Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Wednesday, September 30, 2009

BAGAIMANA KALAU INI TERJADI KEPADA ANAK-ANAK KITA?

September 30, 2009 

BAGAIMANA KALAU INI TERJADI KEPADA ANAK-ANAK KITA?  ADAKAH KITA MASIH BERSERONOK DAN BERGEMBIRA..HISAP ROKOK, MAKAN DI KFC, MC DONALDS, MENYOKONG DAN MEMBELI JENAMA ZIONIS & AMERIKA LAGI????

قصف مدرسة فى غزة

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )
PLEASE PASS THIS POST .. LET THE WORLD KNOW

Saturday, September 26, 2009

AWAS ANAK GADIS MELAYU!!

Wanita Terus Digula-gula Sindiket Dadah Antarabangsa.


Menurut BERNAMA....Mereka datang dari pelbagai negara dengan taktik dan kemahiran yang berbeza. Sangat licik hingga pergerakan mereka kadang kala sukar dikesan.

Menjalankan perniagaan dadah yang keuntungannya berlipat ganda, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan pas pelajar. Sesetengahnya datang ke negara ini menyamar sebagai ahli perniagaan atau sebagai pelancong bagi memudahkan pergerakan aktiviti haram itu.

Warga asing ini terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di bawah sindiket antarabangsa yang sentiasa berubah operasinya mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Dasar langit terbuka Malaysia, globalisasi dan teknologi terkini di dunia membantu memudahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa mengaktifkan rangkaian mereka.

Malaysia yang tidak terlepas daripada dilibatkan dalam aktiviti ini, menjadi transit atau rumah kepada penggunaan tempatan.

Hasil pemantauan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia mendapati ramai daripada mereka yang terlibat ialah rakyat negara Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan, Peru, India dan Iran yang memperdagang pelbagai jenis dadah.

WANITA DIGULA-GULA

Trend terkini ialah menggunakan wanita sebagai orang perantaraan.

Untuk memancing mereka, lelaki yang bertubuh sasa, bergaya, pandai bermain kata-kata dan berlagak kaya seperti tinggal di kondominium mewah, menjadi "gula-gula" menjinakkan mangsa.

Kebiasaannya wanita yang mudah cair dengan janji-janji manis dan kemewahan, menjadi sasaran sindiket ini untuk dijadikan kurier atau keldai dadah.

Bergerak dalam kumpulan kecil atau individu, warga Afrika Barat antara yang paling dominan dikesan menggunakan wanita untuk dijadikan teman wanita yang kemudian digunakan untuk menyeludup dan mengedar dadah.

Wanita yang dijadikan mangsa ini pada mulanya ditaburkan kemewahan dengan menyediakan tempat tinggal dan keperluan mahal lain termasuk dibawa melancong ke luar negara, habuan wang ringgit dan seks.


HALANG WANITA JADI MANGSA

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata pada tahun 2007 seramai 127 wanita Malaysia ditahan di luar negara kerana memiliki dadah untuk tujuan pengedaran oleh sindiket yang menjadikan mereka keldai dadah ini.


"Tahun ini sehingga Mei, hanya 8 orang dikesan dijadikan keldai setelah polis semakin mudah mengenal pasti mereka yang terlibat melalui tangkapan yang dibuat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

WARGA ASING YANG DITAHAN

Tahun lepas seramai 34 warga negara asing ditahan -- tujuh dari Nigeria, Peru (11), Afrika Selatan (3), India (10), China, Filipina dan Bolivia masing-masing seorang yang melibatkan rampasan heroin sebanyak 4kg kokain 2kg dan ketamin 18kg.

Dari Januari hingga Jun 2009 pula seramai 17 orang ditahan -- 2 dari Singapura, Nigeria (6), Iran (1), Pakistan (3), Thailand (2), Indonesia (3). yang membabitkan rampasan 786 gram syabu dan 14.64 kg heroin.

Terbaru dari Jun hingga Ogos tidak kurang 10 orang warga asing ditahan atas kesalahan menyeludup dan mengedar dadah, antaranya lima warga India dan Myanmar yang berumur antara 30 hingga 40 tahun kerana menyeludup dadah jenis ketamin pada 15 Ogos lepas dan penahanan seorang wanita warganegara Filipina yang dipercayai menjadi keldai dadah sindiket antarabangsa untuk membawa kokain dari Amerika Selatan pada 28 Ogos lepas.

