كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
Monday, November 30, 2009
Sunday, November 29, 2009
KENAPA URAT BIRU?
Kenapa Urat Biru?
Mengapa terdapat urat yang menyalurkan darah di tubuh kita berwarna biru?
Jantung kita selalunya mengepam darah ke seluruh tubuh. Sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel lain di dalam badan kita.
Oksigen menjadikan sel darah merah kelihatan berwarna merah terang.
Apabila sel-sel berkenaan selesai menyalurkan oksigen, sel darah merah akan kelihatan biru tua atau ungu.
Terdapat dua jenis urat darah. Arteri merupakan urat darah yang membawa darah berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen keluar daripada jantung manakala urat pula menyalurkan semula darah berwarna biru tua yang tidak mempunyai oksigen ke jantung dan paru-paru.
Arteri terletak jauh di dalam badan kita tetapi urat terletak dekat dengan kulit kita.
Jadi urat darah yang berwarna biru itu adalah urat yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru untuk dipamkan dengan oksigen.

Saturday, November 28, 2009
JEPUN TERUS MENGEJAR ILMU DAN TERUS MAJU...
What Japan is doing
Ladies and gentlemen... congratulations! You've just looked into the future...yep that's right!
You've just seen something that will replace your PC in the near future.
Here is how it works:
In the revolution of miniature computers, scientists have made great developments with bluetooth technology.. ...
These are the forthcoming computers you can carry in your pockets .
This 'pen type of instrument' produces both the monitor as well as the keyboard on any flat surface from where you can carry out functions you would normally do on your desktop computer.
but I guess later-on there'll be some effects on fingers..eyes. .etc..
too high-tech doesn't mean always "good"!!!
Banjir di SAUDI- Korban Meningkat 83 Orang
Sabtu, November 28, 2009
JEDDAH 27 Nov. - Jumlah kematian akibat banjir kilat di Jeddah kelmarin meningkat kepada 83 orang apabila lebih banyak mayat ditemui di bandar pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama bagi jemaah haji ke Mekah.
Akhbar Al-Watan dan Okaz melaporkan hampir kesemua mangsa korban adalah di Jeddah, berikutan hujan lebat yang mencetuskan apa yang dilihat sebagai ombak besar yang melanda bandar pelabuhan di Laut Merah ini.
Para pegawai, bagaimanapun berkata, tidak ada jemaah haji yang menjadi mangsa banjir.
Setelah air surut semalam, penduduk dapat melihat runtuhan jambatan dan timbunan kenderaan remuk di beberapa kawasan.
Penduduk pada mulanya khuatir kumbahan dari takungan besar di luar bandar raya ini akan melimpah.
Jurucakap majlis perbandaran Jeddah, Ahmad al-Ghamdi, bagaimanapun memberi jaminan, takungan itu selamat dan tidak menghadapi bahaya melimpahi tebingnya disebabkan air banjir. - AFP

Wednesday, November 25, 2009
Persiapan Wukuf, Jutaan Jamaah Bergerak ke Arafah
By kemas, okezone.com, Updated: 11/25/2009 4:35 AM
http://news.id.msn.com/okezone/regional/article.aspx?cp-documentid=3719492
Sebanyak tiga juta jamaah calon haji dari seluruh dunia yang berada di Kota Mekkah, Arab Saudi, Rabu (25/11/2009) mulai bergerak menuju Arafah untuk melakukan Wukuf.
Mereka berangkat mulai dari Masjidil Haram menuju Arafah secara bergelombang, baik berjalan kaki maupun menumpang kendaraan.
Pantauan di kawasan Syisha dan Aziziah, Mekkah, Rabu (25/11/2009) pagi hari waktu setempat, ribuan kelompok jamaah calon haji berbondong-bondong menuju Arafah.
Sebagian besar jamaah calon haji yang berjalan kaki dari Masjidilharam atau dari pemondokannya menuju Arafah terlihat di kawasan Aziziah. Aparat keamanan pun menutup jalan raya, dan melarang semua kendaraan masuk ke jalanan demi kelancaran jamaah melakukan jalan kaki.
Sementara itu, jamaah yang menumpang kendaraan lebih banyak melalui jalan Aziziah, Syisha, dan terowongan Malik Fahad yang langsung tembus menuju Mina.
