Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Monday, April 12, 2010

Mahmudah VS Mazmumah


CINTA DUNIA (Hubbud Dunya)


Al-Imam Hasan al-Basri r.h.m berkata:"tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?" ~ Mawa'izh al-Imam Hasan al-Basri

Antara sifat orang cinta dunia:-

  1. Tamak terhadap sesuatu.
  2. Tidak memberi peluang kepada orang lain.
  3. Suka salahkan orang apabila gagal.
  4. Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki.
  5. Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat.
  6. Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran.


CINTA AKHIRAT (Hubbul Akhirat)

Firman Allah yang bermaksud:" sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia kamiberikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." ( surah al-Syura 42:20)

Untung cinta akhirat:-

  1. siapa yang beramal untuk akhiratnya Allah akan mencukupkan dunianya.
  2. siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia yang lain.
  3. siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
  4. siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.

orang yang ingat akhirat:-

  1. tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat.
  2. tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga.
  3. tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka.
  4. tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala.
  5. tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitan dengan akhirat.

No comments:

Post a Comment