Othman berkata pemantauan secara dekat polis ini menyebabkan sindiket dadah itu mengubah strategi dengan mensasarkan wanita dari negara jiran seperti Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Modus operandi mereka ini sama -- mengambil dadah dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Argentina dan Brazil untuk dibawa masuk ke dalam negara sebelum dibawa keluar menggunakan wanita-wanita berkenaan ke negara-negara jiran dan sekitar Asia.

Othman berkata kebiasaannya dadah yang dibawa dari negara sebelah Amerika Selatan ialah jenis kokain dan bukan untuk pasaran tempatan kerana pengguna dadah di negara ini tidak mengambil dadah jenis itu.

Akibat kepanasan aktivitinya dikesan, sindiket itu mengubah strategi dengan menggunakan wanita Filipina untuk membawa keluar dadah terutama jenis heroin ke Ghoungzo, China, menggunakan transit ke Thailand, kemudian Kemboja dan Vietnam.

PENGLIBATAN NEGARA LAIN

Selain warga Afrika, sindiket ini juga menggunakan lelaki dari negara seperti India, Pakistan dan Iran.

Othman berkata dadah jenis ketamin ialah dadah yang biasa diseludup masuk oleh warga negara India ke Malaysia, Pakistan lebih kepada heroin dan syabu.

Dadah syabu yang dibawa masuk warga Iran ke Malaysia, kata Othman, lebih untuk pasaran luar negara terutama Jepun.

Pendekatan yang digunakan hampir sama -- memikat dan menjadikan wanita sebagai keldai mereka bagi menghantar bekalan ke negara luar.

Pelbagai taktik digunakan untuk membawa masuk dadah sama ada melalui udara, jalan laut mahupun darat.

Daripada tangkapan yang dilakukan polis mengenal pasti beberapa kaedah popular -- 'Body Packed" atau melekatkan dadah pada badan dan menelan dadah.

Othman berkata keldai dadah ini pun sanggup menggadai nyawa mereka dengan menelan dadah yang cuba dikesan.

Menggunakan bagasi, merupakan kaedah lama yang digunakan penyeludup, iaitu menyediakan satu ruang khas bagi menempatkan dadah itu. Bagaimanapun banyak kejayaan pihak berkuasa mengesan penyeludupan dadah menggunakan kaedah ini.

Antara taktik lain ialah menggunakan sabun mandi yang ditebuk untuk dimasukkan dadah, bingkai gambar, komputer riba dan yang terbaru kaedah menggunakan baju yang direndamkan ke dalam cairan dadah.

-- BERNAMA



Dari filem Catch Me If You Can. - Gambar hiasan 
 Gambar sekadar hiasan.

See full size image

Seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, wanita 1 Malaysia menjadi sasaran sindiket antarabangsa untuk mengedarkan dadah di seluruh dunia. Dengan keadaan anak-anak orang Islam sekarang yang jauh dari ajaran dan tuntutan Islam, jahil tentang agama, taksub dan gilakan kemewahan dunia..sudah pasti mudah terperangkap dan terjerumus ke lembah maksiat dan dunia penyeludupan dadah ini walaupun kebanyakan yang tertangkap mendakwa mereka tidak tahu menahu dan tertipu. OLEH ITU AWAS  KEPADA ANAK-ANAK MUDA, AWAS KEPADA PARA IBU BAPA. (AWASI ANAK-ANAK ANDA!)..JANGAN SAMPAI TERJERAT DENGAN JERAT DUNIA YANG MEMBAWA KEHANCURAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT. BIARLAH HIDUP SEDERHANA DAN TIDAK MEWAH ASALKAN DI LANDASAN SYARIAT.

“Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang saleh.”
(al-Mu’minun: 51)

“Janganlah setengah kamu, memakan harta setengah yang lain dengan cara kebatilan.” (al-Baqarah: 188)

Ibnu Mas’ud r.a telah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. katanya:

“Mencari yang halal itu adalah wajib atas setiap Muslim.”

Setengah para ulama mentafsirkan Hadis berikut:
“Menuntut ilmu pengetahuan wajib atas setiap Muslim.”

Maksudnya menuntut ilmu yang boleh membedakan yang halal dan yang haram. Nyatakan maksud dari kedua Hadis tersebut itu sama.

