Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Wednesday, September 2, 2009

SEKALI LAGI PERKARA PELIK BERLAKU DI MALAYSIA..

PELIK! MEMANG PELIK!

Di Kedah, ADUN tak ikut peraturan boleh kekalkan kerusi dan tidak dikenakan tindakan sedangkan jelas termaktub dalam Perkara 51, Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah menyebut dua mesyuarat berturut-turut TIDAK hadir membolehkan kerusi yang disandang dikosongkan.

Tetapi oleh kerana SPR lebih  'berkuasa' maka  keputusan diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  mengekalkan kerusi Dun Kota Seputeh kepada Datuk Abu Hassan Sarif. SPR  memutuskan, Adun itu kekal dan tidak perlu diadakan pilihan raya semula

Sebelum ini di negeri Perak juga telah berlaku kisah pelik membabitkan ADUN melompat/keluar PARTI tidak dilucutkan..akhirnya negeri Perak 'dijajah' oleh BN.
HARI INI SEKALI PERKARA PELIK BERLAKU DI LUAR BANGUNAN DUN PERAK..ADUN-ADUN YANG SAH DAN DIPILIH OLEH RAKYAT DINAFIKAN HAK UNTUK MEMASUKI DEWAN UNDANGAN NEGERI..PIHAK POLIS DIPERGUNAKAN UNTUK BERKASAR TERHADAP PAKATAN RAKYAT TETAPI SEOLAH-OLAH MELINDUNGI DAN MEMPERTAHANKAN TINDAKAN PENYOKONG KERAJAAN BN..

Boleh tak andaikata pengedar dadah mengedar dadah, tak apa biarkan aje..biarkan aje dia kekal dengan kerjanya...pesalah lalulintas melanggar peraturan, tak apalah biarkanlah aje.... pencuri mencuri..tak apa biarkanlah aje... pembunuh membunuh..BIARKANLAH AJE...Remaja rosak akhlak..tak apa biarkanlah aje..
pelajar sekolah ponteng sekolah, melanggar disiplin sekolah, menumbuk guru, bergaduh. mengandung anak luar nikah, menghisap dadah, dsb.. tak apa BIARKANLAH AJE..TAK PERLU AMBIL TINDAKAN...POKOKNYA DI SITU..BUAT KESALAHAN, MELANGGAR PERATURAN TAK PERLULAH DIAMBIL TINDAKAN!!!

TETAPI PELIK PULA..RAKYAT BERHIMPUN SECARA AMAN YANG DIBENARKAN OLEH PERLEMBAGAAN..DITANGKAP DAN DIZALIMI DENGAN PANCUTAN AIR KIMIA DAN GAS PEMEDIH MATA... DAN BANYAK LAGI CONTOH-CONTOH PELIK DI MALAYSIA..

PARA IBUBAPA JUGA SELEPAS INI JANGANLAH MARAH ATAU AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANAK-ANAK DERHAKA ATAU MELANGGAR PERATURAN DAN ADAB KESUSILAAN...BIARKAN AJE...

SUBHANALLAH..APA NAK JADI DENGAN NEGARAKU...JIKA UMAT ISLAM TERUS LALAI MEMBIARKAN KETIDAKADILAN DAN KEZALIMAN BERLELUASA..TUNGGULAH BALASAN DARIPADA ALLAH..NAUZUBILLAH.

INILAH CONTOH PERLU DAN PENTINGNYA ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH. CUKUPLAH SUDAH JAMAAH-JAMAAH YANG TERUS MENIDAKKAN UNTUK MEMILIH/MENGUNDI PEMIMPIN-PEMIMPIN DARI PARTI ISLAM..SEPATUTNYA MEREKA MESTI SAMA-SAMA MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA PAS (PAKATAN RAKYAT) JIKA BENAR MEREKA INGIN MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM DAN BERCITA-CITA MENDIRIKAN DAULAH ISLAM.
BERSEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI DI MANA RAMAI YANG BERLUMBA-LUMBA BERAMAL IBADAT DAN BERTADARUS AL QURAN..TETAPI JIKA PERINTAH DALAM AL-QURAN TIDAK DILAKSANAKAN..BAGAIMANA??
KEPADA AHLI DAN PENYOKONG JAMAAH /GERAKAN ISLAM, PASTIKAN ANDA DAN ANAK ISTERI MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


208- Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

(Surah Al-Baqarah : Ayat 208)


"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat" (an-Nisa: 105)

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" (al-Maidah: 44)

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (al-Maidah: 45)

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik" (al-Maidah: 47)

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Surah Al-Ahzab: 36)

Dari ayat-ayat Al-Quran di atas jelas menunjukan bahawa melaksanakan undang-undang, peraturan dan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini adalah perintah Allah. Allah Pencipta dan Penguasanya. Segalanya milik Allah, segala yang ada pada kita adalah kurniaan Allah. 

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment