Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, January 3, 2010

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia

AKHIRNYA DIA PERGI JUA…

Oleh Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz

Manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah jua yang sebaik-baik perancang.
Tanpa mahu mengulas apa-apa, saya merakamkan takziah kepada keluarga balu Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul meninggal dunia hari ini akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.

Beliau yang terkenal sejak tahun 1998 dengan perkataan ‘irrelevant’ dengan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sejak keputusan penghakimannya yang menghukum Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh selama 6 tahun, selepas itu jarang-jarang nama beliau disebut.

Sedar-sedar hari ini terdengar berita kematiannya. Sekali lagi, takziah diucapkan kepada keluarga beliau.

No comments:

Post a Comment