Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, February 15, 2010

PENTINGNYA SEJARAH..

Bukanlah insan bukan juga alim ..
orang yang dirinya jahil sejarah
Sesiapa yang arif sejarah orang - orang terdahulu ..
sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya

SURAT CINTA DARI SEORANG PEJUANG KEPADA SEORANG PEJUANG .

surat cinta alqaradawi untuk ASSYAHID HASAN ALBANNA




untukmu wahai imamku..
wahai guru yang mulia..
wahai pembawa cahaya di zaman kegelapan..
wahai pembimbing dunia ke jalan Muhammad..
wahai hembusan dari generasi Darul Arqam..


aku hadiahkan untukmu diriku dalam qasidah yang ku rangkapkan..
yang memberi petunjuk dan merejam.. seperti bintang-bintang..


mereka menyangkakan engkau mati, sedangkan engkau hidup kekal..
tidak mati kecuali si penzalim dan penjenayah..
mereka menyangka engkau tiada, sedangkan engkau berada disisi kami..
menyaksikan kami suluh dengan MANHAJmu setiap laluan yang gelap


kau tegakkan untuk Islam satu menara yang tidaklah batu batanya selain PEMUDA muslim,
engkau tuliskan untuk dunia satu deklarasi KEBANGKITAN..
dan engkau enggan menandatanganinya kecuali dengan DARAH


tidurlah disisi Tuhanmu yang memberi petunjuk..
sesungguhnya apa yang engkau yang bina wahai banna(pembina) tidak runtuh..


KECINTAAN padamu akan terus terukir dihati..
engkau dipuji diakal fikiran dan namamu meniti dibibir..

Monday, February 8, 2010

CUKUPKAH DENGAN KELUHAN & PERBINCANGAN SAHAJA?

Bayi lelaki 5 Bulan mati Dipercayai Didera, Diliwat

 


1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Wallahualam.

BERITA DARI BERNAMA:

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.
Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.  ~~ Bernama

Saturday, February 6, 2010

DOA RABITHAH



~IZZATUL ISLAM

Ramlang Porigi anggap kes liwat konspirasi aibkan Anwar

5 Februari 2010

TEMERLOH :
Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat ekoran pendedahan di sebalik sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan tahun lalu, tetap menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Ramlang Porigi yang kini bekerja sendiri mendakwa, anggapan beliau adalah berdasarkan sumpah laknat Saiful di masjid Wilayah yang mana beliau jadi saksinya, terdapat banyak keraguan dan telah dijadikan bahan kempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tahun lalu.

Berucap dalam majlis Solat Hajat dan Taklimat sempena perbicaraan kes liwat Anwar, di Balai Islam Darul Islah Paya Kechik, dekat sini 1 Februari lalu, beliau sendiri telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya tampil menjadi saksi yang mengaitkan tuduhan liwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menceritakan secara terperinci kronologi sumpah bekas pembantu peribadi Anwar itu, beliau pada asalnya tidak tahu menahu perancangannya kerana pada hari Isnin minggu berkenaan beliau bercuti.

Selasa hingga Khamis berkursus jurunikah di Instititut Latihan Islam Bangi dan majlis sumpah tersebut diadakan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRK Permatang Pauh.

“Pada hari itu saya menerima arahan dari pegawai saya untuk menjadi saksi satu majlis sumpah yang mengatakan dia menerima arahan dari Pengarah Jawi. Sebelum itu saya bertugas menikahkan satu pasangan, setelah selesai saya lihat sudah ramai wartawan dah sampai termasuk krew televisyen”.

“Memeranjatkan saya, Saiful dikawal oleh pegawai polis dari balai Sentul dan Pengarah Jawi pun ada pada masa itu. Bila bos pun ada sekali saya terima saja arahan itu tanpa saya memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku”.

