Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, May 9, 2011

Tiada paderi mahu Kristian agama rasmi


Mohs Sabri Said   
GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.

Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.

"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya.
Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.

"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.

"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini.
Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.

"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat.  Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri.  Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.

Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.

"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini.  Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.

Umno dalangi

Sementara itu, spekulasi  'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).

Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.

"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.

"(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama
dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat," ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut.

"Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu.

"Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), 'Swing vote' (peralihan undi) pasti akan berlaku," ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini.

Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi  'sokongan senyap' pada Pakatan Rakyat negeri kelak.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak.
 


No comments:

Post a Comment