2010
PALESTIN: Pemimpin Hamas 'buang' anak yang murtad
Laman web Hamas semalam menyiarkan sekeping surat yang ditulis oleh Sheikh Hassan Yousef yang dikatakan diseludup keluar dari penjara Israel di mana beliau dipenjarakan selama enam tahun.
Dalam surat itu, beliau berkata, keluarganya mengumumkan 'telah memutuskan hubungan kekeluargaan' dengan Mosab Yousef.
Sheikh Hassan berkata, beliau sangat kesal untuk mengambil tindakan tersebut namun tiada pilihan lain selepas anak lelakinya itu 'murtad... dan bekerjasama dengan musuh kami".
Beliau yang membantu mengasaskan kumpulan pejuang tersebut dua dekad lalu, telah dimalukan pada tahun lepas apabila anak sulungnya itu mengumumkan bahawa dirinya telah murtad dan memeluk agama Kristian.
Pemuda itu kemudiannya memberitahu akhbar Israel pada minggu lepas bahawa dia telah membantu perisikan Israel membongkar serangan pejuang Palestin dan memburu pemimpin-pemimpin Hamas termasuk bapanya. - AP
`~ Inilah contoh mulia yang ditunjukkan oleh seorang yang berjuang semata-mata kerana Allah,walaupun sedih dan pedih dengan tindakan anaknya namun kecintaan kepada Allah & Rasul diutamakan. Semoga Allah memberikan kekuatan & ganjaran kebaikan kepada Sheikh Hassan Yousef & isterinya.
Kalau kita di Malaysia ini memberikan alasan anak sebagai sebab untuk tidak berjuang...kalau dah kahwin mula-mula masalah suami/isteri, kemudian alah mengandung...selepas itu anak masih kecil, after that mengandung lagi, lepas tu sibuk kerja, anak demam, sehinggalah habis hayat alasan kita tetap tidak akan habis.
Apakah cukup sekadar kita memennhi masa kita dengan bekerja ,balik ke rumah sibuk pula hal rumahtangga & anak-anak...bila masa untuk Islam? Bagaimana dengan kewajipan menegakkan Daulah Islam, kewajipan melaksanakan amar maaruf nahi munkar, kewajipan mentarbiyyah masyarakat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment