Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, June 18, 2010

PEPSI- Pay Every Penny to Save Israel

Sebenarnya hal ini bukan berita baru dalam kalangan umat Islam sejak tercetusnya fatwa dan idea boikot terhadap produk-produk yang mendukung dan memberi bantuan ke negara Zionis Israel. MEMRI (Middle East Media Research Institute) baru-baru ini mengeluarkan sebuah transkrip berbahasa Inggeris yang mereka dapat dari sebuah ceramah seorang ulama Mesir pada bulan Februari lalu dan baru dikutip oleh media-media Israel baru-baru ini, pada ceramah itu menyebutkan bahwa PEPSI adalah kepanjangan dari "Pay Every Penny to Save Israel" (Bayar setiap sen untuk membantu Israel).

Ulama yang bernama Hazim Abu Ismail mengatakan dalam sebuah stesyenn TV Al Nas (sebuah saluran khusus untuk keagamaan) di Mesir, menyerukan untuk setiap Muslim memboikot minuman ringan Pepsi, kerana menurutnya setiapwang yang kita gunakan untuk membeli Pepsi sama saja dengan membantu Israel.
Minuman ringan Pepsi sendiri, termasuk dari daftar produk yang mendapat fatwa untuk diboikot oleh para ulama beberapa tahun yang lalu, di samping produk-produk lain.

Selain itu, sebelumnya pada tahun 2008 yang lalu - seorang anggota parlimen dari Hamas di Gaza pernah membuat kenyataan serupa berkaitan dengan Pepsi. Berbicara pada stesyen TV rasmi milik Hamas - Al-Aqsha TV, anggota parlimen Hamas - Salim Salamah mengatakan " Ada perusahaan yang didirikan oleh pihak kolonial dan penjajah - perusahaan yang besar dan mempunyai cabang di seluruh dunia seperti Pepsi, Pepsi Cola (minuman ringan). Ini adalah sebuah perusahaan yang terkenal. Pepsi merupakan sebuah akronim, P-E-P-S-I- Pay Every Pence to Save Israel. Membayar setiap sen untuk membantu Israel.."

Jadi, sebagai seorang Muslim, masihkah kita akan tetap membantu Zionis Israel dengan membeli produk-produk yang jelas-jelas akan mendukung negara penjajah Israel? (fq/israelnationalnews)

Sunday, June 13, 2010

PANGGILAN JIHAD TERUS BERKUMANDANG...

Sabtu-12 Jun 2010

Sebentar tadi di Kelantan, telah dilancarkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) oleh bekas Kapten Pasukan Bolasepak Malaysia, yang juga Jurulatih Pasukan Bolasepak Kedah, Saudara Radhi Mat Din. Marilah kita sama-sama mengisytiharkan bahawa kita membenci judi kerana ianya diharamkan oleh Allah swt.

Pendedahan oleh Saudara Jamaluddin Elias, salah seorang yang terlibat dalam insiden serangan Zionis terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza menampakkan betapa Zionis begitu membenci Islam & agama-agama lain yang menentang mereka. Rupa-rupanya di atas kapal Mavi Marmara tersebut terdapat perisik Zionis yang memberikan nama-nama untuk dibunuh kepada komando Zionis.

Kita mesti meningkatkan keazaman memboikot barangan Zionis & Amerika sebagai langkah yang paling kecil menandakan kita menentang keganasan Zionis ini yang sekian lama membunuh & menzalimi umat Islam di Palestin khususnya.

Jika difikirkan semula, kenapa hanya kapal Mavi Marmara sahaja yang diserang dengan begitu dahsyat berbanding kapal- kapal lain yang hanya ditahan sahaja.  Ramai di kalangan pejuang/ahli gerakan Islam berada di atas kapal ini.


Itulah kemanisan berada di dalam jamaah..Allah memberikan peluang untuk kita sama menyumbang dan berjihad menegakkan Kalimah Allah di muka bumi ini dengan berbagai cara.Mereka ini dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang berat sebagai meningkatkan keimanan dan darjat mereka, InsyaAllah.

Tetapi malangnya jika kita tidak berada di dalam jamaah, silap-silap Judi Bola pun tak tahu...boikot Zionis pun tak tahu...berseronok memenuhkan Mc Donald, berbelanja di Starbucks, masih leka minum Coca-cola, tidak berusaha menjauhi Nestle..dan lain-lain. Ramai yang tidak berada di dalam Jamaah Islam tidak tahu apa yang berlaku khususnya di arena politik tanah air, menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan, tidak dapat mengenali antara yang berkata benar dan teraniaya atau yang berpura-pura berkata-kata dengan perkataan yang manis & indah tetapi menipu dan jahat.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula di dalam ucapannya turut menyelar golongan yang kononnya menentang Israel, tetapi dalam masa yang sama ,menghalalkan judi.

ISLAM MENANG, ZIONIS KALAH.

MUDAH-MUDAHAN ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA KITA DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA ISLAM.

Saturday, June 12, 2010

SAAT-SAAT AKHIR SEBAGAI S/U DMPG

TERASA SEDIH DAN HIBA KERANA TIDAK BERAPA LAMA LAGI SAYA AKAN MENINGGALKAN BUMI IPOH UNTUK BERHIJRAH KE PULAU PINANG...APAKAN DAYA PERANCANGAN ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA.

NAMUN BEGITU KERJA-KERJA DAKWAH & JAMAAH INSYAALLAH TIDAK SAMA SEKALI AKAN DITINGGALKAN..

SEDIHNYA APABILA PARA SAHABIAH MENGANJURKAN MAJLIS PERPISAHAN...PILUNYA APABILA MENDAPAT PENGHARGAAN DARIPADA ANAK-ANAK MURID YANG BUKAN SAHAJA MEMBERIKAN PELBAGAI CENDERAHATI SEBAGAI TANDA PERPISAHAN BAHKAN KATA-KATA PENGHARGAAN YANG DINUKILKAN MELALUI KAD-KAD UCAPAN DAN SURAT BEGITU MENUSUK HATI & PERASAAN. TIDAK DISANGKA RUPANYA ANAK-ANAK MURID BEGITU MENGHARGAI & MENYANJUNGI DIRI INI..

MUDAH-MUDAHAN DMPG AKAN TERUS BERKEMBANG DAN AKAN BERPERANAN SEBAIKNYA SEBAGAI GERAKAN ISLAM DI GOPENG....

DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERIKAN KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT KEPADA ANAK-ANAK MURIDKU...

SAYA PASTI AKAN MERINDUI PARA SAHABIAH YANG DIKASIHI...SAYA PASTI AKAN MERINDUI ANAK-ANAK MURID YANG DISAYANGI...

AKHIR KATA..SIRU 'A LA BARAKATILLAH..

INSYAALLAH AKAN TERUS BERTEMU DI RUANG MAYA (INTERNET)..

Sunday, June 6, 2010

Menjaga perintah & larangan Allah


Ustaz Abdul Halim Naser Al-Hafiz - Islam di Julang from manchuping on Vimeo.

Jangan hanya berlakon menentang Israel Zionis...

Di saat seluruh dunia bangun menunjukkan kemarahan dan penentangan terhadap keganasan Isreal terhadap konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, kita dapat lihat bangunlah mereka-mereka yang selama ini bukan sahaja senyap bersubahat dengan kekejaman Zionis kini turut mengadakan berbagai sambutan dan demonstrasi menentang pihak Zionis.

Kekeliruan yang bermain di kepala ini ialah bukankah APCO itu ialah badan konsultant yang diupah oleh kerajaan BN Malaysia sebagai penasihat negara...(yang mendapat tentangan dari pihak PAS dan Pakatan Rakyat)...dan semua tahu siapa APCO?


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .


Adakah kita berangan-angan di hadapan Allah juga nanti kita boleh berlakon???? 


Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tiada kerjakan.
- As Saaf-