Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, February 27, 2010

Dalam Asam Jawa ada kepala anak biawak???


Sebentar tadi sambil menunggu berjumpa doktor untuk merawat anak, saya pun membaca akhbar METRO yang terdapat di klinik tersebut..Selain dari berita yang sedang hangat di media iaitu tentang adik Shafia Humairah Sahari yang terbunuh angkara perbuatan sumbang & keji ibu dan teman lelakinya..saya terkejut dan kegelian apabila membaca kisah kepala anak biawak dalam asam jawa.
Bayangkan betapa kotor dan jijiknya..kepala biawak hampir-hampir termasuk dalam ramuan masakan. Kejadian berlaku di Jasin,Melaka tetapi asam jawanya buatan syarikat tempatan dari IPOH, Perak!!! 
Itulah pentingnya kita membeli produk keluaran syarikat bumiputera khususnya syarikat-syarikat yang mementingkan kehalalan dan kesucian produk keluarannya seperti KOHILAL, HPA dan sebagainya.

HArian Metro-24 Februari 2010

ASAM JAWA KEPALA BIAWAK
JASIN : Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak utk hidangan tgh apabila mendakwa sebungkus asam jawa yg baru dibelinya dipercayai kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan utk memasak pagi semalam.
Dlm kejadian jam 10.15 pg, ibu kpd 2 anak, Noraizun Razali,24, terkejut apabila asam jawa yg diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras & kasar.
Asam jawa tersebut adalah keluaran sebuah syarikat syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

Berdepan kes bunuh, bersekedudukan

27/02/2010 7:31pm

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.
Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.
Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.
Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – BernamaBukan sahaja berdepan kes bunuh, tetapi bersekedudukan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.
Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.
Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.
Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – Bernama

Tuesday, February 23, 2010

TAKZIAH KEPADA SAHABIAH..

Tengahari tadi saya mendapat berita seorang sahabiah (Dr. Tun) yang juga adalah AJK DMPG telah ditimpa musibah pada petang sebelumnya apabila beliau diragut di hadapan rumahnya sendiri ketika ingin membuka pagar untuk memasukkan kereta ke dalam pagar.

Menurut maklumat yang diterima peragut berjaya merampas beg tangan beliau..beserta dengan isinya. Semoga Dr. Tun diberikan kesabaran dan ketabahan oleh Allah dalam menghadapi ujian ini. Sememangnya kita semua sedar jenayah di negara kita di tahap sangat membimbangkan dan serius.. boleh dikatakan hampir semua kita atau kenalan kita yang pernah ditimpa masalah berkaitan jenayah samada rumah dipecah masuk, diragut, ditipu dan sebagainya..

Inilah keadaan negara kita Malaysia..seolah-olah tiada rahmat dan keberkatan dari Allah. Rakyat hidup dalam kebimbangan dan kacau bilau dengan jenayahnya yang tinggi, harga barangan yang tinggi, gaji yang tidak mencukupi sedangkan semua perkara memerlukan kepada duit.

Selesaikah masalah jenayah dengan menaikkan gaji polis,
menambahkan anggota polis,
meningkatkan kecekapan polis,
menggunakan dan meningkatkan pengunaan teknologi, persenjataan,
memasang cctv dan berbagai lagi teknik dan cadangan demi cadangan.????

Para wanita pula disuruh belajar ilmu pertahanan diri untuk keselamatan dan macam-macam lagi...ADAKAH SELESAI SEMUA MASALAH???

TEPUK DADA TANYA IMAN.
"CAKNA MUHIBBAH"
7 MAC 2010
8.30 PAGI - 12.30 TGH
DI PADANG KG. PENGKALAN GATE TAMBAHAN
MENARIK: SUKANEKA, CABUTAN BERTUAH, PEMERIKSAAN KESIHATAN...
MOH LE DATANG BERAMAI-RAMAI.....

ROYALTI MINYAK KELANTAN SEPATUTNYA RM2 BILLION,

KOTA BHARU, 23 Feb: Kelantan hari ini memperbetulkan kenyataan yang dibuat kerajaan Pusat di mana tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion dan bukannya RM20 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa pula kerajaan negeri patut menerima sebanyak RM600 juta mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperolehi dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.
“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

”Kita berharap kerajaan Malaysia dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ahad lalu, akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.
Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.

Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.
Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.

Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.
“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.
Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.
Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).
Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat  bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.

“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.
Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan (onshore) dan luar pantai (offshore).

Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai.

