Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, April 1, 2010

UMNO Perak Jangan Campur Urusan Sultan

Johari Jaafar   
IPOH, 1 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menasihatkan Umno supaya tidak mencampuri dan mempertikaikan darjah kebesaran yang telah Seri Paduka Sultan Perak kurniakan.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini kerana ianya akan mengesahkan persepsi rakyat selama ini bahawa Umno telah menggunakan istana untuk kepentingan mereka.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Datuk Sha’arani Mohamad mengulangi desakan di luar Dun agar darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham ditarik semula.

Katanya, Pemuda negeri jugaa menunggu tindakan daripada Umno negeri dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas perkara itu. 

“Pemuda PAS Perak sangsi dengan tindakan terdesak Umno yang akan cuba dengan segala keadaan untuk menyekat pengaruh Datuk Seri Nizar yang terus berkembang di Negeri Perak ini dan masih diserang dalam pelbagai keadaan,” ujarnya.

Katanya, pelbagai usaha akan dilemparkan bagi memburukkan imej Nizar dan yang paling membimbangkan sekali ialah Umno akan memperalatkan semua jentera kerajaan bagi menjayakan usaha jahat mereka itu. 
Justeru, beliau mengharapkan agar rakyat sedar akan kejahatan Umno yang akan memastikan terus berkuasa dengan apa cara sekali pun.

No comments:

Post a Comment