Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, February 8, 2010

CUKUPKAH DENGAN KELUHAN & PERBINCANGAN SAHAJA?

Bayi lelaki 5 Bulan mati Dipercayai Didera, Diliwat

 


1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Wallahualam.

BERITA DARI BERNAMA:

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.
Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.  ~~ Bernama

No comments:

Post a Comment