~SUMBER: HARAKAHDAILY

Monday, February 15, 2010

pemergianmu-INTEAM

kau masih tersenyum
mengubat lara..
selindung derita yg kau rasa
senyuman..yang mententeramkan


setiap insan yg kebimbangan
hakikatnya x tertanggung lg derita
di pangkuan isterimu Humaira
menunggu saat ketikanya
diangkat rohmu bertemu yg Esa
tangan dicelup di bejana air
kau sapu di muka mengurangkan pedih
beralun zikir menutur kasih
pada ummah dan akhirat..
dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwamu berlalu
linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu..


oh sukarnya untuk umat menerima
bahkan payah untuk Umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahawa manusia..kan mati akhirnya

x terlafaz kata mengungkap hiba
gerhanalah seluruh semesta
walaupun kau telah tiada
bersemarak cintamu selamanya

dan tibalah waktu ajal bertamu
penuh ketenangan jiwamu berlalu
linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu..


oh sukarnya untuk umat menerima
bahkan payah untuk umar mempercaya
tetapi iman merelakan jua
bahawa manusia..kan mati akhirnya..
ya Rasulullah..
kau tinggalkan kami
warisan yg abadi
dan bersaksilah sesungguhnya
kami..merinduimu..

PENTINGNYA SEJARAH..

Bukanlah insan bukan juga alim ..
orang yang dirinya jahil sejarah
Sesiapa yang arif sejarah orang - orang terdahulu ..
sesungguhnya ia telah menambah umur-umur mereka kepada umurnya

SURAT CINTA DARI SEORANG PEJUANG KEPADA SEORANG PEJUANG .

surat cinta alqaradawi untuk ASSYAHID HASAN ALBANNA




untukmu wahai imamku..
wahai guru yang mulia..
wahai pembawa cahaya di zaman kegelapan..
wahai pembimbing dunia ke jalan Muhammad..
wahai hembusan dari generasi Darul Arqam..


aku hadiahkan untukmu diriku dalam qasidah yang ku rangkapkan..
yang memberi petunjuk dan merejam.. seperti bintang-bintang..


mereka menyangkakan engkau mati, sedangkan engkau hidup kekal..
tidak mati kecuali si penzalim dan penjenayah..
mereka menyangka engkau tiada, sedangkan engkau berada disisi kami..
menyaksikan kami suluh dengan MANHAJmu setiap laluan yang gelap


kau tegakkan untuk Islam satu menara yang tidaklah batu batanya selain PEMUDA muslim,
engkau tuliskan untuk dunia satu deklarasi KEBANGKITAN..
dan engkau enggan menandatanganinya kecuali dengan DARAH


tidurlah disisi Tuhanmu yang memberi petunjuk..
sesungguhnya apa yang engkau yang bina wahai banna(pembina) tidak runtuh..


KECINTAAN padamu akan terus terukir dihati..
engkau dipuji diakal fikiran dan namamu meniti dibibir..

Monday, February 8, 2010

CUKUPKAH DENGAN KELUHAN & PERBINCANGAN SAHAJA?

Bayi lelaki 5 Bulan mati Dipercayai Didera, Diliwat

 


1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.

2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.

3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.

4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.

5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.

6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.

Wallahualam.

BERITA DARI BERNAMA:

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mati dipercayai akibat didera dan diliwat.
Sehubungan itu, sepasang suami isteri ditahan di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh sebaik selepas pengkebumian bayi pertama mereka itu Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 19 tahun itu pada malam 31 Jan lepas kerana mendakwa bayi mereka tidak sihat.

“Menurut ibu bayi itu, anaknya masih hidup ketika mereka tiba di hospital tetapi doktor yang memeriksanya mengesahkan bayi itu telah mati.

“Bedah siasat dijalankan sejurus selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis polis bersama masyarakat di Subang Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata wanita berusia 19 tahun itu membuat laporan polis mengenai kematian bayinya di bit polis Hospital Sungai Buloh.

Arjunaidi berkata siasatan lanjut polis mendapati bayi itu mempunyai kesan luka di seluruh badan dan dia turut diliwat.

Pasangan dari Sungai Buloh itu direman sehingga 12 Feb dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.  ~~ Bernama

Saturday, February 6, 2010

DOA RABITHAH



~IZZATUL ISLAM

Ramlang Porigi anggap kes liwat konspirasi aibkan Anwar

5 Februari 2010

TEMERLOH :
Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat ekoran pendedahan di sebalik sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan tahun lalu, tetap menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Ramlang Porigi yang kini bekerja sendiri mendakwa, anggapan beliau adalah berdasarkan sumpah laknat Saiful di masjid Wilayah yang mana beliau jadi saksinya, terdapat banyak keraguan dan telah dijadikan bahan kempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tahun lalu.

Berucap dalam majlis Solat Hajat dan Taklimat sempena perbicaraan kes liwat Anwar, di Balai Islam Darul Islah Paya Kechik, dekat sini 1 Februari lalu, beliau sendiri telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya tampil menjadi saksi yang mengaitkan tuduhan liwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menceritakan secara terperinci kronologi sumpah bekas pembantu peribadi Anwar itu, beliau pada asalnya tidak tahu menahu perancangannya kerana pada hari Isnin minggu berkenaan beliau bercuti.

