Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, January 6, 2011

Minta solat hajat, lawan tetap lawan- Dr Halimah


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat  serta
doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang
diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh emosi
memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua
perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar)  juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan
negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang
baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana
negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan
Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah
yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.
Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya
sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna
mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan
tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian
bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu
penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti
dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor
dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya,  telah menghantar surat kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan
Negeri Selangor  di dalam isu pelantikan SUK. 

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan
semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan
dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor
beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan
memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan
berkepentingan dalam soal ini. 

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan
pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran
Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh
terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk  mengembalikan
kuasa Sultan dan Menteri Besar  khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif
iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. 

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami
menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah
yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang
terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

No comments:

Post a Comment