Apabila disebutkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang orang yang amat memberatkan urusan keduniaan, baginda bersabda:

“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkannya.”
Bersabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api neraka lebih utama baginya.”

Dari Atsar atau cerita-cerita para sahabat di antaranya:

Diceritakan bahwa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. pada suatu hari telah minum susu dari usaha seorang hamba sahayanya, kemudian tergerak hatinya untuk bertanya kepada hamba sahaya itu. Dia berkata: Susu itu diberikan kepada saya, setelah saya meramalkan sesuatu pada sekelompok manusia. Maka Abu Bakar pun memasukkan jarinya ke dalam mulut dan menggorek anak tekaknya untuk memuntahkan susu tadi. Saya lihat Abu bakar kemudian muntah-muntah, sehingga saya sangka isi perutnya seperti kehendak terkeluar. Sesudah itu, Abu Bakar berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Aku memohon keampunan terhadap apa-apa yang telah mengalir dalam urat-urat apa-apa yang telah bercampur aduk di dalam tali perut.

Peristiwa serupa ini pernah juga berlaku kepada Umar Al Khattab apabila beliau tersalah minum dari susu unta sedekah. Beliau juga mencucuk anak-tekaknya dengan jari sehingga termuntah-muntah.

Friday, September 18, 2009

RAMADHAN YANG DIRINDUI AKAN MENINGGALKAN KITA..

Semarangindah.com - graphics and comment - friendster layoutSemarangindah.com - islamic


RAMADHAN KARIM MAKIN MENINGGALKAN KITA..TAHUN HADAPAN ADAKAH KITA AKAN BERJUMPA LAGI DENGAN RAMADHAN..HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI...

SEMPENA RAMADHAN NI...RAMAI YANG TELAH MENGADAKAN MAJLIS KHATAM SETELAH BERTADARUS ATAU 'BERGOTONG-ROYONG MENGHABISKAN AL QURAN' , NAMUN MUHASABAHLAH DIRI MASING-MASING..APAKAH ISI KANDUNGAN KITAB YANG KITA BACA TU KITA AMALKAN ATAU KITALAH PENENTANG KEPADA ISI AL QURAN (NAUZUBILILLAH).



SEMOGA KITA DIKURNIAKAN TAQWA HASIL DARI TAMRIN MADRASAH RAMADHAN YANG TELAH KITA LALUI...RAJIN-RAJINLAH MENUNTUT ILMU DAN ISTIQAMAH DALAM AMALAN KITA, INSYAALLAH.

Sunday, September 13, 2009

Perbuatan tidak bertamadun



Facebook palsu dicipta untuk burukkan nama DS Nizar




-kenyataan dari Dato Seri Nizar Jamaluddin-

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

NASIHAT RAMADHAN

Saturday, September 12, 2009

IKTIBAR KEHIDUPAN.....HIDUPNYA INSAN

Remember Allah

Batu-batu yang aneh


Ditulis oleh Ustaz Azhar Idrus   
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)


Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
· "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka.
 Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
· "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."
Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Kome tak dengar ke kata Mohd Shukri Shuib?

Seorang pensyarah dari UUM Mohd Shukri Shuib
( Lecturer, College of Law, Government and International Study, Universiti Utara Malaysia
Sintok, Kedah, Malaysia) dalam berita (TV1) menegaskan bahawa perjuangan UMNO adalah pejuangan Islam yang sebenar...katanya lagi ini kerana pemimpinnya orang Islam, ahlinya pun orang Islam maka  UMNO ialah pejuang Islam yang sebenar??

CONFUSE! CONFUSE!

Kepentingan Mendukung Perjuangan Islam Melalui PAS




1. Dasar dan Matlamat PAS

Dasar dan matlamat perjuangan PAS adalah untuk mendaulatkan Islam dalam bentuknya yang menyeluruh dan lengkap melengkapi. Ianya meliputi aqidah dan syariah, ad-din dan daulah, ibadah dan qiyyadah, akhlak dan jihad dalam usaha untuk menjelmakan individu, keluarga dan ummah muslim yang menepati piawaian Allah.

