Sabtu-12 Jun 2010
Sebentar tadi di Kelantan, telah dilancarkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) oleh bekas Kapten Pasukan Bolasepak Malaysia, yang juga Jurulatih Pasukan Bolasepak Kedah, Saudara Radhi Mat Din. Marilah kita sama-sama mengisytiharkan bahawa kita membenci judi kerana ianya diharamkan oleh Allah swt.
Pendedahan oleh Saudara Jamaluddin Elias, salah seorang yang terlibat dalam insiden serangan Zionis terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza menampakkan betapa Zionis begitu membenci Islam & agama-agama lain yang menentang mereka. Rupa-rupanya di atas kapal Mavi Marmara tersebut terdapat perisik Zionis yang memberikan nama-nama untuk dibunuh kepada komando Zionis.
Kita mesti meningkatkan keazaman memboikot barangan Zionis & Amerika sebagai langkah yang paling kecil menandakan kita menentang keganasan Zionis ini yang sekian lama membunuh & menzalimi umat Islam di Palestin khususnya.
Jika difikirkan semula, kenapa hanya kapal Mavi Marmara sahaja yang diserang dengan begitu dahsyat berbanding kapal- kapal lain yang hanya ditahan sahaja. Ramai di kalangan pejuang/ahli gerakan Islam berada di atas kapal ini.
Itulah kemanisan berada di dalam jamaah..Allah memberikan peluang untuk kita sama menyumbang dan berjihad menegakkan Kalimah Allah di muka bumi ini dengan berbagai cara.Mereka ini dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang berat sebagai meningkatkan keimanan dan darjat mereka, InsyaAllah.
Tetapi malangnya jika kita tidak berada di dalam jamaah, silap-silap Judi Bola pun tak tahu...boikot Zionis pun tak tahu...berseronok memenuhkan Mc Donald, berbelanja di Starbucks, masih leka minum Coca-cola, tidak berusaha menjauhi Nestle..dan lain-lain. Ramai yang tidak berada di dalam Jamaah Islam tidak tahu apa yang berlaku khususnya di arena politik tanah air, menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan, tidak dapat mengenali antara yang berkata benar dan teraniaya atau yang berpura-pura berkata-kata dengan perkataan yang manis & indah tetapi menipu dan jahat.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula di dalam ucapannya turut menyelar golongan yang kononnya menentang Israel, tetapi dalam masa yang sama ,menghalalkan judi.
ISLAM MENANG, ZIONIS KALAH.
MUDAH-MUDAHAN ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA KITA DAN MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA ISLAM.
No comments:
Post a Comment