.

Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'Tselem hari ini berkata, polis melanggar undang-undang dalam tindakan mereka terhadap golongan bawah umur di kawasan kediaman Silwan, Baitulmaqdis timur, di mana hubungan antara pendatang haram Yahudi dengan penduduk Palestin sangat tegang.

Konfrontasi di kawasan itu sering kali melibatkan anak-anak muda Palestin membaling batu ke arah pendatang Yahudi.

B'Tselem berkata, sekurang-kurangnya 81 kanak-kanak ditangkap antara November 2009 hingga Oktober 2010, kebanyakannya dituduh membaling batu.

Laporan itu menuduh polis menahan kanak-kanak dari tempat tidur mereka dan bergegas menjalankan soal siasat dalam kebanyakan kes untuk memperolehi maklumat berhubung insiden yang berlaku beberapa hari awal.

Penyiasat polis juga melanggar undang-undang dengan menghalang ibu bapa daripada menemani anak-anak mereka yang disoal siasat.

Menurut B'Tselem, mereka mendapati sekurang-kurangnya empat kanak-kanak berusia di bawah umur 12 tahun ditahan, umur yang ditetapkan untuk berhadapan tuduhan jenayah.

Dalam satu kes, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditahan di tengah malam 'hanya kerana namanya sama dengan seorang kanak-kanak lain yang menjadi suspek membaling batu.

B'Tselem menggesa polis menamatkan kempen penangkapan dan soal siasat itu dengan segera dan mengutamakan pemulihan untuk mengelak kecederaan kanak-kanak. - AFP

Sumber Satu umat

No comments:

Post a Comment