Apa yang hendak diperjuangkan Parti Islam ialah agar seluruh aspek kehidupan manusia seperti politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang, kekeluargaan, budaya, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya lagi diletakkan di dalam acuan Islam yang meliputi dasar-dasar aqidah, akhlak dan syariah yang diredhai Allah (7)

2. PAS Sebagai HizbulLah


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُون َ

{Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan ummat yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung

(ali-Imran 104)


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا يَخَافُونَ لَوْمَة َ لائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (54) إِنَّمَا وَلِيُّكُمْ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُون َ(55) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمْ الْغَالِبُونَ

{ Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka menyintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin dan bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela. Itulah karunia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya penolong (pemimpin) kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa yang berwalikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya hizbulLah (golongan Allah) itu lah yang pasti menang}.

(al-Maidah 54-56)

Ciri-ciri hizbulLah atau partai Allah yang tersebut dalam ayat di atas itu ialah :

i. Mencintai Allah dan dicintai oleh Allah
ii. Berlemah lembut sesama mukmin
iii. Bersikap tegas terhadap kuffar
iv. Berjihad pada jalan Allah
v. Tidak gentar kepada celaan dan gangguan manusia
vi. Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman dijadikan pemimpin

PAS wujud sebagai menyahut tuntutan Allah agar ada sebuah jamaah yang melakukan kerja-kerja al-khair dan menyediakan wasilah untuk menjelmakan ciri-ciri hizbullah di dalamnya serta melakukan jihad yang berterusan melalui penyusunan kerja yang tersusun.


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنيَانٌ مَرْصُوص ٌ

{ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang pada jalanNya dalam barisan yang tersusun seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kukuh }

(as Saff : 4)

3. PAS berjuang menegakkan negara Islam

Tentang wajibnya umat menegakkan negara yang dengannya tertegaknya sistem Islam yang menyeluruh dan lengkap telah dijelaskan melalui ayat-ayat dan pandangan-pandangan ulama’ di atas. Perjuangan untuk menegakkan negara Islam bukanlah kerja kecil yang boleh diselesaikan secara individu, malah ianya harus digerakkan secara berjamaah sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah saw bersama generasi sahabah dahulu.


Dunia Islam hari ini secara realitinya adalah kosong dari daulah dan khilafah Islamiyyah. Dr Shalah as Showi menyebutkan : Yang dimaksudkan dengan kekosongan dari imam atau khilafah adalah ketiadaan pemerintahan syari’yyah yang melaksanakan seluruh aturan syari’yyah pada sesuatu zaman atau tempat. Begitu juga dengan ketiadaan imam kalau imam itu murtad atau menganti beberapa hukum dan merubah hukum-hukum Islam, maka dengan itu gugurlah baia’h terhadap imam atau khalifah itu. (8)

Berkata Dr Muhammad Naeem Yassin : Tetapi sekiranya seorang hakim atau pemerintah itu mentadbir hal ehwal rakyatnya tanpa berpandukan kitab Allah maka tidak wajib ditaati dan berdosa pula orang yang melihatnya tetapi mendiamkan diri (tidak berjuang merubah keadaan). (9)

Berkata al-Ustaz Abdul Rahman Muhammad Khalid : Termasuk dalam konteks maaruf yang paling agung ialah mendirikan khilafah dan tegaknya hukum Allah, juga mengoreksi para penguasa pengkhianat dan zalim. Jadi ini merupakan amal jamaiy yang sama sekali tidak dapat dilakukan secara individu. Maka menjadi kewajiban kaum muslimin untuk mendirikan jamaah yang mampu menegakkan khilafah dan mampu mengoreksi pemerintah.

Begitu juga halnya jika jamaah yang mereka bentuk itu tidak mampu melaksanakan tujuan untuk menjadi khilafah atau mengoreksi pemerintah maka mereka tetap berdosa. Sebab yang diwajibkan itu bukan sekadar membentuk jamaah sahaja, tetapi membentuk gerakan dakwah yang mampu melaksanakan gerakan tadi dan bukannya semata-mata jamaah sosial kemasyarakatan atau ikatan cendekiawan atau kelompok-kelompok thoriqah atau sebagainya yang tidak mampu untuk melaksanakan kewajiban syara’ bagi menegakkan khilafah atau mengoreksi pemerintah. (10)

Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi : Beralih kepada sunnah, Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang mati dan di lehernya tidak ada baiah (kepada khalifah Islam) maka dia mati dengan kematian jahiliyyah (Muslim).

