Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Tuesday, January 26, 2010

ENJIN JET F5E DICURI...PUNYA HAL...

Datuk Azmi Khalid menyatakan pihak atasan tiada kaitan dengan kecurian enjin jet F5E TUDM pada Disember 2007 dan Januari 2008.Senangnya jadi orang atasan... tapi setahu sayalah mana-mana jabatan pun jika berlaku kes-kes besar pihak atasan tidak dapat tidur lena kerana biasanya mereka inilah yang sepatutnya memikul tanggungjawab.

Sebagai rakyat Malaysia, bagi saya hal ini sangat membimbangkan kerana enjin jet pejuang yang besar dan dikawal oleh tentera pun boleh dicuri, dahlah tu bukan sahaja enjin jet yang hilang dengan rekod-rekod servis dan 'maintenance' nya pun turut hilang. Sama jugalah dengan kes penggunaan C4 bahan letupan terkawal dalam suatu kes pembunuhan yang cukup terkenal di Malaysia dan seluruh dunia suatu ketika dahulu.

KE MANAKAH HALA TUJU MALAYSIA...NEGARA YANG MEMBEBASKAN MEREKA YANG MELAKUKAN JENAYAH DAN KESALAHAN??? ATAU HANYA JIKA RAKYAT ATAU ORANG KECIL YANG MELAKUKANNYA....MEREKA AKAN DIHUKUM NAMUN JIKA ORANG ATASAN CUAI DAN BERSALAH..???????

1 comment:

  1. sebenarnya enjin F5E adalah besi buruk yang tersadai...yang penjualan dan pelupusannya masih dikawal oleh Amarika kerana negara musuh Amarika seperti Iran dan Venezuela masih menggunakannya dan mereka mencari alat ganti untuk pesawat mereka...pesawat tu lebih lama daripada pesawat Skyhawk...aku kecik-kecik lagi tahun awal 80an dah ada...selepas dilucutkan tauliah ...diganti pula dengan pesawat Skyhawk...pesawat Skyhawk pun dah lama dilucutkan tauliahnnya(boleh tengok kat Muzium Tentera kat Port Dickson)...diganti pula dengan pesawat MIG 29 tak silap saya...pesawat MiG dilucutkan tauliahnya dan diganti pula dengan Sukoi MKN...dan pesawat F18....pesawat F5E lebih antik daripada kereta Proton Saga keluaran pertama...F5E memasuki perkhidmatan TUDM tahun 1978...kalau PAS memainkan isu ini ...PAS akan nampak bodoh....dan cetek ilmu...lain kali kalau akak nak komen tanyalah dulu orang TUDM yang kenal pesawat...jangan tanya tukang masak TUDM...

    ReplyDelete