Meski cuaca di Kota Mekkah sedikit diguyur hujan, petir dan hujan deras mengguyur Kota Jeddah, tak menyurutkan calon haji yang sejak kemarin hingga malam telah bergerak menuju Arafah.
HADITS AKHIR ZAMAN
SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENCABUT ILMU DENGAN MENCABUTNYA SERTA MERTA DARI HAMBANYA TETAPI DIA MENCABUTNYA DENGAN MEMATIKAN ULAMA SEHINGGA TIADA LAGI ULAMA, MANUSIA MENGAMBIL ORANG BODOH(JAHIL AGAMA) MENJADI PEMIMPIN , LALU DITANYA KEPADA MEREKA , MEREKA MEMBERI FATWA TANPA ILMU , LALU MEREKA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN.
(RIWAYAT BUKHARI)
Malaysia Kaya Hasil Judi...
RM 2.3 Billion Hasil Judi di MALAYSIA
Pendedahan yang amat DAHSYAT. HASIL JUDI MALAYSIA RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009.
Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.
Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.
Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!
Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar
Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.
Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!
Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
Lihatlah Faktanya
Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)
Genting Malaysia Berhad 949,802,170
Sport Toto 509,739,584
Magnum Corporation 396,477,793
Pan Malaysia Pools 270,764,197
Pan Malaysia Racing 138,576,130
Daily One Corporation 18,082,749
Sandakan Turf Club 18,182,034
Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000
JUMLAH 2.37 BILION
Friday, November 20, 2009
MAHKAMAH TIDAK BERHAK PUTUSKAN KEDUDUKAN DUN KOTA SEPUTEH
Mahkamah tidak berhak putuskan kedudukan Dun Kota Seputeh | | Print | |
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Speaker Dun Perak V. Sivakumar semalam menegaskan bahawa kedudukan kerusi Dun Kota Seputeh sama ada kosong atau sebaliknya mesti diputuskan oleh Speaker Dun sendiri. "Apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri mesti diselesaikan dewan (Undangan Negeri), tidak perlu pada keputusan Mahkamah." Ujar Sivakumar, tindakan Speaker Dun Kedah Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengumumkan kekosongan Dun tersebut berdasarkan Surat Kekosongan Dun yang diterimanya sebelum ini, adalah muktamad. "Keputusan Speaker (DUN) Kedah adalah muktamad, tidak perlu dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah." Tambahnya lagi, Speaker Dun hanya diminta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) badap pelaksana itu boleh mengadakan suatu pilihanraya kecil dalam masa 60 hari. Beliau juga mencabar BN menunjukkan klausa undang-undang yang membenarkan SPR atau Mahkamah sendiri berhak mendahului keputusan Speaker Dun. "Nampak jelas dia (SPR) dan BN tak boleh campur tangan, sila tunjuk kepada saya di mana kuasa atau di mana autoriti Mahkamah hingga boleh memutuskan kekosongan (Dun Seputeh) itu." Dakwanya lagi, BN cuba menghalang pilihanraya kecil Dun tersebut dari berlaku. "BN yang minta jangan kosongkan kerusi itu (Dun Kota Seputeh)." Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan sam ada menerima rayuan BN agar pilihanraya kecil tidak berlaku di Dun Seputeh esok. Bagi BN, Datuk Abu Hassan Sarif masih layak bergelar Adun Seputeh walaupun sekian lama tidak menghadiri sidang Dun. Bagi mereka, alasan kesihatan yang diberikan Abu Hassan sudah memadai untuk menghalang keputusan Speaker Kedah tersebut. Sekiranya Mahkamah menerima rayuan tersebut, ianya menjadi satu lagi titik gelita dalam istitusi kehakiman negara, setelah Mahkamah sebelum ini mencampuri beberapa urusan autonomi dalam Dun Perak. |
Wednesday, November 18, 2009
Monday, November 16, 2009
SPR GAGAL DI KOTA PASIR PUTEH..
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah. Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.
Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.
Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.
Sebelum ini Muhyiddin dengan bangganya mengarahkan Datuk Abu Hassan supaya hadir ke sidang DUN...tetapi dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini hilanglah segala hujah mereka untuk tetap menegakkan benang yang basah.
Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang.
ALLAH HUAKBAR.

Sedap dan halal...
