Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Friday, September 11, 2009

Golongan memerlukan disantuni..

"Dekat di hati " jelajah Gopeng


(GOPENG) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng telah memilih sekitar Dun Sungai Rapat untuk program Exspedisi Kebajikan kali ini.

Hampir seramai 200 orang penerima telah diberikan sumbangan barangan dapur dan beras.

Bekas calon Dun Sungai Rapat yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gopeng sudi untuk memberikan sumbangan tersebut. Hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng, Muhammad Zaizi Zainal dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya.

Pemuda PAS Gopeng memilih beberapa lokasi di sekitar Dun Sungai Rapat di antaranya ialah Taman Temara, Kampung Sri Jaya, Kampung Pisang, Kampung Ara Payong dan Kampung Pengkalan Gate.

Mudah - mudahan mereka gembira : Ammar

BATU GAJAH - Dengan tema 'Pemuda.... dekat di hati', Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan program kebajikannya di Parlimen Batu Gajah yang telah di uruskan oleh Dewan Pemuda PAS Batu Gajah.

Pemuda PAS Batu Gajah telah memilih beberapa lokasi program seperti di Kampung Seri Jaya, Kampung Pisang, Kampung Ara Payong dan Kampung Sungai Terap. Pemuda PAS Batu Gajah menyediakan sumbangan berbentuk barangan dapur.

Turut hadir pada program tersebut ialah wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang juga Penolong Setiausaha, Ahmad Aidi Adam dan Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin. Hadir sama ialah Radzi Zainon, bekas calon Dun Sungai Rapat yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gopeng.

Manakala Pemuda PAS Batu Gajah diketuai oleh Ketuanya, Ammar Rusdy dan turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Kerjanya.

Ammar menjelaskan 'Mudah-mudahan sumbangan yang dihulurkan sekurang-kurangnya dapat mengembirakan mereka walaupun seketika dan yang paling penting walaupun dengan dana yang tidak seberapa'

No comments:

Post a Comment