Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, December 14, 2010

ISLAM BERKEMBANG DI AMERIKA SYARIKAT

Tuesday, December 14, 2010

Cara Dakwah yang Berjaya di AS

Kalau di luar negara, pelbagai kaedah digunakan untuk menerangkan Islam kepada masyarakat bukan Islam agar mengenal Islam yang sebenar... di MALAYSIA, pelbagai kaedah digunakan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam..... MasyaAllah....


"PhotobucketGain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Photobucket
Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.
“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.
Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.
“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingg akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.
Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.
Isu hangat

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.
“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.
GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.
Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.
Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.
Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.
Photobucket
Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.
Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.
Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

No comments:

Post a Comment