Slice Cheese Cake
....apa2 pun kek ni mmg sedap,lemak,lembut dan ringan dan tak manis sgt mcm kek yg biasa....sbb tulah berani taburkan gula icing kat atas tu,sbb tengok hana punya kek menarik.....resipi asal dr Ros Onigiri @MyR...tapi kutip dr dapur Hana kat Jepun nun...tima kasih kedua2nya...
Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
Cara-cara
1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Balasan Allah kepada 200,000 Tentera AS!
2009
Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa para pahlawannya, ungkapan ini tidak berlaku di Amerika kerana pemerintah AS ternyata tidak memberikan jaminan kesejahteraan bagi ratusan ribu veteran perangnya yang kembali dari medan perang di Iraq dan Afghanistan.
Aaron Glantz, wartawan yang memfokuskan liputannya kepada nasib para veterang perang AS yang pernah bertugas di Iraq dan Afghanistan mengungkapkan, saat ini ada sekitar 200,000 veteran perang Iraq dan Afghanistan yang menjadi penganggur.
"Setiap malam, 200,000 orang yang pernah mengenakan seragam dan berkhidmat kepada negara ini tidur di jalan-jalan kerana tidak punya rumah," kata Glantz.
Dia melanjutkan, "Cuba bayangkan, anda pulang dari Iraq dalam keadaan mengalami stress pasca trauma, mengalami luka mental, mengalami gangguan otak atau mengalami kerosakan otak secara fizik akibat terkena ledakan bom yang dipasang di jalan. Tapi hal pertama yang anda lakukan ketika pulang, terpkasa mengisi dokumen sebanyak 26 halaman untuk menjelaskan bagaimana anda boleh tercedera, apakah anda mendapatkan surat keterangan pendukung dari rakan ada di medan perang dan dari para komandan anda (sebagai saksi)."
Menurut Glantz, askar-askar AS yang pernah bertuga di Iraq dan Afghanistan dan mengalami apa yang disebut post-traumatic stress disorder (PTSD) mesti membuktikan yang luka dan trauma yang dialaminya memang kerana perang, bukan kerana kecelakaan biasa lainnya.
Glantz mengatakan, bukan hanya para veteran perang Iraq dan Afghanistan yang sulit mendapatkan kompensasi dan jaminan kesihatan, hal serupa juga dialami para veteran Perang Teluk yang terjadi tahun 1991 lalu. Pihak berwenang di AS malah dengan mudahnya mengatakan bahawa apa yang disebut sindrom Perak Teluk yang dialami para tentera AS dinyatakan tidak ada dan tidak terdiagnosis.
Glantz mengecam pemerintahan Bush sebagai orang yang telah mengobarkan perang di Iraq dan Afghanistan , tapi menelantarkan nasib tentera-tenteranya. "Kita tidak dapat melupakan veteran perang Iraq dan Afghanistan yang baru kembali ke tengah masyarakat. Jika kita tidak menanganinya sekarang, AS akan melihat makin meningkatnya statistik jumlah tenteranya yang stress, mengalami gangguan mental dan akhirnya bunuh diri," tegas Glantz.
Selain 200,000 veteran perang Iraq dan Afghanistan yang menjadi bangsat, Glantz mengatakan bahawa ada sekitar 300.000 veterang perang di AS yang mengalami gejala PTSD. (ln/mol)

DARI PAS PERAK..
KENYATAAN MEDIA ( 15 NOVEMBER 2009 )
15 11 2009PAS Perak, sentiasa memandang serius akan kemelut politik terkini di Perak. PAS Perak, berpendapat betapa konflik politik yang berterusan di Perak ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara bilamana sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 akhirnya dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala “ gangster ” oleh kerakusa pimpinan UMNO / BN yang ternyata tidak dapat menerima hakikat akan penolakan rakyat serta kekalahan mereka dalam mana-mana Pilihan Raya di negara ini.
PAS Perak menempelak kepimpinan UMNO/BN supaya kembali melihat pengalaman sejarah politik tanahair yang lepas, yang satu ketika dahulu pernah membawa rakyat Malaysia, menyaksikan jatuhnya beberapa kerajaan negeri yang dipilih secara sah seperti Terengganu [1961], Kelantan [1978] dan Sabah [1994] gara-gara ketamakan kuasa Perikatan yang kini juga dikenali sebagai Barisan Nasional.
Hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan UMNO/BN di Perak ini, PAS Perak bependirian bahawa Barisan Nasional sememangnya sangat pakar darihal menggunakan strategi suapan kebendaan, pujuk rayu dan andainya itu semua tidak berjaya maka pimpinan UMNO/BN tanpa segan silu akan menggunakan pula strategi ugut dan ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.
PAS Perak, menyedari akan lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan UMNO/BN yang bilamana mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihanraya mereka akan sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah untuk bersatu hati kononnya bagi membangunkan negara juga negeri, akan tetapi watak pimpinan UMNO/BN akan drastik berubah bilamana ia tewas dalam
pilihanraya. BN akan lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam krisis perlembagaan terkini di Perak.
PAS Perak, berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru hara dan porak peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak perandakan ekonomi dan kekayaan negara.
PAS Perak, juga ingin menegaskan bahawa PAS bersama Parti Komponen Pakatan Rakyat tidak pernah kemaruk kuasa. PAS selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanahair sangat konsistan untuk memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara. PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang. Bahkan kita bersedia untuk melepaskan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan oleh warga pengundi bagi mana-mana negeri kerana kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang dipimpin.
PAS Perak, sangat menyedari betapa telah berlaku satu ”rampasan kuasa” di negeri Perak dan mahu agar semua institusi perundangan serta keadilan dalam negara ini mengambil pendirian yang jelas berpaksikan kepada prinsip berani kerana benar.
PAS Perak juga mempersoalkan sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan yang timbul di Perak sangat dipersoalkan. Tindakan SPR yang ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bersuakakan kuasa.
PAS Perak beranggapan, satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu yang selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang- Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan judiciary tetapi akhirnya tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah membelakangi semua prinsip tersebut ketika mana membuat satu-satu keputusan yang sangat penting.
Bagi PAS Perak, sesungguhnya, perkembangan terbaru ini dipercayai akan menambah kemusnahan ke atas kepercayaan umum terhadap integriti semua pihak dan institusi yang terlibat dalam insiden ”rampasan kuasa” yang hakikatnya bukan menjadi budaya rakyat negara kita. Ketika ini kita seolah-olah disogokkan oleh pimpinan UMNO/BN dan konco-konconya dengan satu ajaran sesat dan budaya politik liar dalam subjek politik tanah air iaitu ”rampasan kuasa” dan tentunya ia bakal memberi implikasi yang sangat buruk juga ”signal” serta ”didikan yang sangat tidak baikkepada rakyat khususnya generasi muda.
PAS Perak inigin memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/BN, sekiranya, insiden yang sama berlaku sekurang-kurangnya 15 tahun yang lepas iaitu di Sabah barangkali agak jauh untuk difahami dan diingati oleh kita khususnya generasi muda, maka apa yang dilakukan sekali lagi oleh BN dalam rampasan kuasa di Perak pada hari ini semestinya akan menjadi panduan yang sangat berharga dan bukti sejarah paling terkini untuk
rakyat Malaysia mengusung janji bagi menamatkan kuasa UMNO-BN di negara Malaysia ini pada PRU-13 yang akan datang.
PAS Perak, sangat bimbang terhadap segala kecelaruan yang berlaku di Perak dan PAS Perak sentiasa mendesak agar demokrasi di negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihan Raya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.
PAS Perak , menjunjung kasih ke bawah Duli Sultan Perak sebagai idola rakyat yang mendambakan keadilan dan sebagai ikon kita rakyat Malaysia; PAS Perak merafak sembah, merendah hina agar institusi mulia ini meneliti kembali realiti sebenar kemahuan rakyat jelata. PAS Perak menegaskan bahawa semua itu akan nantinya terjawab secara jujur menerusi pemilihan di peti undi.
Akhirnya, PAS Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu yang dibawa oleh pimpinan UMNO/BN dalam menghadapi krisis ini. Kita akan hadapinya dengan penuh kewarasan dan sunggu benarlah Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.
” ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”
A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan
Saturday, November 14, 2009
PERINGATAN KEPADA YANG LUPA...TERUSKAN BOIKOT ISRAEL
BRANDS & LABELS TO BOYCOTT URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html | ||
Subscribe to:
Posts (Atom)