Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, June 12, 2010

SAAT-SAAT AKHIR SEBAGAI S/U DMPG

TERASA SEDIH DAN HIBA KERANA TIDAK BERAPA LAMA LAGI SAYA AKAN MENINGGALKAN BUMI IPOH UNTUK BERHIJRAH KE PULAU PINANG...APAKAN DAYA PERANCANGAN ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA.

NAMUN BEGITU KERJA-KERJA DAKWAH & JAMAAH INSYAALLAH TIDAK SAMA SEKALI AKAN DITINGGALKAN..

SEDIHNYA APABILA PARA SAHABIAH MENGANJURKAN MAJLIS PERPISAHAN...PILUNYA APABILA MENDAPAT PENGHARGAAN DARIPADA ANAK-ANAK MURID YANG BUKAN SAHAJA MEMBERIKAN PELBAGAI CENDERAHATI SEBAGAI TANDA PERPISAHAN BAHKAN KATA-KATA PENGHARGAAN YANG DINUKILKAN MELALUI KAD-KAD UCAPAN DAN SURAT BEGITU MENUSUK HATI & PERASAAN. TIDAK DISANGKA RUPANYA ANAK-ANAK MURID BEGITU MENGHARGAI & MENYANJUNGI DIRI INI..

MUDAH-MUDAHAN DMPG AKAN TERUS BERKEMBANG DAN AKAN BERPERANAN SEBAIKNYA SEBAGAI GERAKAN ISLAM DI GOPENG....

DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMBERIKAN KEJAYAAN DI DUNIA & AKHIRAT KEPADA ANAK-ANAK MURIDKU...

SAYA PASTI AKAN MERINDUI PARA SAHABIAH YANG DIKASIHI...SAYA PASTI AKAN MERINDUI ANAK-ANAK MURID YANG DISAYANGI...

AKHIR KATA..SIRU 'A LA BARAKATILLAH..

INSYAALLAH AKAN TERUS BERTEMU DI RUANG MAYA (INTERNET)..

No comments:

Post a Comment