Create your own banner at mybannermaker.com!
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

Saturday, November 28, 2009

Banjir di SAUDI- Korban Meningkat 83 Orang

Sabtu, November 28, 2009

JEDDAH 27 Nov. - Jumlah kematian akibat banjir kilat di Jeddah kelmarin meningkat kepada 83 orang apabila lebih banyak mayat ditemui di bandar pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama bagi jemaah haji ke Mekah.

Akhbar Al-Watan dan Okaz melaporkan hampir kesemua mangsa korban adalah di Jeddah, berikutan hujan lebat yang mencetuskan apa yang dilihat sebagai ombak besar yang melanda bandar pelabuhan di Laut Merah ini.

Para pegawai, bagaimanapun berkata, tidak ada jemaah haji yang menjadi mangsa banjir.
Setelah air surut semalam, penduduk dapat melihat runtuhan jambatan dan timbunan kenderaan remuk di beberapa kawasan.

Penduduk pada mulanya khuatir kumbahan dari takungan besar di luar bandar raya ini akan melimpah.
Jurucakap majlis perbandaran Jeddah, Ahmad al-Ghamdi, bagaimanapun memberi jaminan, takungan itu selamat dan tidak menghadapi bahaya melimpahi tebingnya disebabkan air banjir. - AFP

No comments:

Post a Comment