Tidak diragukan setiap muslim haram berbaiah (ikrar taat setia) kepada pemerintah manapun yang tidak taat kepada Islam. Baiah yang boleh membebaskan seseorang dari dosa (mati jahiliyyah) ialah baiah terhadap pemerintah yang melaksanakan Islam. Jika pemerintah seperti itu tidak ada, maka setiap umat Islam adalah berdosa sehingga adanya khalifah yang menegakkan hukum Islam dan ianya boleh diberi baiah. Setiap muslim tidak terlepas dari dosa melainkan dua jalan yang selamat :

a. Ingkar kepada pemerintah yang zalim itu jika ia tidak berkuasa untuk membaikinya.
b. Berusaha secara berterusan dan berjamaah untuk mewujudkan khilafah Islam sehingga tertegaknya kehidupan yang menepati kehendak Islam yang sebenar. (11)

Berdasarkan huraian di atas jelas kepada kita bahawa kewajiban umat Islam di Malaysia ialah berjuang secara berterusan dalam Jamaah Islam untuk mewujudkan pemerintahan Islam yang melaksanakan dasar-dasar Islam dalam negara, kerana setakat hari ini umat Islam masih bebas untuk menyertai perjuangan Islam itu.

Tidak memadai setakat engkar sahaja dalam hati, kerana ruang untuk berjuang itu masih terbuka kepada ummah ini. PAS sebenarnya wujud sebagai wadah amal jamaiy untuk menampung perjuangan ini.

Penutup


قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik.

(Aali - Imran : 13 )

Kewujudan PAS dan manhaj perjuangannya adalah berdasarkan kepentingan Islam yang sebenarnya adalah dituntut oleh Allah kepada setiap individu muslim sepertimana yang tertera melalui nash-nash al-Quran dan hadis serta pandangan dan ijma’ ulama’ yang telah dikemukakan di atas.

Umat Islam sebenarnya tidak perlu ragu untuk bersama dengan perjuangan PAS kerana perjuangan Islam oleh PAS ini secara jelas menepati kehendak Islam itu sendiri. Dalam erti kata lain melibatkan diri dengan perjuangan Islam melalui PAS ini adalah merupakan ibadah kepada Allah kerana penglibatan diri dengan perjuangan Islam adalah perkara yang telah diwajibkan oleh Allah kepada kita semua.


والله أعلم

(1) Sayyid Qutub. Petunjuk sepanjang jalan
(2) Imam al-Mawardi . al-Ahkam as-Sulthoniyyah
(3) Sheikh Taqiyuddin an-Nabhani . Nazhomul hukmi fil Islam
(4) as-Syahid Dr Abdul Qadir Audah . Harta dan pemerintahan dalam Islam
(5) Dr Yusuf al-Qardhawy. Nahwa wahdah fiqriyyah lil ‘amilin lil Islam
(6) Dr Yusuf al-Qardhawy. Fiqh ad-Daulah fil Islam
(7) rujuk Perlembagaan PAS dan tulisan/ucapan pimpinan PI
(8) Dr Solah as-Showy. Mafhumuha wa kaifiyatu luzumiha fi waqi’ inalmu’ashir
(9) Dr Muhammad Naem Yasin. Al-Jihad
(10) Sheikh Abd Rahman Khalid. Seputar soal jawab gerakan Islam
(11) Dr Yusuf al-Qardhawy. Fiqh ad-Daulah fil Islam 
 

MEMBURU LAILAH AL-QADR(Lailatul Qadar)

Kini kita telah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita cukup kuat dan bersedia untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan ini.


Secara ringkas ingin saya kongsikan beberapa maklumat tentang malam lailatul qadr.


Ibnu Hajar, ulama yang mentafsirkan Sahih Bukhari berkata bahawa terdapat 39 pendapat ulama berkenaan bilakah malam lailatul qadr.


Pendapat yang paling kuat adalah ia jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis di antaranya: “… carilah ia pada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.”

10 malam terakhir bulan Ramadhan tidak semestinya bermula pada malam ke 21. Sebaliknya 10 malam terakhir itu dikira dari belakang. Jika tahun ini Ramadhan hanya 29 hari,10 malam terakhir bermula dari malam ke 20 Ramadhan.


Berkenaan ianya akan jatuh pada malam-malam ganjil, ganjil itu juga dikira dari belakang berdasarkan kepada beberapa hadis seperti “…. tujuh yang baki …. tiga yang baki…” dan sebagainya. Dengan itu perlu dilakukan ibadah mengejar lailatul qadr juga pada malam-malam 20, 22,24,26,28 dan 30.

Ibadah yang perlu ditumpukan pada malam 10 malam yang terakhir adalah solat malam, tilawah al-Quran dan iktikaf.

Perlukah solat malam mengikut tertib seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia; solat taubat, solat tasbih dan solat hajat? Jawapannya tidak perlu. Sebaliknya boleh dilakukan dalam apa bentuk yang kita selesa.


Adakah solat tasbih perlu dilakukan pada setiap 10 malam terakhir itu? Solat tasbih adalah solat yang menjadi khilaf ulama. Ibnu Taimiah berpendapat hadis berkenaan solat tasbih adalah hadis palsu. Dr. Yusof Qardhawi berpendapat hadis tersebut adalah dhaif dan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk melakukannya walau pun beliau tidak menolak bahawa ia harus dilakukan.

Jika seseorang itu tidak menghafal al-Quran dan ingin melakukan solat dengan bacaan al-Quran yang panjang, beliau boleh memegang al-Quran sambil solat dengan syarat jangan melakukan pergerakan yang banyak selain dari memegang al-Quran tersebut.

Jika beliau letih, beliau boleh solat duduk (samada duduk seperti tahiyat atau duduk di atas kerusi). Solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk.

Iktikaf di waktu malam kemudian ke tempat kerja selepas Subuh, dan kemudian pulang semula ke masjid untuk beriktikaf; ketika berada di tempat kerja, sebahagian ulama berpendapat bahawa beliau masih lagi di dalam keadaan iktikaf dan masih mendapat pahala iktikaf.

Ibadah-ibadah lain seperti sedekah juga akan digandakan pahalanya di malam lailatul qadr.

Urusan-urusan dakwah lain seperti mendamaikan antara dua yang bermusuhan dan sebagainya juga akan digandakan pahalanya pada malam lailatul qadr. Tetapi harus diatur agar urusan-urusan seumpama itu memberikan ruang juga untuk ibadah-ibadah khusus.

Urusan-urusan sambutan Raya seperti membeli baju dan lain-lain seharusnya dilakukan awal sebelum 10 malam terakhir itu agar kita dapat memberikan tumpuan kepada 10 malam terakhir.
WaLlahu a’lam bissowab.

Oleh: Ustaz Muhammad Fauzi
 

PETUA MASAK DAGING KAMBING.
















Tahukah anda masakan kambing adalah menu kegemaran rasullullah SAW , kenapa kita harus takut makan daging kambing ada setengah berpendapat daging itu berbau ada pula takut tekanan darah tinggi, Sebenar ada cara yang baik untuk menghidang masakan daging kambing . Untuk menghilang bau pada masakan daging kambing tipsnya memasuka bahan -bahan yang beraroma kedalam masakan daging kambing seperti serbuk jintan manis, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, air limau nipis, tomato dan ubi kentang, Manakala sesudah masak daging kambing di hidang pulak dengan salad timun, tomato, bawang dan ke tumbar dan untuk mencair lemak semasa menjamah masak daging kambing , hendak amal minum Teh o" Pudina panas-panas Insyallah,,,,alamatnya berpeluhlah badan kita...

Friday, September 11, 2009

Golongan memerlukan disantuni..

"Dekat di hati " jelajah Gopeng


(GOPENG) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah memilih sekitar Dun Sungai Rapat untuk program Exspedisi Kebajikan kali ini.

Hampir seramai 200 orang penerima telah diberikan sumbangan barangan dapur dan beras.

Bekas calon Dun Sungai Rapat yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gopeng sudi untuk memberikan sumbangan tersebut. Hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng, Muhammad Zaizi Zainal dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya.

Pemuda PAS Gopeng memilih beberapa lokasi di sekitar Dun Sungai Rapat di antaranya ialah Taman Temara, Kampung Sri Jaya, Kampung Pisang, Kampung Ara Payong dan Kampung Pengkalan Gate.

