Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, March 26, 2011

AS, sekutu langgar undang-undang antarabangsa: CHINA


BEIJING:
Akhbar rasmi China, semalam meningkatkan bantahan terhadap serangan udara Barat ke atas Libya dengan menuduh negara yang menyokong serangan itu melanggar undang-undang antarabangsa serta bertindak untuk mewujudkan kekacauan baru di TImur Tengah.

Kecaman paling serius mengenai serangan terhadap tentera Muammar Gaddafi itu disiarkan dalam akhbar People’s Daily, akhbar rasmi Parti Komunis yang memerintah China, sekali gus membayangkan bagaimana konflik itu menjadi pertelingkahan baru antara Beijing dengan Washington.

Akhbar itu menuduh Amerika Syarikat dan sekutunya mencabuli undang-undang antarabangsa. Ia menyamakan serangan itu dengan pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat terhadap Iraq pada 2003 dan berpendapat ia sebahagian daripada taktik Barat dalam mencampuri hal ehwal negara lain.

“Apa yang dilalui Iraq selama lapan tahun dan penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata rakyatnya sepatut menjadi pengajaran. Serangan terhadap Libya menyusuli perang di Afghanistan dan Iraq, kali ketiga beberapa negara melancarkan tindakan ketenteraan terhadap negara yang merdeka dan berdaulat,” kata akhbar itu.

“Setiap minit tindakan ketenteraan dilakukan untuk menangani krisis adalah tamparan kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan peraturan dalam hubungan antarabangsa,”tambah kenyataan itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment