Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Thursday, August 26, 2010

BENDERA KEBENARAN (FLAG OF TRUTH)

Ana cukup meminati rancangan Flag Of Truth yang disiarkan setiap hari di TV OASIS jam 2.30-3.30 ptg.  Siaran ulangannya pula pada jam 11.00 - 12.00 malam. Jika tahun lepas ditayangkan Qamar Bani Hashim tentang Sirah Rasululllah saw, Flag of Truth pula tentang kepimpinan dan zaman sahabat besar Khalifah Islam yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a.
Dipertontonkan kehebatan keimanan dan ketaqwaan para sahabat di dalam memperjuangkan agama Allah..masyaAllah..betapa cintanya mereka kepada Rasulullah saw dan Islam dan jika dibandingkan dengan keimanan dan amalan kita masyaAllah jauh berbeza....

Para sahabat dan tabien berjuang dengan sepenuh jiwa raga untuk Islam menghadapi ngolongan riddah (murtad) dan menyebarkan Islam.  SubhanAllah..jika para sahabat dan tabien tidak menyebarkan Islam ke seluruh dunia, pastilah kita tidak menerima cahaya Islam..betapa besarnya pahala para sahabat dan generasi terdahulu kerana jihad dan keberanian mereka Islam sampai ke seluruh pelusok dunia . Empayar Rom dan  Parsi yang cukup digeruni dan kuat berjaya dikalahkan bukan kerana tentera Islam ramai dan kuat tetapi kerana kesungguhan Jihad mereka dan pertolongan Allah yang diturunkan kepada mereka. Bahkan pernah apabila panglima Khalid al Walid ingin membawa bersama ketompokan tenteranya para sahabat, meninggalkan ketompokan tentera di Syam, ketua Tentera di Syam merayu supaya Khalid al Walid tidak membawa bersama semua Sahabat radhiallahu anhum kerana mereka sangat mengharapkan kesolehan dan mustajabnya doa para Sahabat Rasulullah saw. Ini membuktikan kebergantungan sepenuhnya mereka kepada Allah.

 Demikianlah seorang Sahabat dan ulamak Tabien yang mulia merasai kemanisan dalam ibadah dan ketaatan kepada Allah di mana jiwa dan raganya diserahkan sepenuhnya kepada Allah swt.


Benarlah seperti sabda Rasulullah saw, Sesungguhnya nabi saw telah memuji para Tabien dengan sabdanya: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian orang-orang selepas mereka, kemudian orang-orang selepas mereka”
 
Dalam episod hari ini, disiarkan kisah kewafatan Khalifah Abu Bakr As Siddiq...Ya Allah sedihnya terasa seolah-olah seperti sedang berhadapan secara langsung peristiwa kewafatan sahabat besar dan mulia ini....Betapa terasanya kehilangan seorang yang cukup dikasihi oleh Rasulullah saw. yang dipilih oleh Rasulullah saw sebagai Khalifah yang pertama bagi menggantikan pemerintahan Rasulullah saw.. Semoga Allah merahmatimu Ya Abu Bakr As Siddiq..




1 comment:

  1. salam tuan kat mana saya nak dapatkan link flag of truth.. sy terlepas rancangan nih masa di oasis. mohon bantuan.
    wassalam

    ReplyDelete