SEPATUTNYA YANG DITUDUH MEMBELA DIRI...TAPI YANG MENUDUH PULA DISURUH MEMPERTAHANKAN DIRI.
Perkara pelik berlaku di Parlimen 1Malaysia apabila Ketua Pembangkang (DS Anuar) diberi masa seminggu untunk menjelaskan dakwaan yang dikatakan palsu berkaitan asal usul 1Malaysia. Inikan Parlimen, Dewan yang membahaskan dasar-dasar & menggubal undang-undang berkaitan negara tercinta. maka sudah semestilah perkara besar yang berkaitan dengan kepentingan rakyat & negara mesti diberi perhatian dan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Jika betul dakwaan tersebut palsu, berikanlah hujah untuk mempertahankan kebenaran bahawa 1Malaysia tidak ada kaitan dengan 1Israel.
Umum sudah mengetahui pendedahan yang diberi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam perbahasannya di Parlimen hari ini iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sendiri mengaku bahawa APCO, syarikat Yahudi terlibat sebagai Perunding kepada aktiviti komunikasi di negara ini.
SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN KEBENARAN SEBAGAI KEBENARAN & KEBATILAN SEBAGAI KEBATILAN..
No comments:
Post a Comment