Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Sunday, June 6, 2010

Jangan hanya berlakon menentang Israel Zionis...

Di saat seluruh dunia bangun menunjukkan kemarahan dan penentangan terhadap keganasan Isreal terhadap konvoi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, kita dapat lihat bangunlah mereka-mereka yang selama ini bukan sahaja senyap bersubahat dengan kekejaman Zionis kini turut mengadakan berbagai sambutan dan demonstrasi menentang pihak Zionis.

Kekeliruan yang bermain di kepala ini ialah bukankah APCO itu ialah badan konsultant yang diupah oleh kerajaan BN Malaysia sebagai penasihat negara...(yang mendapat tentangan dari pihak PAS dan Pakatan Rakyat)...dan semua tahu siapa APCO?


Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .


Adakah kita berangan-angan di hadapan Allah juga nanti kita boleh berlakon???? 


Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tiada kerjakan.
- As Saaf-

No comments:

Post a Comment