Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, March 6, 2010

PANDUAN WANITA SOLEHAH 1



Tanda-tanda Perempuan yang Baik Maruah dan Akhlaqnya
1. Berakhlak dengan Allah SWT. Tekun dan bersungguh-sungguh beribadah, sabar menempuh kesusahan, bersyukur dan banyak mengingatiNya.
2. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
3. Berakhlak dengan ibubapa.
4. Baik pengaulannya dengan jiran dan masyarakat setempat.
5. Tumpuan hatinya. Membaiki akhlaq, mengurus rumahtangga, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

No comments:

Post a Comment