Selasa hingga Khamis berkursus jurunikah di Instititut Latihan Islam Bangi dan majlis sumpah tersebut diadakan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRK Permatang Pauh.

“Pada hari itu saya menerima arahan dari pegawai saya untuk menjadi saksi satu majlis sumpah yang mengatakan dia menerima arahan dari Pengarah Jawi. Sebelum itu saya bertugas menikahkan satu pasangan, setelah selesai saya lihat sudah ramai wartawan dah sampai termasuk krew televisyen”.

“Memeranjatkan saya, Saiful dikawal oleh pegawai polis dari balai Sentul dan Pengarah Jawi pun ada pada masa itu. Bila bos pun ada sekali saya terima saja arahan itu tanpa saya memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku”.

“Pada majlis itu sendiri saya sudah nampak berlaku kejanggalan dan keganjilan. Mulanya Saiful mengaku diliwat oleh Anwar pada 26 haribulan kemudian tukar tarikh, lepas itu sebutan sumpah salah hingga saya perbetulkan,” katanya.
Menurut Ramlang, mengikut hukum Islam sepatutnya Anwar sebagai orang yang dituduh yang kena bersumpah, kenapa pula Saiful. Jadi ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim, tetapi perancangan Allah lebih baik di mana.

“Jadi, letak imam itu untuk saksikan sumpah itu sahaja… itu hanya sekadar nak masuk televisyen dan siarkan tunjuk pada orang kampung. Saya tak sangka apabila hanya menerima arahan tapi akhirnya menjadi bahan fitnah termasuk dituduh menerima duit’.

“Sumpah itu menjadi bahan kempen di Permatang Pauh dan saya diberitahu dah ramai orang percaya kerana bersumpah dalam masjid, pegang Al-Quran pula itu”.

“Kadang-kadang memang kita hairan bagaimana konspirasi sebegini boleh dikaitkan dengan masjid, tapi cuba fikir…apa benda yang manusia tak berani lakukan kerana duit”.

Menurut Ramlang, beliau terpaksa membuat penjelasan kerana tidak sanggup lagi dirinya difitnah dan disumpah seranah oleh masyarakat.

“Cukuplah penyiksaan yang saya rasa bila dihighlightkan dalam TV3 saya jadi bahan kempen Umno, saya mengambil keputusan mendedahkan perkara sebenar melalui pentas ceramah setelah peribadi saya dikorek, iaitu dua hari sebelum PRK Permatang Pauh”.

Walau bagaimanapun, Ramlang berkata beliau terpaksa korbankan jawatannya.

“Selepas saya naik pentas dedahkan perkara sebenar, saya ditukar ke Jakim, selepas empat bulan saya terima notis pemberhentian kerja tanpa sebarang pampasan. Kita minta Allah gagalkan rancangan jahat dan konspirasi terhadap Anwar Ibrahim ini”.

~dupahang

Perginya seorang Serikandi Muslimat

Satu kehilangan besar buat Kelantan dan Malaysia

Satu Kehilangan Besar 
AL-FATIHAH. Hjh Kalsom Osman atau lebih dikenali sebagai (Mak Som), mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan merangkap mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga mantan Ahli Dewan Negara bagi Negeri Kelantan telah kembali ke rahmatullah pada jam 1 lebih pagi  hari Rabu 3 Februari 2010. Allahyarham adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bagi Sessi 2003-2005.

Allahyarhamah seorang yang gigih berdakwah dan berjuang untuk kepentingan Islam khususnya di bumi Malaysia ini. Kepetahan dan kelantangan Allayarhamah berucap dan berpidato sememangnya menaikkan semangat dan memberi kekuatan kepada para pendengarnya dan juga cukup digeruni pihak musuh.
Semoga Allah menerima segala amal kebajikannya dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh hendaknya.

Wakil Kedutaan mengunjungi PAS PERAK

Wakil Kedutaan Amerika Syarikat En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik, Bahagian Politik, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah memberikan kunjungan hormat kepada pimpinan Pas Perak di Pejabat Perhubungan Pas di Ipoh.

Wakil Kedutaan Amerika kagum dengan PAS

Jeremy Nathan bersalaman dengan Pesuruhjaya
Pas Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain

Jeremy Nathan menyatakan kekagumannya
kepada kepimpinan Dato Seri Nizar

Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik US Embassy di Kuala Lumpur dan En. Ravi Manickam pagi tadi telah disambut mesra oleh Al fadhil Ust. Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato' Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Menandatangani buku pelawat Pejabat Pas Perak

Bergambar bersama

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr . Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana. Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain. Melalui kunjungan-kunjungan ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.

Suasana menjadi rancak dalam sessi dialog dan soal jawab, pimpinan PAS dan En. Jeremy masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu peka terhadap perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isu sebenar dari sumber yang sah. Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.



~~ajijoi