Mudah - mudahan mereka gembira : Ammar

BATU GAJAH - Dengan tema 'Pemuda.... dekat di hati', Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan program kebajikannya di Parlimen Batu Gajah yang telah di uruskan oleh Dewan Pemuda PAS Batu Gajah.

Pemuda PAS Batu Gajah telah memilih beberapa lokasi program seperti di Kampung Seri Jaya, Kampung Pisang, Kampung Ara Payong dan Kampung Sungai Terap. Pemuda PAS Batu Gajah menyediakan sumbangan berbentuk barangan dapur.

Turut hadir pada program tersebut ialah wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang juga Penolong Setiausaha, Ahmad Aidi Adam dan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin. Hadir sama ialah Radzi Zainon, bekas calon Dun Sungai Rapat yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gopeng.

Manakala Pemuda PAS Batu Gajah diketuai oleh Ketuanya, Ammar Rusdy dan turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Kerjanya.

Ammar menjelaskan 'Mudah-mudahan sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya dapat mengembirakan mereka walaupun seketika dan yang paling penting walaupun dengan dana yang tidak seberapa'

Thursday, September 10, 2009

DENGARKANLAH RINTIHAN SAUDARA SEAGAMA KITA..

 

Wednesday, September 2, 2009


Kisah Muslimah Palestin dalam Tahanan

TEBING BARAT (Arrahmah.com) - Seorang muslimah Palestin yang ditahan oleh Zionis Israel menceritakan bagaimana dirinya terpaksa menghadapi penyiasatan, gangguan, dan penyiksaan selama 14 hari berturut-turut oleh tentera dan introgator Yahudi (la'natullah 'alayh).

Najwa Awni Abdul-Ghani mengatakan kepada pengacara Palestinian Prisoner Society (PPS) bahawa pada 21 Julai 2009, tentera Israel menggeledah rumahnya selama tiga jam. Mereka merosakkan semua barang miliknya, mengkasari keluarga, dan menculiknya beserta saudara laki-lakinya, Salah.

Selama operasi penggeledahan, tentera Zionis itu memaksa keluarga, termasuk anak dan kakek neneknya, keluar dari rumah mereka di kota Saida, dekat kota utara Tebing Barat, Tulkarem.Kemudian, tentera Israel dengan bengis membawa dia dan adiknya dengan dua kenderaan yang berbeza. Berdasarkan keterangan Najwa Awni, ia tidak mengetahui lagi bagaimana nasib adiknya.

Najwa menceritakan bahawa dia dibawa ke penjara Sharon dan kemudian dipindahkan ke pusat penyiasatan al-Jalama, tempat ia diberi rentetan pertanyaan yang sentimen, diintimidasi, dan diseksa selama 14 hari. Dia mengatakan pada pengacara PPS bahwa ia kurang istirehat dan tidak pernah diberi makanan yang baik.

"Kondisi kehidupan di dalam penjara itu sangat mengerikan, selnya kotor, bau, dan tidak ada ventilasi serta alas tidur," ungkap Najwa.Setelah 14 hari, ia diangkut dengan tangan dan kaki terikat dengan besi, dengan sebuah kenderaan militer dan dipindahkan ke penjara al-Damoun, tambahnya. Najwa Awni Abdul-Ghani adalah salah satu dari sekian banyak muslimah Palestin yang menghadapi kekejian bangsa Yahudi, semoga Allah melaknat mereka. Masih banyak muslimah-muslimah lain yang terpenjara dan mengalami hal serupa, atau bahkan ada dalam kondisi yang lebih parah dari apa yang dialami oleh Najwa. (althaf/prtv/arrahmah.com)

sumber
Posted by MR. SATU UMAT at 6:16 PM

DMPG : Ramai lagi umat Islam yang alpa dan terlupa ...KFC dan Mc Donalds masih lagi menjadi perbualan manis mereka..TESCO masih setia dikunjungi..Planta masih dikagumi untuk membuat kek dan biskut menyambut hari raya...apakah para muslimin sekelian sudah menghentikan tabiat buruk merokok..tingkatkan iman dan taqwa kita dengan memberikan komitmen yang sebaiknya untuk membantu saudara kita di Palestin..boikot sebanyak mungkin barangan Yahudi & Amerika selain menyampaikan doa kepada mereka..
ALLAH HUAKBAR!