“Pada majlis itu sendiri saya sudah nampak berlaku kejanggalan dan keganjilan. Mulanya Saiful mengaku diliwat oleh Anwar pada 26 haribulan kemudian tukar tarikh, lepas itu sebutan sumpah salah hingga saya perbetulkan,” katanya.
Menurut Ramlang, mengikut hukum Islam sepatutnya Anwar sebagai orang yang dituduh yang kena bersumpah, kenapa pula Saiful. Jadi ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim, tetapi perancangan Allah lebih baik di mana.

“Jadi, letak imam itu untuk saksikan sumpah itu sahaja… itu hanya sekadar nak masuk televisyen dan siarkan tunjuk pada orang kampung. Saya tak sangka apabila hanya menerima arahan tapi akhirnya menjadi bahan fitnah termasuk dituduh menerima duit’.

“Sumpah itu menjadi bahan kempen di Permatang Pauh dan saya diberitahu dah ramai orang percaya kerana bersumpah dalam masjid, pegang Al-Quran pula itu”.

“Kadang-kadang memang kita hairan bagaimana konspirasi sebegini boleh dikaitkan dengan masjid, tapi cuba fikir…apa benda yang manusia tak berani lakukan kerana duit”.

Menurut Ramlang, beliau terpaksa membuat penjelasan kerana tidak sanggup lagi dirinya difitnah dan disumpah seranah oleh masyarakat.

“Cukuplah penyiksaan yang saya rasa bila dihighlightkan dalam TV3 saya jadi bahan kempen Umno, saya mengambil keputusan mendedahkan perkara sebenar melalui pentas ceramah setelah peribadi saya dikorek, iaitu dua hari sebelum PRK Permatang Pauh”.

Walau bagaimanapun, Ramlang berkata beliau terpaksa korbankan jawatannya.

“Selepas saya naik pentas dedahkan perkara sebenar, saya ditukar ke Jakim, selepas empat bulan saya terima notis pemberhentian kerja tanpa sebarang pampasan. Kita minta Allah gagalkan rancangan jahat dan konspirasi terhadap Anwar Ibrahim ini”.

~dupahang

Perginya seorang Serikandi Muslimat

Satu kehilangan besar buat Kelantan dan Malaysia

Satu Kehilangan Besar 
AL-FATIHAH. Hjh Kalsom Osman atau lebih dikenali sebagai (Mak Som), mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan merangkap mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga mantan Ahli Dewan Negara bagi Negeri Kelantan telah kembali ke rahmatullah pada jam 1 lebih pagi  hari Rabu 3 Februari 2010. Allahyarham adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bagi Sessi 2003-2005.

Allahyarhamah seorang yang gigih berdakwah dan berjuang untuk kepentingan Islam khususnya di bumi Malaysia ini. Kepetahan dan kelantangan Allayarhamah berucap dan berpidato sememangnya menaikkan semangat dan memberi kekuatan kepada para pendengarnya dan juga cukup digeruni pihak musuh.
Semoga Allah menerima segala amal kebajikannya dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh hendaknya.

Wakil Kedutaan mengunjungi PAS PERAK

Wakil Kedutaan Amerika Syarikat En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik, Bahagian Politik, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah memberikan kunjungan hormat kepada pimpinan Pas Perak di Pejabat Perhubungan Pas di Ipoh.

Wakil Kedutaan Amerika kagum dengan PAS

Jeremy Nathan bersalaman dengan Pesuruhjaya
Pas Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain

Jeremy Nathan menyatakan kekagumannya
kepada kepimpinan Dato Seri Nizar

Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik US Embassy di Kuala Lumpur dan En. Ravi Manickam pagi tadi telah disambut mesra oleh Al fadhil Ust. Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato' Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Menandatangani buku pelawat Pejabat Pas Perak

Bergambar bersama

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr . Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana. Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain. Melalui kunjungan-kunjungan ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.

Suasana menjadi rancak dalam sessi dialog dan soal jawab, pimpinan PAS dan En. Jeremy masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu peka terhadap perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isu sebenar dari sumber yang sah. Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.



~~ajijoi